Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Lumrah dalam kehidupan rumahtangga pasti ada pasang surutnya.
Padam Gambar Berdua
Baru enam bulan bergelar suami isteri, situasi rumah tangga pelakon popular, Fatin Afeefa dengan usahawan muda, Aliff Awang kini menjadi tanda tanya ramai apabila dilihat bertindak memadam gambar berdua daripada akaun media sosial masing-masing.
Fatin yang kini semakin sopan dengan imej bertudung selepas pulang daripada mengerjakan umrah April lalu bagaimanapun masih mengikuti suami menerusi Instagram, begitu juga dengan suaminya.
Ads
Percanggahan Idea
Difahamkan, situasi pelik tersebut bermula akibat ‘percanggahan’ idea suami isteri itu tentang pilihan atau penggunaan kereta mewah atau supercar, baru-baru ini.
Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai, 29, bukan sahaja dilihat angkuh melampau menggelarkan kereta bukan ‘supercar’ sebagai najis bahkan menghalau seorang pemilik kereta ‘biasa-biasa’ agar tidak berada di sebuah acara pertunjukan, baru-baru ini.
Sindir Suami
Fatin kemudian bertindak menyindir suaminya itu dengan memberi komen berbunyi: “Okey baru-baru ini ada satu video viral, seorang lelaki ini (suami sendiri) menghina orang yang bawa kereta Honda, Mustang yang secara asasnya, bukan (berstatus) supercar.
Ads
“Bagi saya tak patutlah, memang sangat tak patut. Terutama merendah-rendahkan pemilik kereta lain,” kata Fatin sebuah video TikTok.
Sehingga hari ini, tiada lagi gambar mesra Fatin dan Opai dalam Instagram masing-masing, sekali gus menebarkan spekulasi sama ada rumah tangga mereka sedang bergolak atau apa yang dipaparkan hanyalah publisiti demi karier masing-masing.
Boleh dikatakan hari-hari mak-mak basuh kain guna mesin basuh automatik. Tapi tak ramai mak-mak yang tahu hampir kesemua fungsi butang yang ada pada mesin basuh kita kan. Tip yang dikongsikan Mommy Daily ini sangat bermanfaat untuk mak-mak
Inilah Fungsi Butang Soak/Tub Cleaning Pada Mesin Basuh
Pernah tak mak-mak membasuh kain guna mesin automatik, kain bau hapak walau dah letak sabun dan softlan. Tetap bau tak menyenangkan?
Lagi sakit mata bila ada habuk kerak-kerak hitam melekat kat baju sekali. Haa, mak-mak jangan tak tahu, tu signal dari mesin basuh yang ianya perlu di basuh. Apa? Ye, mesin basuh pun kena basuh walaupun kerjanya membasuh baju setiap hari.
FUNGSI SOAK/TUB CLEANING kat mesin basuh tu bukan semata-mata hiasan tau. Ada gunanya iaitu untuk buat cleaning tub mesin yang bekerja setiap kali membasuh.
Cara Nak Basuh Mesin Basuh
So, mudah je cara nak basuh mesin basuh,
1.Tekan ON 2.Pilih dan tekan program SOAK/TUBE CLEANING , tekan START. 3.Bila mesin dah start isi air hingga tub hampir penuh masukkan CUKA + SODA BIKARBONAT.
**sukatan tu main agak je, suku cawan cuka dan 2-3 sudu soda bikarbonat, kalau tak letak soda pun okei dah sebab cuka sifatnya asid so buang segala bau kepam tu. Tapi kalau letak dua-dua lagi bagus sebab confirm bau macam mesin basuh baru beli.
Lepas tu tutup mesin basuh dan biarkan dia buat kerjanya. Dah siap biasanya akan bunyi macam mesin dah siap basuh kainlah, cuma bila buat sesi SOAK/TUB CLEANING janganlah mak-mak letak kain pulak.
Tu namanya, basuh kain bukan basuh mesin basuh.
Basuh Mesin Setiap 2 Bulan Sebab..
Nanti cuba buat tau, dan amalkan buat SOAK/TUB CLEANING 2 bulan sekali supaya mesin berfungsi seoptimum mungkin.
Kalau lama-lama dibiarkan tak mustahil mesin basuh akan rosak sebab dah terlalu banyak habuk dan kotoran yang terkumpul. Rasa rugi plak tolak mesin basuh yang 8 tahun diguna tiba-tiba stop.
Ingatkan rosak bila nak servis boleh tahan harganya, beli yang baru, bagi free mesin basuh rosak tu, tak sampai seminggu kedai yang sama, display mesin basuh kita tu yang dah dibaiki, beza RM200 je dengan harga mesin yang baru beli. Aduudu..rugi rasanya.
Sebab selama 8 tahun guna tak pernah tahu fungsi SOAK/TUB CLEANING ni, lepas tu baru tahu.
Kebanyakan kita, bila saja disahkan menghidap sesuatu penyakit, mulalah habiskan duit dengan membeli suplemen yang dikatakan dapat mencegahnya. Tapi setakat mana keberkesanannya. Bimbang ia makin merebak dan teruk.
Tak perlulah nak habiskan duit semata-mata untuk merawat penyakit yang dihadapi. Lebih baik terus berjumpa doktor dan dengar nasihatnya tentang rawatan yang harus diambil. Jangan sampai dah teruk baru nak ‘serah diri’ pada doktor.
Habiskan Duit Pada Scammer Yang Claim Sembuhkan Penyakit
Inilah antara nasihat Norhayati Nakim buat mereka yang baru saja disahkan menghidap kanser payudara supaya tidak mudah terpengaruh dengan scammer yang menjual ubat dengan ‘claim’ ubat itu boleh memulihkan dan merawat kanser.
“Kita sebagai pesakit tentu akan mudah terjerumus dan percaya sampai sanggup habiskan duit. Akhirnya diri tertipu. Dengarlah apa yang doktor cakap, buat rawatan dan ikut nasihatnya,” kata Norhayati Nakim yang dipanggil Yati.
Mak sentiasa temani dirinya walaupun dia sendiri sakit .
Bercerita lebih lanjut tentang penyakit kanser payudara yang pernah ‘menjejak’ dalam badan Norhayati Nakim, 57 tahun. Sebelum itu, dia disahkan menghidap kanser rahim.
Katanya sejak dari umur 18 tahun ladi, dia mengalami fibroid dan endometriosis dan selamat menjalani pembedahan membuang rahim pada tahun 2002.
“Namun, sel kanser ‘hidup balik’ dan saya merujuk di hospital kerajaan apabila merasakan ada biji yang makin membesar di bahagian payudara sebelah kiri, pada tahun 2012 pada usia 49 tahun.
Tafsiran ‘Kanser Mesti Mati’
“Saya membuat ujian biopsi di Hospital Selayang. Keputusannya, saya disahkan hidap kanser payudara tahap 3.
Bersama Puan Zuraini, orang yang banyak membantu. .
“Dalam fikiran saya, bila ada kanser mesti mati. Saya menangis sepuasnya sebelum sampai ke rumah dan beritahu tentang keputusan itu pada mak dan keluarga. Diri saya sedikit terubat dan kuat bila mak minta saya lawan penyakit itu dan teruskan perjuangan. Jangan cepat menyerah kalah.
Gambar bersama adik beradik. Ini juga gambar terakhir bersama arwah mak, selepas beberapa hari sebelum dia meninggal.
“Akhirnya saya berjaya menjalani pembedahan dan lakukan kemoterapi di Hospital Kuala Lumpur sebanyak 6 ‘cycle dan rawatan radioterapi sebanyak 18 kali untuk yang biasa & ditambah 5 kali lagi radioterapi booster,” katanya lagi faktor pemakanan menjadi punca dan sejarah keluarga yang pernah mendapat kanser.
Janji Dengan Arwah Mak
Walaupun sudah berjaya membuang payudara kiri, kemoterapi dan radioterapi tapi tidak bermakna ia sudah pulih 100%.
Peneman Yati, diberi nama Memey
“Nak kata pulih tak juga sebab keadaan diri saya dengan penglihatan tak berapa nampak, tahap silau yang tinggi dan baru-baru ini ada sel baru selepas pemeriksaan doktor.
Lagi gambar kenangan bersama arwah mak. .
“Namun, saya tak nak ambil kisah dan malas nak layan. Sebabnya, saya dah berjanji dengan arwah mak keluarga untuk tak nak lemah. Syukur, Allah bagi peluang dikesempatan ini untuk muhasabah diri.
Kenangan bersama arwah mak. .
“Allah nak ingatkan saya, diuji begini dan tidak ambil nyawa terus. Sebab Dia beri peluang untuk saya berubah,” katanya yang setiap hari selepas solat akan memanjatkan kesyukuran kerana diberi ujian ini dan berjanji untuk terus kuat.
Kanser Bukan Penamat & Penyebab Kematian
Tambah Yati, anak ke 8 daripada 10 adik beradik, bila seseorang disahkan kanser tak kira tahap berapa sekalipun, jangan terlalu ikut perasan dan lemah.
“Memang kita akan rasa sedih. Menangislah sepuasnya tapi lepas itu kuatkan semangat, tekadkan usaha untuk sembuh dengan memandang wajah orang yang kita sayang,” katanya lagi.
Diberi kesempatan menunaikan umrah bersama arwah mak. .
Apa yang ditekankan oleh bekas pesakit kanser ini buat yang berjuang melawan kanser payudara supaya mengikut segala nasihat doktor dan lakukan semua rawatan yang diberikan.
“Jangan habiskan duit membeli ubat atau suplemen yang didakwa boleh mencegah atau merawat kanser. Semua itu scammer,”
“Kuatkan semangat dan jangan sesekali mengaku kalah sebab KANSER BUKAN BEERTI SATU KEMATIAN. Selagi ajal belum menjemput, teruskan kehidupan seperti biasa mengikut garis panduan dari doktor. Pesakit/bekas pesakit kanser adalah pejuang kehidupan yg paling kuat kerana walaupun mengalami kesakitan, kita masih mampu tersenyum. Teruskan semangat,” katanya mengakhiri perbualan.
Gambar kenangan bersama arwah ayah, arwah ibu dan adik beradik. .
Mingguan Wanita : Moga sentiasa diberi kesembuhan dan kekuatan dalam hidup.
Ternyata biar pun makanan sejuk beku, ianya juga mudah tercemar dengan virus Covid-19. Oleh sebab itu mak,ayah seharusnya mengambil langkah pencegahan dan berhati-hati.
Biar pun di luar negara, ia tetap membimbangkan. Selepas dibuat ujian, makanan sejuk beku yang diimport dikesan positif Covid-19.
Makanan Sejuk Beku Dikesan Positif Covid-19
Wuhan: Sampel tiga bungkusan makanan sejuk beku yang diimport ke pusat bandar Wuhan didapati positif Covid-19 selepas ujian saringan dijalankan.
Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan berkata, ia membabitkan dua sampel daging sejuk beku dari Brazil yang disimpan di gudang selain satu lagi membabitkan ikan sejuk beku spesies patin dari Vietnam yang disimpan di gudang berasingan.
Pihak berkuasa turut mengasingkan dan menjalankan saringan asid nukleik ke atas pekerja yang didapati ada kontak langsung dengan produk makanan berkenaan tetapi kesemuanya didapati negatif Covid-19 setakat ini.
Namun, penghantaran stok makanan sejuk beku dari sampel makanan yang tercemar itu belum dipasarkan di pasar basah, lapor portal People.
Makanan Sejuk Beku Yang Diimport Dikesan Positif
China juga meningkatkan usaha untuk menyekat kemasukan makanan import bagi mengekang penularan Covid-19 terutama selepas terdapat beberapa kes membabitkan produk sejuk beku import disahkan positif virus itu.
Kementerian Pengangkutan China mengeluarkan garis panduan pada pertengahan November lalu bagi mengelakkan penularan Covid-19 menerusi rantaian makanan sejuk beku melalui jalan darat dan air.
Pegawai Kanan Kastam China, Bi Kexin, pada sidang media minggu lalu, memaklumkan lebih 800,000 sampel produk sejuk beku sudah diuji dan kebenaran eksport 99 pembekal luar negara ke China sudah dihentikan.
MW: Buat masa ini lebih baik mak,ayah membeli stok makanan yang tidak diimport atau ambil tahu dari mana makanan sejuk beku diimport. Walaupun perkara ini berlaku di luar negara, namun apa salahnya mengambil langkah berjaga-jaga.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.