Di sebalik kilauan populariti dan tumpuan lensa kamera, ada satu sisi Bella Astillah yang menyentuh hati sisi seorang ibu yang berdiri teguh di sisi anaknya, memberi semangat bukan sebagai selebriti, tetapi sebagai wanita biasa yang mahu melihat anaknya berani dan kuat.
Pelakon dan penyanyi berusia 31 tahun ini mencuri tumpuan apabila hadir penuh semangat ke 113 International Triathlon Desaru Malaysia 2025, bukan untuk membuat persembahan, bukan juga sebagai jemputan VIP tetapi sebagai ibu kepada seorang peserta cilik, Ayden Adrean, 8 tahun.
Kesetiaan Seorang Ibu
Sejak awal pagi, Bella kelihatan hadir dalam gaya santai, mengenakan T-shirt hitam dan seluar jean, sambil ditemani si kecil comel, Ara Adreanna, 5 tahun. Namun yang mencuri perhatian bukanlah penampilannya, tetapi kesetiaannya berada di sisi anak dan insan-insan rapat dengannya, termasuk Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Ads
Lebih indah, beliau tidak sekadar hadir sebagai penonton tetapi sebagai ibu yang menjerit penuh semangat, memberikan dorongan buat Ayden yang bertanding dalam triathlon pertamanya.
“Saya tak pernah paksa Ayden, tapi bila dia tunjuk minat, saya sokong sepenuhnya. Sukan ini bagus untuk kesihatan dan semangat juang. Memang saya risau, tapi saya bangga dia berjaya habiskan perlumbaan,” ujar Bella, penuh emosi.
Ayden yang baru berusia 8 tahun adalah antara peserta termuda acara triathlon kali ini. Meskipun teruja, beliau turut diuji apabila pelampung keselamatan hanyut semasa berenang memaksa dia menghentikan cabaran di laut atas faktor keselamatan.
Ads
Namun, di mata ibunya dan mereka yang menyaksikan, keberaniannya untuk tampil dan mencuba sudah cukup membuktikan bahawa semangat juang tidak mengenal usia.
“Ayden sangat berani. Tak semua kanak-kanak seumur dia sanggup sertai triathlon. Saya bangga dia tak putus asa,” ujar Syed Saddiq yang hadir memberi sokongan moral, dan turut mengakui hadir bersama Bella dalam acara tersebut.
Apa yang dilakukan Bella bukan sekadar tugas seorang ibu, ia adalah gambaran wanita moden yang tidak hanya mengejar impian diri, tetapi juga menyokong impian anak-anak dengan sepenuh hati.
Biar pun status selebritinya membuat setiap langkah diperhatikan, Bella kekal merendah diri, memberi ruang untuk anak-anak bersinar di pentas sendiri. Kerana dalam hidup seorang anak, satu sorakan lembut dari ibu lebih bermakna dari ribuan tepukan di pentas dunia!
Hakiem Rusli kongsi isteri kembali bertudung, stay strong, thing will get better. Bukan mudah untuk istiqomah kerana ramai yang ingin keluar dari rasa hipokrit. Sebab itulah tidak kira artis atau bukan, saat mengenakan hijab mereka kembali membukanya atas alasan ingin menjadi diri sendiri. Apa pun alasannya, berhijab itu diwajibkan ke atas wanita.
Seorang darinya yang menjadi tumpuan ramai ialah isteri kepada penyanyi popular Hakiem Rusli. Isterinya, Anis Sofea sebelum ini menerima kecaman apabila membuka tudungnya kerana lebih selesa menjadi diri sendiri.
Hakiem Rusli Kongsi Isteri Kembali Bertudung
Namun terkini, menerusi IG @hakiemrusli98_, pelantun suara Di Sebalik Rahsia ini berkongsi video isteri kesayangannya, Anis Sofea dengan gaya penampilan baru iaitu mengenakan hijab saat mereka keluar makan bersama.
Dilihat memberikan sokongan kepada tindakan isterinya yang manis bertudung, Hakiem turut mengungkapkan kata-kata manis buat isterinya dan seakan bersetuju jika isterinya terus mengenakan hijab berbanding sebelum ini.
Antara kata-kata manis dan sokongannya, ”Sayang Akem, no matter how much it hurts now.
Stay strong, things will get better. You were there through ups and downs, with me.
We love you, ilove you. Doakan untuk kami yang baik-baik sahaja,” tulisnya.
Anis Sofea sebelum ini menerima kecaman ramai kerana membuka tudungnya selepas beberapa bulan mendirikan rumahtangga dengan penyanyi muda ini. Hanya mampu berdoa agar isterinya kembali istiqomah, pastinya sebagai seorang suami dirinya mahu aurat isterinya tidak menjadi tontotan ramai seperti sebelum ini.
Dapat dilihat di instagramnya, semenjak isterinya membuka tudung Haqiem jarang mempamerkan gambar mereka suami isteri.
Walaupun berlainan bangsa dan agama, layanan mak mentua tak pernah berubah. Dia tidak kekok untuk masak dan jaga cucu-cucunya. Cuma, masalah utama kami adalah bahasa. Tapi lama-kelamaan masing-masing boleh terima dan faham. Terima kasih mak..
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Khamis tengahari ini, Malaysia dikejutkan dengan berita pilu pemergian pelakon sepanjang zaman, Zainal Ariffin Abd. Hamid atau lebih dikenali dengan panggilan Zaibo.
Rasa sayu kehilangan itu turut dirasai oleh pelakon terkenal Erra Fazira. Pada usia 62 tahun, allahyarham Zaibo menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 1.30 tengahari.
Beliau menderita kanser esofagos. Kanser yang dihidapinya itu langsung tidak disedari telah pun sampai ke tahap empat, sehinggalah Ramadan lalu beliau tak boleh menelan makanan.
Rasa hati Erra atau nama sebenarnya Fazira Binti Wan Chek dicatatkan dalam instagramnya. Sungguh bagi Erra, Abang Zaibo adalah insan yang baik hati malah mereka pernah menunaikan umrah bersama.
Sayu Hati Ini Kehilangan Abang Zaibo Yang Baik Hati
Innalillahiwainnailaihirojiun..
“Abang Zaibo kini telah tiada, dia telah kembali kepadaNya. Sesungguhnya mati itu pasti.. dunia hanya sementara.”
“Abang Zaibo yang saya kenali, sangat baik orangnya.. seorang abang dan ayah yang tak lokek ilmu dan selalu memberi nasihat. Kami pernah berlakon bersama.. pergi menunaikan umrah bersama.”
Rupanya, Erra sendiri dalam perancangan mahu melawat arwah abang Zaibo. Namun, belum sempat hasrat dicapai, Allah lebih sayangkan Abang Zaibo.
“Baru rancang dengan kak Intan untuk ziarah abang Zaibo besok.. tapi Allah lebih dahulu menjemput abang Zaibo.”
“Ya Allah.. sayu hati ini kehilangan insan yang sangat baik hati ini. Meskipun sudah lama tidak ketemu, keramahannya, kebaikkan sentiasa melekat di hati.”
Erra Fazira Masih Pegang Resepi Masakan Abang Zaibo
“Abang Zaibo sangat pandai masak, malah ada antara resepinya saya pegang hingga ke hari ini.”
“Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosa abang Zaibo dan terimalah segala ibadahnya walau sekecil zarah.. moga dengan rahmatMu, Dikau letakkan dia di kalangan hambaMu yang beriman dan menjadi penghuni syurga kelak. Amiiinnnnn.”
Moga damai dan bahagia di sana abang Zaibo.
Teman-teman, mari kita sama-sama sedekahkan AlFatihah buat arwah Zainal Ariffin Abdul Hamid (Zaibo) moga Allah tempatkan beliau bersama hamba-hamba yang soleh.. amiiin.
Kedua pasangan suami isteri ini merupakan pembaca berita terkenal, Mior Abdul Malek Raiyani dan Hazlin Hussain. Lima tahun mendirikan rumah tangga, Mior masih ingat kali pertama bakal isteri (waktu itu) mengenakan tudung buat pertama kalinya.
Jika anda peminat program 999, tentu nama Hazlin Hussain ini melekat di sanubari. Pengganti personaliti TV Zakiah Anas bagi program berkenaan ini juga punya pesonanya yang tersendiri ketika mengacara. Hazlin mendirikan rumah tangga pada 13 Disember 2015.
Semalam merupakan hari lahirnya. Dan suami ini, memuatnaik sekeping gambar mereka berdua. Dengan caption yang memaklumkan itulah kali pertama isterinya berhijab. Betapa bermaknanya gambar itu, kerana kegembiraan terpancar sehingga kedua-duanya bengkak mata menangis kesyukuran.
Gambar Pertama Bidadariku Berhijab
Kongsi Mior,
“Gambar hari pertama bidadariku ini berhijab. Tiba-tiba dengar suara dia di luar ofis. Intai kat pintu kaca nampak ada sorang wanita berhijab tengah berbual tapi takkan lah dia sebab takde hint apa-apa pun padahal baru je lepak.
Saya pun keluar dan panggil. Betul memang dia. BFF sy ni dah berhijab hari tu. Masa tu rasa nak peluk sebab terlalu happy tapi tak boleh la kan. Hahaha.. Hanya mampu menangis gembira dan syukur, dua-dua orang ni. Tu yang mata dua-dua bengkak.
Hari ni (ketika catatan ditulis pada 16 Disember 2020) hari jadi bidadari saya ni. Sengaja saya pilih foto ini sebab ceritanya sangat istimewa untuk saya. Dari semalam dah banyak kali wish dekat dia sampai dia kata berapa kali nak hari jadi ni?
So apa kata korang pulak sambung wish dekat dia sampai esok.”
Hazlin & Mior, Bertahun Berkawan, Jodoh Depan Mata
Kenangan baca berita bersama.
Kedua pasangan suami isteri ini sebelum diijabkabulkan merupakan kawan baik lebih dari 10 tahun. Malah, mereka sendiri tidak menyangka dalam berkawan lama rupanya jodoh masing-masing ada di depan mata.
“13 Disember 2015.. hari ini ulang tahun ke-5 masjid kecil kami berdua. 5 tahun yang sarat dengan kuliah rumah tangga untuk kami melengkapi antara kami. Allah telah kurniakan saya seorang wanita hebat yang mengisi setiap lompong kelemahan diri.
“Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan” Surah Ar-Rahman
Permaisuriku @hazlinhussain teruslah menjadi insan hebat yang memberi inspirasi. Moga ia menjadi asbab dirimu menjadi sebahagian daripada isinya Syurga Firdaus..” Yang mencintaimu; Yom.
MW : Bahagia rasa bila suami hargai dengan ucapan hari lahir yang sweet sebegini.
Pelajar tingkatan tiga jatuh asrama kritikal, ibu rayu doa orang ramai anak kembali pulih. Tiada yang lebih menyakitkan daripada melihat darah daging sendiri terbaring...