Pegawai tentera, Mejar Mohd. Fikry Amri Abdul Halim, 40, meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa berlaku kecuaian dalam kalangan kakitangan hospital sehingga menyebabkan bayi kembar tiganya terpaksa dimasukkan semula ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU) dari Unit Penjagaan Khas Bayi (SCN) semalam.
Menurutnya, kejadian itu berpunca daripada kegagalan pihak hospital memberikan susu ibu kepada bayinya seperti sepatutnya. Ketika kejadian, beliau sedang melayan kunjungan Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, apabila menerima tiga panggilan kecemasan daripada hospital berkenaan mengenai keadaan bayi triplet mereka.
Mejar Mohd. Fikry Luah Kecewa Terhadap Kecuaian Hospital
“Saya sangat terkejut dengan cara staf hospital bekerja. Saya dah bagi susu ibu tapi mereka cakap tiada hingga terpaksa beri susu formula.
“Bila saya dah bising dan suruh cari sampai jumpa susu yang diberikan, akhirnya mereka jumpa susu yang saya beri semalam. Tapi disebabkan berlaku pertukaran syif, susu berkenaan tidak diberikan kepada anak-anak kami.
“Saya memang tidak boleh terima jika jadi begini disebabkan kecuaian,” katanya yang jelas kecewa dengan insiden itu.
Tambah beliau, dia dan isterinya, Sabrina Hakiem Zaini, 40, tidak berniat mencari publisiti sebaliknya hanya berharap agar petugas kesihatan menjalankan tanggungjawab mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di hospital dan bukannya sambil lewa. Pasangan itu juga tidak teragak-agak membawa perkara itu kepada pihak atasan termasuk Menteri Kesihatan.
Ads
“Walau apa pun yang berlaku kami pasrah dan reda dengan segala ujian, segala ketentuan dan perancangan Allah SWT pasti yang terbaik.
“Kami hanya mampu berdoa agar mereka terus kuat dan kembali sihat dengan izin-Nya. Mohon doa semua agar kami juga diberi kekuatan menghadapi ujian ini,” katanya dengan nada sebak.
Penghargaan Mejar Mohd. Fikry Kepada Tentera Darat Malaysia
Dalam masa sama, Mejar Mohd. Fikry Amri turut menzahirkan penghargaan kepada pucuk pimpinan Tentera Darat Malaysia yang prihatin terhadap keadaan keluarganya dengan mengadakan lawatan kebajikan ke kediamannya di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah.
“Terima kasih kepada Jeneral Tan Sri dan isteri, Puan Sri Hartiah Hamzah selaku Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) Darat yang sudi meluangkan masa melawat kami.
Ads
Saya merayu agar semua mendoakan kesejahteraan keluarga saya dan anak-anak untuk hidup sebagai satu keluarga yang harmoni dan bahagia,” ujarnya penuh harapan.
Lawatan Sokongan Moral Dari Pihak Tentera
Dalam pertemuan itu, beliau dan isterinya turut berkongsi pengalaman memperoleh zuriat hasil rawatan IVF yang ditaja oleh Yayasan Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF). Lawatan berkenaan turut disertai Panglima Medan Barat (PMB), Leftenan Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman serta Komander Jurutera Medan Barat (KJMB), Brigedier Jeneral Ts. Roshdan Ahmad sebagai tanda sokongan moral kepada keluarga berkenaan.
Perkongsian kisah ini menarik perhatian ramai, bukan sahaja kerana insiden yang menimpa bayi kembar tiga itu, tetapi juga kerana kekuatan dan ketabahan pasangan tersebut. Mejar Mohd. Fikry berharap kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi demi menjaga kepercayaan masyarakat terhadap sistem kesihatan negara.
“Doakan Sarah, Bayi Dalam Kandungan Dipermudahkan Segalanya” begitulah doa seorang suami dan bapa. Sebelum ini penyanyi dan usahawan popular, Siti Sarah mendedahkan dia dan suami yang juga pelawak Shuib serta anak-anaknya disahkan positif Covid-19 pada 25 Julai.
Shuib Pohon Doakan Sarah & Bayi Dalam Kandungan Dipermudahkan Segala Urusan
Terbaru, Sarah dikhabarkan telah dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras dek kerana tahap oksigen yang semakin menurun.
Sarah yang sedang sarat hamil tujuh menaiki ambulan petang semalam bagi mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.
Malah menerusi perkongsian Shuib menerusi entri di akaun Instagramnya turut memohon orang ramai mendoakan agar kesihatan Sarah dan anak dalam kandungan dipermudahkan segala urusan.
“Assalammualaikum semua. saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah Raisuddin.
“Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segala-galanya,” tulis Shuib.
Malah menerusi entri yang satu perkongsian video menunjukkan Sarah sedang mencium anak-anak sebelum dibawa ke hospital begitu meruntun jiwa yang menonton.
Seperti mana yang dimaklumkan Pengurus Sarah, Nana Mohd. Rom daripada syarikat Indigital Music Sarah sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin semalam.
“Sarah sekeluarga sepatutnya sudah memotong gelang kuarantin hari ini (semalam) tetapi keadaan kesihatannya kurang memuaskan akibat batuk dan penurunan oksigen dalam badan membuatkan Sarah terpaksa mendapatkan rawatan lanjut,” terang Nana.
Zahnita siar mata lebam kena tumbuk, jadi mangsa keganasan rumahtangga. Suatu masa dahulu, wajah Pan Asian berdarah kacukan Melayu dan New Zealand ini cukup gah mewarnai iklan majalah selain merupakan top model termasuk pernah menjadi wajah utama Jakel.
Namun seiring usia, dirinya berani tampil tanpa solekan di media sosialnya termasuk berkongsi terkini dirinya membuat bisnes pie yang menerima sambutan ramai hingga mampu membeli peralatan memasak yang baru bagi menampung permintaan ramai.
Namun di sebalik kesibukannya berniaga dari rumah bersama humble pie hari ini, Zahnita Wilson memuat naik matanya yang lebam di instagramnya dan menulis,
“I didnt want to do this… but i am forced too. This is why i left my old house… and why i sometimes wear sunglasses. (Saya tak mahu lakukan ini tetapi saya terpaksa. Inilah sebabnya saya meninggalkan rumah lama saya dan mengapa saya kadang-kadang memakai cermin mata hitam).
Sekadar info bekas top model ini pernah berkahwin dengan  Abdul Zackery Ghouse dan dikurniakan dua orang anak perempuan sebelum meminta fasakh sekitar 11 tahun lalu. Namun dikatakan pasangannya enggan bercerai kerana mahu mempertahankan rumahtanga mereka.
Dan ternyata ketakutan dirinya berlaku di mana sebelah dari matanya lebam seperti ditumbuk seperti dimuat naiknya pada hari ini.
Gambar matanya yang lebam membuatkan ramai pengikut dan rakan artis memberinya sokongan termasuk mahu menghulurkan bantuan. Artis Zarina Zainuddin turut berkongsi kenangan pahit alam rumahtangga.
“Ya Allah 😢 i feel you .. i pun pernah kena macam ni bila nak report polis nasihatkan jangan buat report akan jadi big isu .. then sabar sabar sabar .. but i hope you report jer .. you dont deserve this 😢
Begitu juga penyampai radio Shiera Ijoy yang bertanya situasinya. Begitu juga Sarimah Ibrahim yang menulis, “You don’t and never deserve this ever. Ever. 😢.
Tiz Zakyah turut menzahirkan rasa terkejut dan berharap Zahnita Wilson di tempat yang selamat. “Allahuakbar.. hope your in a better place now..
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Hasrat miliki anak kedua tidak kesampaian, ibu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Impian sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak kedua bertukar menjadi tragedi apabila si isteri, seorang suri rumah berusia 35 tahun, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.
Hasrat Miliki Anak Kedua Tidak Kesampaian, Ibu Meninggal Dunia Dalam Perjalanan ke Hospital
Difahamkan, wanita tersebut mengalami sakit untuk bersalin sebelum suaminya segera menghubungi perkhidmatan kecemasan bagi mendapatkan bantuan perubatan. Namun, wanita berkenaan dipercayai tidak sedarkan diri sebelum pengsan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu sekitar jam 5.57 petang semalam daripada kakitangan zon merah Jabatan Kecemasan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, Kedah yang memaklumkan bahawa wanita berkenaan serta bayi yang dikandungnya telah disahkan meninggal dunia.
“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan menaiki ambulans. Doktor telah melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi namun malangnya, bayi itu juga tidak dapat diselamatkan,” katanya.
Hasil temu bual bersama suami mangsa mendapati wanita berkenaan tidak mempunyai sebarang rekod penyakit atau masalah kesihatan yang diketahui sebelum ini.
Tambah beliau lagi, tiada unsur jenayah atau perbuatan khianat ditemui hasil pemeriksaan ke atas jasad mangsa.
Mayat wanita tersebut telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar bagi tujuan bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
Mejar Mohd. Fikry dan isteri memohon doa seluruh rakyat Malaysia untuk kesihatan anak kembar tiga mereka yang kini dirawat di NICU Hospital Melaka. Kisah penuh harapan dan ketabahan seorang ayah.