
Belanja dapur RM100 seminggu, suri rumah kongsi dapat beli 5 ekor ayam, udang, sotong, ikan termasuk sayuran dan bawang.
Dalam keadaan harga barang dapur yang makin ‘menggigit’, ramai wanita hari ini terpaksa berfikir panjang sebelum membeli lauk.
Ayam naik. Ikan mahal. Sayur pun tidak lagi murah. Namun perkongsian daripada seorang wanita dikenali sebagai Ameen Fami di FB Grup Hero Dapur benar-benar mencuri perhatian.
Dengan hanya RM100 untuk belanja bahan mentah seminggu, dia berjaya membeli pelbagai bahan mentah seperti 5 ekor ayam, 15 ekor udang besar, 20 ekor sotong saiz L, enam ekor ikan mata besar, seekor ikan tongkol hitam, sepeket kacang bendi, sepeket salad, sepeket pakchoy, cili merah, cili padi, 15 biji bawang besar dan tiga paket minyak masak dengan wang sebanyak RM100 itu.
Bukan sekadar cukup. Tapi hampir lengkap untuk satu dapur.
Melihat gambar yang dikongsikan, jelas kelihatan ayam yang banyak di dalam plastik di maan berat seekor ayam melebihi sekilo setengah, sayur hijau segar, bawang merah bertimbun dan pelbagai bahan basah lain yang biasanya sudah cukup untuk memenuhkan peti sejuk untuk makan seisi keluarga seramai 5 orang.
Ketika dirinya berkongsi barangan dibelinya dengan nilai tersebut ramai ibu-ibu tidak percaya namun Ameen Fami turut berkongsi resit belian sebagai bukti dia membeli kesemua barangan tersebut dengan jumlah dinyatakan. memang sukar untuk dipercayai.
Apa pun di saat ramai mengeluh tetapi sebenarnya jika pandai berbelanja dan tahu mencari barangan murah, ibu-ibu dapat menjimatkan belanja dengan banyak.