Sos cili boleh dikatakan salah satu keperluan barang dapur wajib beli setiap bulan, sebagai sos pencicah. Sebotol kecil pun boleh tahan juga harganya.Sebenarnya untuk lebih jimat dan yakin lebih bersih, mak-mak boleh buat sendiri je sos cili ini sendiri di rumah.Ikut resipi yang dikongsikan oleh Puan Norsiah MJ sebagai panduan.

“Dah berbelas tahun buat sos cili untuk kegunaan sendiri. Ni cara saya buat.Boleh buat sendiri, jimat bajet kalau beli mahal”

Bahan-Bahan:

100 gram cili kering (Potong, buang biji)
2 setengah cawan gula
3/4 cawan tepung pemekat sos *(Modified Cornstarch)
1/3 botol besar cuka yang 620 ml
1 sudu besar garam kasar
1 labu bawang putih (7-8 ulas)
7 cawan air (Untuk Blender Cili)
1/2 sudu teh bahan pengawet *(Sodium benzoate)

“Berbelas Tahun Buat Sos Cili Kegunaan Sendiri, Jimat Bajet!”

*Boleh dibeli di kedai bakery

IKLAN
“Berbelas Tahun Buat Sos Cili Kegunaan Sendiri, Jimat Bajet!”
Tepung pemekat sos *(Modified Cornstarch)

Cara Membuat:

1. Basuh dan rebus cili kering kemudian tapis.
2. Kisar cili tersebut dengan bawang putih.
3. Masukkan dalam periuk, masak sehingga mendidih.
4. Masukkan gula, garam dan kacau sehingga hancur.
5. Perlahankan api, masukkan bancuhan tepung pemekat sos dan pengawet. Jika api besar ia menyebabkan nanti sos berketul-ketul.
6. Akhir sekali masukkan cuka.

“Berbelas Tahun Buat Sos Cili Kegunaan Sendiri, Jimat Bajet!”

IKLAN

Info Ekstra!

Kepekatan sos kena agak sendiri sebab kita buat bukan pakai sukatan timbang. Jadi kalau cair masak lama sikit.Kalau pekat tambah sikit air.

“Berbelas Tahun Buat Sos Cili Kegunaan Sendiri, Jimat Bajet!”

IKLAN

Selamat Mencuba!

Baca Di Sini: Sos Cili Rasa Pedas-Pedas Manis! Wanita Ini Kongsi Resepi Arwah Umi

MW: Menariknya! mak-mak boleh cuba buat sendiri sos cili di rumah, tak perlu beli lagi. Lebih menjimatkan, malah terjamin kebersihannya.

Sumber: Norsiah MJ

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI