Basmi Rasuah, Platform Terbaik Orang Ramai Jadi Barisan Hadapan RasuahBuster

Share

Jangan Ambil, Jangan Beri! Inilah tindakan mampu mengubah ekosistem rasuah yang parah di negara kita. Malahan, tindakan inilah kena bermula dari diri kita sendiri.

Menyedari keadaan ini, Ideaktiv turut terpanggil dalam  menyertai usaha membanteras rasuah yang dicetuskan oleh Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Dr Haji Hussamuddin Yaacub menerusi kempen yang diperkenalkan oleh beliau iaitu RasuahBuster.

Menerusi RasuahBuster, orang ramai dan organisasi diajak bersama-sama untuk tampil, berkongsi, membanteras dan sekali gus membasmi amalan rasuah dalam kalangan masyarakat di semua peringkat.

RasuahBuster menerusi media utama Sinar Harian telah membuka platform untuk orang ramai menyertai gelombang gerakan oleh rakyat demi rakyat, bagi menghapuskan budaya memberi atau menerima rasuah serta sebarang bentuk penyalahgunaan kuasa di negara ini.

Kempen Kesedaran

Mendukung usaha tersebut, Ideaktiv mempergiat kempen berfasa bermula dengan kempen kesedaran tentang keburukan amalan rasuah untuk generasi masa kini dan akan datang. Ia diikuti dengan fasa seterusnya yang akan cuba menggerakkan orang ramai tentang tindakan yang boleh mengubah amalan rasuah secara menyeluruh.

Dengan matlamat membersihkan generasi rasuah kepada generasi bermaruah, kita berdiri bersama dan menjadi barisan hadapan RasuahBuster.

Orang ramai boleh bermula dengan menyalurkan maklumat dan pertanyaan kepada:

rasuahbusters@gmail.com atau

(WA) : 019-3823635, 019-6680920

Bergabung sebagai #RasuahBusters di https://bit.ly/3ctmxSy atau boleh kunjungi laman berikut:

Portal: www.rasuahbusters.com

Facebook: Rasuah Busters

Instagram: rasuahbusters

Twitter: rasuahbusters

Melalui usaha kecil ini, ia boleh menjadi besar. Ingat, kita #JanganAmbil dan #JanganBeri. Kitalah generasi bermaruah.

#RasuahBusters

#JanganAmbil

#JanganBeri

#Ideaktiv

 

 

 

 

IKLAN