Berita Sosial

Bayi Dipercayai Tersedak Susu, Ibu Sampai Tengok Anak Lemah & Tidak Sedarkan Diri

Share

Tular kisah meruntun jiwa golongan ibu, bayi tersedak susu. Apa yang ralat, ibu kepada si comel yang berumur enam bulan minta anaknya dibawa ke hospital namun tidak dihantar.

Bayi Dipercayai Tersedak Susu

Sekitar jam 5.05 petang, si ibu yang sedang bekerja menerima panggilan daripada pengasuh di Pantai Dalam, memaklumkan anaknya, Tuan Faqihah yang berusia 6 bulan, tidak sedarkan diri sejak jam 4.30 petang.

Nur Afira Badrul Hisham meminta agar bayinya segera dibawa ke hospital, namun permintaan itu tidak dilakukan.

Ibu Sampai Tengok Anak Lemah & Tidak Sedarkan Diri

Dalam keadaan panik, seorang ibu hanya memikirkan satu perkara selamatkan anaknya. Dengan hati yang berdebar dan harapan yang masih bersisa, dia terus memecut menuju ke rumah pengasuh di Pantai Dalam.

Namun sebaik tiba, anaknya sudah dalam keadaan lemah. Si kecil kemudian dibawa ke hospital bersama pengasuh dan suami pengasuh, namun disahkan meninggal dunia. Namun usaha menyelamatkan mangsa gagal apabila pegawai perubatan hospital berkenaan mengesahkan bayi itu meninggal dunia akibat tersedak susu pada jam 6.08 petang.

Kejadian itu kemudian mendorong bapa mangsa membuat laporan polis bagi meminta siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian anaknya.

Pemergian seorang bayi semuda enam bulan bukan sekadar meninggalkan tangisan sebuah keluarga, malah turut menimbulkan persoalan yang hanya mampu dijawab melalui siasatan yang teliti dan adil.

Rujukan: Sinar Harian

Published by
Nadia Mohamad