'Beauty Sleep'

Rugilah kalau mana-mana wanita yang suka pandang remeh bab ‘Beauty Sleep”beauty sebab cara inilah kekalkan awet muda anda! Haaa… jangan tak tahu, tip ini juga boleh bebaskan anda dari ‘mata panda’ pada pagi keesokkannya. Pasti anda boleh bayangkan orang yang tidurnya tidak cukup. Kulit kusam, ada lingkaran hitam di sekitar matanya. Kulit pun berkedut di tepi hujung mata dan tepi bibir. Manalah tak tua sebelum usia, sebab itulah kena ikut beberapa tip ini…

1. Tolonglah tidur 8 jam setiap malam

Dengan rutin harian yang padat di siang hari, malam pula anda perlu selesaikan kerja rumah anda sampaikan terpaksa tidur lewat. Cuba sedaya upaya untuk dapatkan tidur 8 jam setiap malam.

Pastikan anda masuk tidur pada waktu yang sama dan bangun pada waktu yang sama setiap hari. Tahukan anda tidur yang paling nyenyak adalah semasa pukul 2 pagi. Jadi, pastikan anda sudah masuk tidur sebelum tu lagi.

2. Bersihkan wajah sebelum tidur, jangan malas!

Di siang hari, kulit wajah kita memerangkap berbagai jenis kotoran termasuk asap dan debu. Kalau anda setiap hari pakai makeup, lagi kerap anda perlu mencuci muka. Sebelum tidur, pastikan wajah anda benar-benar bersih.

3. Lembapkan kulit dengan krim malam, kalau tak ada sila beli!

Masa tidurlah kulit kita akan diperbaharui. Jadi, pakailah krim malam yang akan mengembalikan keremajaan kulit anda semasa tidur.

Seperti mana di siang hari anda menggunakan moisturizer, sebelum tidur anda kenalah pakai krim malam.

IKLAN

Kalau boleh, pilihlah produk yang sesuai dengan kulit anda. Lagi bagus kalau guna produk yang semulajadi dan tiada bahan kimia.

Petua Tradisional

Uncang Teh

Biasanya uncang teh yang kita selalu gunakan dan disimpan dalam peti. Teh sangat bagus untuk memperbaiki peredaran darah di sekitar mata.

Selain itu, cara ini membantu untuk kurangkan pigmentasi dan juga lingkaran gelap bawah mata.

IKLAN

Hirisan timun

Timun mengandungi air yang tinggi dan bila diletak kan di mata memang menyamankan dan melegakan.

Sangat bagus untuk mata yang letih dan lesu.

Serbuk Baking Soda

Ambil air teh panas ataupun air kosong biasa.

IKLAN

Bancuh dengan sesudu baking soda dan larutkan dalam air.

Ambil kapas muka dan lembapkan kemudian tempek di mata dalam 10-15minit.

Kemudian cuci dan sapukan dengan pelembap. Konsisten dalam masa 2-3 minggu nampak kesannya.

Wanita, jom cantik sama-sama!

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI