Bekas suami Liza Abdullah meninggal dunia. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Zolkefli Abdul Rahman yang telah pulang ke ramahtullah malam tadi.
Berita tersebut telah disampaikan oleh anak perempuan Allahyarham, Naffizz atau nama penuhnya Nurwafiez Syahiddah menerusi akaun Stories Instagramnya.
Untuk rekod, pelakon senior Liza Abdullah pernah mendirikan rumah tangga dengan Zolkefli, namun berpisah pada 2014 selepas 26 tahun berkongsi hidup.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zulhaffiz Zarriq, Nurwafiez, Syahiddah, Zulsyahmi Naqib dan Zulsyahmi Afif.
Bekas Suami Liza Abdullah Meninggal Dunia
Menerusi perkongsian, Naffizz memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir pada Rabu malam.
“Abah saya, Zolkefli Abdul Rahman telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 10.45 malam tadi (Rabu).
“Dimaklumkan, jenazah akan dikebumikan pada jam 12 tengah hari Khamis selepas dimandi dan disolatkan di sebuah masjid di Sentul.
“Jenazah kemudiannya dimandikan dan disolatkan di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul jam 7.30 pagi (Khamis),” titipnya.
Ads
Difahamkan, jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Taman Selasih. Insya-Allah disemadikan jam 12 tengah hari.
Pada sambutan Aidilfitri baru-baru ini Liza Abdullah mendedahkan beliau dan bekas suami menyambut Aidilfitri bersama.
Ads
Tampil sedondon dengan anak-anak, Liza masih menjalin ukhuwah bersama bapa anak-anaknya dan berkumpul di rumah bekas adik ipar di Alam Impian, Shah Alam.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Isteri Edika Yusof dakwa jadi mangsa keganasan rumahtangga, “lumpuh pun saya bekerja. Hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, pelakon Edika Yusof dan pasangan dikahwininya 22 tahun lalu, Nor Hidayah Yusri sah bercerai talak satu.
Pernah dipandang tinggi oleh peminat kerana setia di sisi isteri yang lumpuh, Edika pernah memaklumkan dirinya tak terfikir untuk berkahwin dua atau lebih di sebalik kekurangan dialami oleh isterinya.
Bagaimana pun kisah cinta pasangan ini mula mencuri tumpuan ramai apabila Nor Hidayah memfailkan permohonan cerai pada 23 April lalu dengan menyenaraikan 10 sebab kenapa dirinya berbuat demikian.
Dan sedikit demi sedikit, perasaan yang dilaluinya selama 22 tahun dikongsikan bersama media di mahkamah hari ini dengan mendakwa dirinya menjadi mangsa keganasan rumahtangga dari awal perkahwinan lagi.
Memetik laporan Harian Metro, Nor Hidayah Yusri, 47, memaklumkan anak-anak mereka terutama yang perempuan, iaitu Fereena Nurulhaq, 20, mengetahui apa yang terjadi dalam rumah tangga ibu bapanya.
Nor Hidayah berkata, anak perempuannya itu akan menghubungi abang sulungnya jika berlaku pergaduhan antara dia dan bekas suami, Edika Yusof, 58, yang tidak dapat dikawal.
“Malah, pihak polis juga pernah beberapa kali datang ke rumah untuk mengawal keadaan (pergaduhan) yang berlaku, Tapi, Edika memang sering menafikannya.
“Apa pun, Edika boleh saja menafikan apa yang dia nak. Dia boleh cakap apa yang dia mahu. Tapi, semua yang saya kemukakan dalam mahkamah beserta bukti kukuh.
“Saya ada gambar, video dan audio. Malah, anak-anak juga menjadi saksi. Walaupun anak perempuan tak duduk dengan saya, tapi itu tidak bermaksud dia tidak tahu apa yang terjadi.
“Anak perempuan pun berpihak pada saya. Contoh kalau ada kejadian-kejadian tertentu yang tak dapat dikawal, anak perempuan saya orang pertama yang akan cari abang sulungnya atau diam-diam akan hubungi polis,” katanya.
Menurut Nor Hidayah, dia juga sudah banyak kali pergi ke Balai Polis Kepong untuk buat aduan, selain pihak berkuasa juga banyak kali datang ke rumah mereka.
Tidak hanya itu, Nor Hidayah turut mendakwa dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga sejak awal perkahwinan mereka kira-kira 22 tahun lalu.
“Ya, (keganasan rumah tangga). Dalam mahkamah dia tetap mahu menafikan perkara itu. Saya tak nak (keluarkan bukti). Keganasan itu berlaku dari sebelum saya sakit… lebih 20 tahun,” ujarnya.
Terdahulu, Nor Hidayah berkongsi perkara itu selepas selesai urusan perceraiannya dan Edika di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Masa yang sama dirinya memaklumkan, dirinya turut bekerja ketika tidak sihat selain menafikan dirinya dirinya tidak waras sebagaimana dakwaan pelakon itu dan memaklumkan dia dalam keadaan sihat.
Dirinya yang lumpuh separuh badan sejak 19 tahun lalu masih boleh bekerja dan menguruskan rumah tangga berikutan sering diingatkan oleh Edika yang tiada benda percuma di dunia ini.
“Sepanjang perkahwinan saya dengan dia (Edika), saya bekerja. Saya bukan terlantar saja. Dia ‘shooting’ (penggambaran) ke apa, tapi saya yang menguruskan segalanya.
“Edika pun sejenis orang yang selalu cakap, tiada apa percuma di dunia ini. Kalau nak duduk terlantar saja, pergi duduk di hospital. Jadi, saya bekerja dan keluarga dia (Edika) pun tahu.
“Saya kat rumah tak duduk diam-diam. Urusan di rumah lain, urusan kerja lain. Termasuk, urusan kerja dia (Edika) pun saya juga yang uruskan,” katanya.
Nor Hidayah berkata, peringatan tiada yang percuma di dunia ini oleh Edika baginya sangat memilukan hati, namun dia mampu bersabar menghadapi segalanya lebih 20 tahun perkahwinan mereka.
Terdahulu, Edika dan Nor Hidayah sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, pada jam 10.42 pagi hari ini.
Pada 23 April lalu, Edika tidak dapat melafazkan cerai terhadap Nor Hidayah pada tarikh itu kerana isterinya berada dalam keadaan tidak suci dan tarikh baru ditetapkan mahkamah pada hari ini.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Cerita pocong Cikgu Nina dipertikai, perawat tampil sahkan arwah pernah minta tolong. Kisah mistik tentang seorang guru wanita dikenali sebagai Cikgu Nina yang mendakwa tinggal serumah dengan ‘pocong’ tular hebat di TikTok dan Threads. Namun, di sebalik kisah menyeramkan itu, netizen mula persoalkan kesahihannya.
Ramai pihak mempertikaikan kesahihan cerita berkenaan, termasuk mempertikaikan identiti arwah yang tidak pernah didedahkan secara rasmi. Malah, beberapa netizen mendakwa cerita tersebut sekadar content viral dan bukan kejadian sebenar.
Sebabnya, tiada wajah arwah dikongsi secara rasmi. Gambar ‘kubur’ yang tular dipercayai dari Google dan bukan kubur sebenar. Naratif lokasi rumah berubah-ubah. Ada mendakwa rumah flat, ada berkata rumah teres di Jalan Kebun.
Tiada ahli keluarga atau rakan sekerja tampil bersuara mengenai kejadian ini dan terakhir, rakan serumah yang balik kampung kekal senyap terus menjadi misteri.
Hal teman serumah pocong ini turut menarik minat mereka yang terlibat dalam dunia misteri yang mula bertanya adakah semua ini cerita benar atau rekaan semata-mata.
Namun, satu pendedahan mungkin mengubah segala pandangan orang ramai.
Tatkala netizen sibuk mempertikai, seorang perawat spiritual bernama Tengku Mohamad Farid yang dikenali dalam kalangan pengamal rawatan spiritual moden, agak aktif di media sosial dan sering dijemput berkongsi tentang kes-kes gangguan halus muncul di ruang komen dan memberi kenyataan yang mengejutkan.
“Al-Fatihah utk beliau… ada dihubungi oleh beliau tp xsempat membantu beliau…”
Luahan pendek dari perawat ini membuktikan arwah benar-benar mencari rawatan, dirinya sedang dalam keadaan tertekan dengan apa yang dilaluinya sekaligus membuktikan penceritaan Cikgu Nina bukan sekadar rekaan atau menarik perhatian ramai.
Tak mungkin orang yang mereka sesuatu cerita akan sanggup menghubungi perawat meminta pertolongan mengubati dirinya. Namun kuasa Allah yang ditakdirkan terhadapnya, perawat itu memaklumkan dirinya tidak sempat menemui arwah sebelum tular berita arwah sudah meninggal Ahad lalu.
Sebelum ini beberapa video dimuat naik oleh arwah di TikTok menggambarkan gangguan misteri yang dialami di rumah sewa. Antaranya termasuk gangguan waktu malam, bayangan aneh dan perasaan tidak selamat yang berterusan.
Setakat ini, tiada pengesahan rasmi dikeluarkan oleh keluarga atau pihak berkuasa mengenai punca sebenar kematian arwah. Barangkali mereka memang menjauhi media kerana tak semua kisah keluarga dipaparkan di media massa.
Apa pun, di dunia ini, kita bukan hidup bersendirian. Di sebalik realiti yang dapat dilihat, wujud alam lain yang bergerak serentak bersama kita iaitu alam ghaib. Ia wujud, cuma dipisahkan oleh hijab yang tidak dapat ditembusi oleh mata manusia biasa.
Seperti disebut dalam Surah al-Jin, Allah menceritakan bahawa ada makhluk lain yang juga mendengar dan mengamati manusia. Mereka hidup di antara kita, namun dipisahkan oleh hijab yang sangat halus. Hijab ini adalah rahmat kerana jika dibuka seluruhnya tidak semua manusia mampu menanggung kebenaran itu.
Sebab itu, apa yang ghaib dibiarkan ghaib. Namun sesekali, ada yang diuji untuk melihat dan mungkin itulah yang berlaku kepada arwah Cikgu Nina. Moga rohnya dicucuri rahmat.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suami mudah ‘tewas’ bila ada wanita lain bagi layanan lebih, mulalah nak banding dengan isteri sendiri. Kadang-kadang, seorang lelaki boleh jadi goyah hanya kerana dibuka penutup botol sos oleh wanita lain. Terasa istimewa, konon ada orang yang ‘hargai’ dia lebih dari isteri sendiri.
Tapi berhati-hatilah wahai suami, tidak semua perhatian itu ikhlas. Ada yang datang dengan niat, ada juga yang cuma manis di awal. Jangan sampai yang dibina bertahun, musnah hanya sebab terpedaya dengan layanan sementara.
Kalau kita ada anak perempuan atau anak lelaki menghampiri usia berkahwin, kita tanya apa expectation sebagai bakal suami kepada isteri.
Apa layanan yang suami mahu? Siapa akan jaga anak? Siapa akan urus rumah?
Suami ada kehendak yang unlimited. Isteri juga. Kalau suami sekadar mahu isteri koyakkan peket sos, which is benda tu memang wajib buat kalau suami suruh, maka bincanglah secara realistik:
Isteri tak payah beranak. Mudah isteri kerja layan suami sahaja. Isteri tak payah kerja boleh ikut suami 24/7
Kahwin ni perlu realistik. Bertujuan untuk mengelakkan dari maksiat. Maka pertimbangkanlah semua keadaan.
Sebab itu saya kata tugas isteri adalah di rumah bukan bekerja. Isteri pula zaman ini bekerja berhias lebih di tempat kerja dari depan suami.
Suami pula ada yang tak nak bagi nafkah secukupnya. Jika begitu gi mana pak? Kalau suami suruh isteri bekerja tapi dia pun cari pasal di luar maka tiada maknalah perkahwinan itu.
Perkahwinan itu seharusnya dapat menundukkan pandangan dan nafsu. Jika perkahwinan sama ada beristeri satu dua atau tiga masih tidak dapat tundukkan pandangan dan nafsu maka serahlah jiwamu pada Allah kerana jalan halal ada, antum pilih yang haram.
Berapa banyak kes rogol dilakukan mereka yang sudah beristeri bukan satu malah dua. Mereka ini sakit sebenarnya. Sakit kerana tidak dapat beza benda halal dan haram.
Hidup ini mudah bagi pembuat maksiat jika kita sentiasa menyalahkan orang lain sebagai asbab kita buat dosa dan maksiat.
ولا تزر وازرة وزر اخرى
Manusia tidak tanggung dosa orang lain. Manusia yang melakukan dosa maka dosa tertanggung atas dia apa pun.
Kezaliman orang kepada dia bukan alasan dia buat dosa pula. Wal iyazubillah.
Saya sangat kasihan kepada para isteri yang telah bertungkus lumus untuk perkahwinan tapi mendapat nasihat begini.
Serah jiwa mu pada Allah dan perkahwinan mu pada Allah.
Nota tambahan: bermesra berdua, berkhalwat dalam kenderaan, aksi sebegini adalah haram kerana ia adalah jalan kepada zina.
Celah mana isteri dia pula salah?
Wahai suami, jangan cepat goyah hanya kerana ada yang pandai ambil hati. Iman itu benteng, cinta itu pilihan, dan kesetiaan itu tanggungjawab. Kalau isteri pernah sanggup korbankan segalanya untuk kita, apa alasan kita untuk tak setia pada dia?
Beringat sebelum terkena. Jangan biarkan layanan manis yang sementara, menghancurkan kebahagiaan yang sebenar.
Siapa sangka, selepas hampir 10 tahun mendiami mahligai serba mewah, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat keputusan besar rumah agamnya bakal dicat semula sepenuhnya buat pertama kali!