Bunga Citra Lestari (BCL), nama yang cukup sinonim dengan karya-karya bernafas cinta, bakal menyapa peminatnya di Malaysia menerusi konsert istimewa bertajuk “BCL: Eternal Love – Timeless Romance” pada 27 September 2025 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).
Dianjurkan oleh Pulse Project Asia, konsert ini menjanjikan sebuah pengalaman luar biasa – bukan sekadar persembahan, tetapi sebuah perjalanan muzik yang penuh emosi, kenangan dan kasih sayang.
Simfoni Cinta yang Tak Lekang oleh Waktu
BCL sememangnya bukan sekadar penghibur biasa. Sosok yang juga dikenali sebagai aktres, juri profesional dan ikon seni ini akan membawakan untaian lagu-lagu ikonik seperti Cinta Sejati, Cinta Pertama (Sunny), Karena Ku Cinta Kau, 12 Tahun Terindah serta single terbarunya, Memulai Kembali.
Setiap lagu bukan hanya melodi, tetapi helaian kisah yang menyentuh jiwa – menjadikan konsert ini seolah catatan cinta yang hidup di atas pentas.
Produksi Bertaraf Dunia, Sentuhan Penuh Jiwa
Menurut wakil Pulse Project Asia, Muhammad Anuar Zaini, biarpun Pulse Project adalah pemain baharu dalam dunia penganjuran acara, pasukan di sebaliknya bukan calang-calang – terdiri daripada profesional berpengalaman luas dalam menganjurkan persembahan muzik berskala besar.
Ads
“Kami ingin menjadikan konsert ini sebagai hadiah eksklusif buat peminat BCL di Malaysia. Ia akan tampil dengan tata cahaya memukau, susunan muzik menyentuh emosi serta penceritaan visual yang mengiringi lagu-lagu cinta beliau,” ujar Anuar.
Lebih istimewa, Anuar menggambarkan konsert ini sebagai ‘kepulangan’ BCL ke rumah keduanya – Malaysia – yang saban tahun menerima beliau dengan pelukan hangat peminat setia.
Kasih Sayang & Intimasi Bersama Peminat
BCL sendiri menyifatkan penganjuran konsert ini sebagai momen yang amat beliau nanti-nantikan. Saat untuk berbagi rasa dan kasih sayang bersama peminat di Malaysia yang tak pernah berhenti memberi sokongan sejak lebih satu dekad lalu.
Ads
“Ini bukan sekadar persembahan. Ia adalah detik peribadi antara saya dan kalian semua yang menyayangi saya sejak dulu,” luah BCL.
Tiket, Kejutan Eksklusif & Tawaran Istimewa
Tiket konsert kini boleh didapati secara eksklusif di Ticket2U. Harga pre-sale bermula serendah RM259. Selain itu, untuk promosi pembelian awak akan dibuka pada 6 Jun 2025, jam 3 petang. Peminat yang membeli awal akan menikmati diskaun sebanyak 10%.
Tiket biasa bermula dari RM288, dengan pelbagai kategori menarik untuk dipilih. Tidak cukup dengan itu, Pulse Project Asia turut menampilkan beberapa kejutan eksklusif antaranya termasuklah Pas Soundcheck Eksklusif buat 300 pembeli terawal dan peluang menyaksikan sesi latihan BCL secara langsung!
Ads
Pakej Cinta Abadi merupakan kategori tiket eksklusif menggantikan VVIP. Peminat bakal menikmati Sesi Meet & Greet peribadi bersama BCL, Sesi fotografi khas dan barangan eksklusif yang ditandatangani sendiri oleh BCL.
Jangan Lepaskan Peluang Emas Ini
Konsert “BCL: Eternal Love – Timeless Romance” adalah lebih daripada sekadar acara hiburan. Ia adalah panggilan cinta daripada seorang penghibur yang merindui detik indah bersama peminatnya.
Jadilah sebahagian daripada perjalanan ini, hayati aroma cinta yang BCL bawa… dan biarkan hati anda turut menyanyi bersamanya.
Rosyam Nor nak seret hakak kaki fitnah ke mahkamah, gara-gara isu cerai Fattah Amin – Fazura. Penerbit juga pelakon Datuk Rosyam Nor nyata berang dengan tindakan dua individu yang memuat naik satu pernayataan tidak benar mengenai kes perceraian Fattah Amin dan Fazura.
Disifatkan satu kenyataan aib dan buat fitnah, Rosyam Nor dalam satu perkongsian di instagramnya dilihat agak berang dengan kenyataan yang tidak keluar dari mulutnya tapi dibuat seolah-olah dirinya mengeluarkan kenyataan tersebut. Bahkan kenyataan itu dilihat cuba melaga-lagakan sesama artis.
Rosyam Nor Nak Seret Hakak Kaki Fitnah Ke Mahkamah
Antara kenyataan yang disiarkan di akaun Tik Tok @hakakiela dan satu lagi akaun facebook Fazella Nazeera yang mengaku berada di situasi ketika Rosyam membuat penyataan tersebut.
Hal ini membuatkan Rosyam berang dan tak akan teragak-agak mengheret kedua-duanya ke mahkamah kerana berkongsi fitnah yang jelas mengaibkan ini mengenai isu perceraian Fattah Amin dan Fazura.
“POKET KENA TEBAL.
“Fattah patut tahu dari awal, dengan siapa dia nikah,aku dah tegur dulu….Rosyam Nor. Sekarang dia tak nak kau. Sebab apa? Sebab dia dah ada semua yang kau tak ada. Kau buat salah sikit je, dia humban kau tahap hina.
Sebaik Rosyam memuat naik keberangan ini, akaun Tik Tok @hakikiela dilihat tidak lagi berkongsi kenyataan tersebut (mungkin sudah menurunkan kandungan tersebut). Begitu juga akaun facebook Fazella Nazeera juga sudah tiada termasuk menghadkan komen netizen di akaun media sosialnya.
Apa pun jika Rosyam Nor mengheret dua individu ini, ia jelas memberi pengajaran kepada netizen agar tidak memandai-mandai berkongsi kisah tidak tepat lagi selepas ini.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Penyanyi popular Di Persimpangan Dilema, Nora Ariffin berkongsi rasa bahagia di hati apabila menantunya, Putri Eliya Sofea melahirkan anak pertamanya di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Cucu sulungnya ini dilahirkan secara pembedahan dan diberi nama Ayden Johan.
Kata Nora, nama Ayden Johan itu sudah pun dipilih awal lagi oleh anak lelakinya, Syakir Iman dan isterinya, Eliya.
“Nama Johan itu memang diletakkan sebagai tanda ingatan terhadap Allahyarham suami dan bapa mereka, Johan Nawawi.”
Akuinya, tentulah perasaannya cukup seronok dengan kehadiran cucu sulungnya ini. Malah, kedua anak perempuannya pun sama teruja kerana dapat anak buah.
Baca sini : Ada masa rasa down, anak-anak ceriakan saya.
Bahagia.. Hanya Allah Yang Tahu – Nora Ariffin
“Subhanallah…. MasyaAllah… Alhamdulillah… Segala puji hanya bagi Allah. I am sooooo happy dan rasa sangat bersyukur di atas kurniaan ini. Happy……hanya Allah yang tahu.
Hari ni 26 Ogos 2020 hari bersejarah untuk kami sekeluarga. Pa….kita dah dapat cucu dah. Kalau abang masih hidup, mesti abang happy sangat. Baby selamat, sihat, semangat, cute & macam iman. Sama macam kita sambut Iman dulu. Congrats to my dearest son Syakir Iman & Putri Eilya Sofea. @mosyi.johan @eilyasofea
A new day has become. Tahniah juga to my lovely besan Puan Lena @azlena_tay & En Azman sekeluarga.
Sesungguhnya anak itu anugerah & amanah dari Allah Moga kehadiran Ayden Johan bakal menambah lagi seri & kebahagiaan dalam keluarga sederhana kami.
Moga Allah memberkati kami semua dunia akhirat. Allahuakbar….Allahuakbar..
Wan Doakan Ayden Ikut Jejak Langkah Arwah Atuk
Wan….happy dan sangat teruja. Wan nak Ayden jadi anak yang baik & soleh ye macam arwah atok… Johan Nawawi. Tq to all the staff from HUKM yang sangat membantu permudahkan perjalanan menantu saya Eliya Sofea. Tq sooo much to everyone for the wishes, doa & love. Welcome AYDEN JOHAN to the new world.
Al- fatihah buat Johan Nawawi & Syakir Alif We Miss you so much.
Menurut Nora lagi, menantunya itu akan menghabiskan tempoh berpantang di rumah keluarganya. Dan tentulah dia akan kerap menjenguk mereka kerana mahu bermain dengan cucunya itu.
MW : Tahniah! Buat Nora sekeluarga dengan kehadiran cucu yang dinanti-nantikan.
Ziana Zain kuat tempuhi dugaan demi anak-anak. Berstatus ibu tunggal bukanlah satu perkara yang mudah. Apatah lagi perlu membesarkan empat orang anak sendirian.
Walau nampak sentiasa ceria namun sebenarnya penyanyi terkenal Ziana Zain akui dia perlu kuat berdepan dengan dugaan hidup demi anak-anak tersayang.
Seperti mana dipetik menerusi perkongsian Ziana menerusi temu bual dalam program Borak Selebriti stesen radio Sinar FM yang dikendalikan oleh Dina Nadzir dan Falyq Hikyle, cabaran paling besar dalam hidup sewaktu wabak Covid 19 melanda dunia.
Ziana Zain Kuat Tempuhi Dugaan Demi Anak-Anak
Sememangnya sewaktu wabak Covid 19 yang melanda dunia tiga tahun lalu Ziana turut berdepan dengan kesukaran membesarkan empat anaknya apatah lagi negara ketika itu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pemilik nama sebenar Siti Roziana Zain sebab dek kerana mengimbau saat genting ketika itu di mana dirinya terpaksa menggunakan wang simpanan untuk meneruskan kehidupan.
“Ia bermula selepas saya bercerai sehingga tiga ke empat tahun kemudian.
“Ketika itu tiada kerja dan terpaksa guna duit simpanan memandangkan tiada tawaran disebabkan Covid 19.
“Kalau saya anak dua mungkin tiada masalah tetapi dalam keluarga kami ada lima orang,” luah Ziana.
Sakit Hingga Terpaksa Buat Pemeriksaan Di IJN
Kongsi Ziana lagi, pada waktu itu juga kesihatannya terjejas apabila mula mengalami masalah sakit perut disebabkan gastrik dan gerd.
“Sebelum ini saya tahan diri tak makan demi peminat. Itu pengorbanan yang perlu saya lakukan. Ketika PKP saya makan sampai dapat gastrik dan gerd.
“Saya rasa sakit sehingga terpaksa pergi buat pemeriksaan di Institut Jantung Negara sebab menyangka ada masalah jantung tetapi doktor maklumkan saya mengalami gastrik yang teruk,” sambungnya.
Tidak Putus Doa Agar Dikurniakan Rezeki
Ziana juga tidak pernah putus doa dan percaya Allah pegang rezeki kita.
“Saya hanya berserah kepada Allah. Saya berdoa dan percaya Allah pegang rezeki kita.
“Cuma kita tidak tahu ia datang cepat atau lambat,” ceritanya.
Air mata terakhir Zara Qairina, bersumpah & nafi mencuri sebelum temui ajal. Inkues kematian pelajar, Zara Qairina membuka kisah memilukan apabila arwah dilaporkan menitiskan...