Bekas pengetua SMKA Tun Datu Mustapha nafi terbabit tragedi Zara Qairina- “Saya sudah bersara ketika insiden berlaku.” Bekas pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Limauan, Datin Rosnih Nasir tampil memberikan penjelasan berikutan dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan tragedi melibatkan kematian pelajar sekolah tersebut, Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Bekas Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha Nafi Terbabit Tragedi Zara Qairina- “Saya Sudah Bersara Ketika Insiden Berlaku”

Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook, Rosnih menegaskan bahawa beliau telah bersara dan tidak lagi memegang sebarang jawatan di sekolah berkenaan semasa kejadian itu berlaku.

“Saya terpanggil untuk memberikan penjelasan berhubung fitnah dan kekeliruan yang sedang tular di media sosial membabitkan nama saya dalam insiden menyayat hati membabitkan Allahyarham adik Zara Qairina,” katanya.

Rosnih memaklumkan bahawa tempoh beliau berkhidmat sebagai pengetua SMKA Tun Datu Mustapha hanyalah dari 10 Mac hingga 22 November tahun lalu, sebelum bersara daripada perkhidmatan.

“Maka, saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan yang mengaitkan saya secara langsung atau tidak langsung dengan peristiwa tragik yang berlaku baru-baru ini.

“Perkara ini amat menyedihkan saya sebagai seorang ibu dan juga seorang pendidik,” tambahnya.

Ads

Bekas Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha Nafi Terbabit Tragedi Zara Qairina- “Saya Sudah Bersara Ketika Insiden Berlaku”

Beliau turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh pelajar itu dicucuri rahmat.

“Semoga keluarganya diberikan kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini,” katanya dengan penuh simpati.

Selain itu, Rosnih menyatakan sokongan terhadap siasatan yang sedang dijalankan pihak berkuasa dan menyeru agar masyarakat memberi ruang kepada proses keadilan.

Ads

“Saya percaya kebenaran akan terserlah apabila siasatan selesai,” katanya sambil menyertakan tanda pagar #justiceforzara di penghujung kenyataan tersebut.

Bekas Pengetua SMKA Tun Datu Mustapha Nafi Terbabit Tragedi Zara Qairina- “Saya Sudah Bersara Ketika Insiden Berlaku”

Terdahulu, Zara yang merupakan pelajar tingkatan satu ditemukan dalam keadaan parah di bawah bangunan asrama sekitar jam 3 pagi pada 16 Julai lalu. Pelajar tersebut dikejarkan ke Hospital Queen Elizabeth bagi mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia pada jam 1 tengah hari keesokan harinya.

Ads

Pihak polis sebelum ini memaklumkan bahawa siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian dan pihak bertanggungjawab dalam kes berkenaan.

Sumber: Sinar Harian Facebook Datin Rosnih Nasir

Baca artikel lain juga: Ibu Kepada Pelajar Meninggal Dunia Selepas Jatuh Bangunan Sekolah Kecewa Dakwa Anak Dibuli “Saya Tidak Akan Memaafkan Kamu”

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI