“Berehatlah Di Syurga… Ketua Jururawat Hospital Ampang Meninggal Bersama Anak Dalam Kandungan

Share

“Berehatlah di syurga. Ketua jururawat Hospital Ampang meninggal bersama anak dalam kandungan. Tidak pernah cepat sesaat atau terlewat seminit. Takdir yang sudah tertulis buat semua.

Kemalangan motosikal yang berlaku di Ampang semalam meragut nyawa Ketua Jururawat Hospital Ampang, Rabiatul Adawiyah binti Che Hamid  pada jam 2 petang semalam membawa kesedihan mendalam kepada warga kesihatan. Arwah yang sedang hamil disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian bersama anak dalam kandungannya menjadikan tragedi ini kehilangan dua nyawa serentak.

Lebih memilukan, seorang lagi anak arwah yang turut bersama ketika kejadian dilaporkan cedera parah dan kini dirawat secara kritikal di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang. Keadaan itu menambah pilu buat rakan-rakan setugas yang masih sukar menerima hakikat bahawa insan penyayang itu pergi dalam sekelip mata.

Disifatkan rakan sekerja sebagai insan yang baik hati, pemergiannya amat ditangisi rakan yang mengenali arwah.

“Takputus-putus sahabat datang menziarahi kau, Adda. Dari hujan lebat yang mencurah tanpa henti, sampai ke tanah perkuburan. Ramai yang menghantar kau pulang. Ramai yang menjadi saksi perjalanan duniamu.

Kau memang orang yang baik, Adda. Allah permudahkan setiap urusan akhir hidupmu.
Semua orang mendoakanmu, semua bercerita tentang kebaikanmuyang tak pernah putus disebut. Allahuakbar… berat rasa hati melihat kasih yang mengiringi pemergianmu,”tulis rakan sekerja arwah.

Dalam satu kenyataan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang turut hadir  merakam ucapan takziah buat keluarga yang bersedih dengan ujian ini.

“Dengan hati yang amat sedih dan hiba, saya bagi mewakili keluarga besar KKM menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Rabiatul Adawiyah binti Che Hamid, Ketua Jururawat Hospital Ampang, yang telah dijemput kembali ke Rahmatullah pada hari ini jam 2.00ptg, akibat kemalangan jalan raya.

“Pemergian figura ini merupakan satu kehilangan besar kepada kami di KKM, namun jasa, budi, dan dedikasi insan gigih ini akan terus kekal abadi dalam ingatan mereka yang pernah disentuh oleh kemuliaan khidmat bakti serta kebaikannya. Semoga Allah Azza Wajalla melimpahkan Rahmat ke atas rohnya, mengampunkan segala kekhilafannya, serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hambaNya yang beriman dan beramal,” tulis Dr Dzulkefly Ahmad.
Published by
Almaswa Haji Che Ros