Berita Sosial

Bekas Siak & Ibu 8 Anak Didenda, Cuba Buat Perkara Tak Senonoh Di Bilik Jenazah

Share

Terkejut baca kes ini! Macam mana seorang bekas siak masjid dan wanita berstatus isteri orang boleh buat perkara tidak senonoh di bilik jenazah?

Akhirnya masing-masing didenda RM5,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka hari ini selepas mengaku bersalah cuba melakukan persetubuhan haram di bilik pengurusan jenazah sebuah masjid.

Bekas Siak & Ibu 8 Anak Didenda

Mohd. Rafi Abu Samah, 48, yang merupakan duda empat anak dan Norhaslinda Hashim, 51, ibu kepada lapan anak, turut diperintahkan menjalani hukuman penjara 18 bulan sekiranya gagal membayar denda.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Melaka, Mawardi Che Man menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan.

Cuba Buat Perkara Tak Senonoh Di Bilik Jenazah

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa cuba melakukan persetubuhan haram antara satu sama lain sedangkan bukan pasangan suami isteri yang sah di sisi syarak antara 1 hingga 30 April lalu, dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari di bilik pengurusan jenazah sebuah masjid di Kampung Bukit Piatu dan didakwa mengikut Seksyen 52 Enakmen Kesalahan Syariah (Negeri Melaka) 1991.

“Kes ini berat, nasib baik tak jadi jenazah semasa melakukan persetubuhan secara haram, kalau tidak terus dimandikan di situ,”

kata Mawardi.

Menurutnya, pertuduhan hanya melibatkan percubaan melakukan persetubuhan haram kerana tiada kenyataan atau saksi yang jelas dan kes itu bersandarkan pengakuan kedua-dua tertuduh.

Sumber: Kosmo!

 

Published by
Nadia Mohamad