Kisah pemergian Nurin Jazlin terus menyentuh hati, dan kali ini hantaran terkini daripada bapanya kembali mengundang rasa sebak seluruh rakyat Malaysia. Hampir dua dekad berlalu, namun tragedi yang menimpa kanak-kanak ini masih meninggalkan luka yang sukar sembuh dalam jiwa masyarakat. Pemergiannya bukan sekadar satu kes jenayah, tetapi sebuah peristiwa yang mengingatkan kita tentang berharganya amanah menjaga keselamatan anak-anak serta besarnya ujian yang dipikul seorang ibu dan ayah.
Baru-baru ini, nama arwah kembali menjadi sebutan apabila bapanya, Jazimin Abdul Jalil, membuat satu permintaan menyentuh hati dalam kumpulan Facebook Edit Apa Hari Ini. Beliau berharap agar gambarnya dapat digabungkan dengan foto arwah Nurin Jazlin dalam saiz besar untuk dibingkaikan, satu permintaan yang jelas menggambarkan betapa kerinduan terhadap anak syurga itu tidak pernah pudar, walaupun masa terus berlalu.
Hantaran itu meraih hampir 15,000 tanda suka dan lebih 2,000 komen, menjadikannya antara yang paling tular dalam kumpulan tersebut. Ramai warga maya tampil memberikan sokongan moral, berkongsi hasil suntingan masing-masing sebagai tanda solidariti dan simpati terhadap keluarga ini. Walaupun teknologi semakin maju, ia tidak mampu menandingi ketulusan kasih sayang dan doa masyarakat yang masih mengingati arwah.
Untuk mengimbas kembali kisah pilu ini, Nurin Jazlin dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 ketika dalam perjalanan ke pasar malam di Wangsa Maju. Seluruh negara bersatu hati mencari, namun harapan musnah apabila jenazahnya ditemui sebulan kemudian di dalam sebuah beg di Petaling Jaya. Lebih menyayat hati, hasil bedah siasat mendedahkan penderaan yang sukar dibayangkan.
Ads
Lebih meruntun jiwa, sehingga kini identiti pelaku masih belum dikenal pasti. Kes berprofil tinggi ini terus kekal sebagai titik hitam dalam sejarah negara dan menjadi persoalan besar yang belum berjaya dirungkai.
Renungan Dan Keinsafan
Tragedi ini membuka mata masyarakat bahawa keselamatan anak bukan perkara remeh. Ia juga mengajar kita tentang erti sabar dan kekuatan seorang ibu dan ayah yang diuji dengan kehilangan tidak terhingga. Semoga usaha mencari keadilan untuk arwah tidak terhenti, dan semoga Allah menempatkan Nurin Jazlin dalam kalangan penghuni syurga yang mulia.
Bagi Jazimin dan keluarga, masyarakat mungkin tidak mampu menghapuskan luka itu, namun doa dan sokongan sentiasa bersama mereka. Kisah ini mengingatkan kita bahawa setiap anak adalah amanah, dan setiap nyawa tidak ternilai harganya di sisi Allah.
Ads
Pengajaran Yang Tidak Dilupakan
Tragedi ini secara tidak langsung mengubah cara masyarakat memandang isu keselamatan kanak-kanak di negara ini. Sejak kehilangannya, lebih ramai ibu bapa dan komuniti menjadi peka terhadap persekitaran dan pergerakan anak-anak. Peristiwa menyayat hati ini menjadi simbol penting tentang kepentingan pengawasan, keprihatinan dan tindakan segera apabila berlaku situasi mencurigakan.
Selepas kejadian itu, pelbagai inisiatif kesedaran muncul melalui kempen keselamatan komuniti dan program pendidikan awam. Walaupun kecil skalanya, usaha ini membantu meningkatkan budaya cakna dalam masyarakat, terutama terhadap golongan rentan.
Ads
Bagi segelintir individu, kisah ini menjadi peringatan untuk lebih menghargai masa bersama keluarga, lebih penyayang dan lebih berhati-hati terhadap keselamatan orang sekeliling. Kecekalan seorang bapa seperti Jazimin yang tidak pernah berhenti menuntut keadilan juga menjadi inspirasi kepada ramai.
Semoga Allah terus mengurniakan kekuatan, ketabahan dan ketenangan buat keluarga arwah Nurin Jazlin. Al-Fatihah.
Teruja tengok wajah terkini Intan Liana Salleh. Bukan saja berseri-seri, aura cantiknya makin terserlah jelita. Lagi-lagi sekarang ini Intan dah dilamar menjadi ‘wajah rasmi’ ANAS Cosmetics. Intan yang membahasakan dirinya Bonda, juga bagaikan tak percaya dengan tawaran itu.
“Ya Allah! Rasa macam orang yang baru pulak, sukanya dengan look ni, boss Annas Easkey kalau bab mencantikkan orang memanglah win. Nak nangis pun ya tengok muka sendiri.
“Iyalah bonda kan sibuk jaga anak anak, lepas tu kene lamar pula jadi wajah untuk jenama kosmetik yang memang semua kenal ANAS Cosmetics lepas tu outcome photoshoot macam ni. Macam tak percaya muka sendiri.” Tulisnya di instagram miliknya.
Sebagai insan yang pernah melalui peristiwa paling pedih dalam hidupnya, Intan begitu cekal mengharungi ujian tuhan. Dan berkat kesabaran malah niatnya ikhlas mahu mencari rezeki untuk anak-anak buatkan Intan lebih yakin melangkah ke hadapan.
“Tiap kali bonda bekerjasama dengan boss Annas Easkey tak kira lah photoshoot untuk apa, hasilnya MashaAllah susah nak gambarkan. Kadang kadang bonda tak percaya yang bonda boleh sampai tahap macam tu sekali sebab bonda bukanlah sesiapa, bukan selebriti mahupun model professional.
“Tapi bonda yakin dengan percaturan yang Allah dah tentukan, bonda redha dengan segala dugaan. Bonda pasti yang segalanya ada hikmah. Segalanya sudah tertulis.”
Rezeki Untuk Anak-anak – Intan Liana Salleh
Kerjasama Intan dan Annas Easkey bermula dengan jenama pakaian Ashh & Annas. Dari situlah membawa kepada lamaran wajah rasmi produk kosmetik.
“Macam mimpi jadi kenyataan. Selama ini bonda dok dengar dari adik-beradik, kawan-kawan. last last bonda jadi wajah. Ya Allah.”
“Apa apa pun, bonda yakin. Sangat yakin, hikmah Yang hadirkan, segala rezeki yang di curahkan semuanya untuk anak anak. Semuanya untuk bonda besarkan mereka agar jadi anak cemerlang dan berbakti kepada keluarga.
“Wahai anak anakku, bonda kerja keras untuk kita tau. Bonda buat semuanya untuk besarkan kalian. Semoga Allah murahkan rezeki bonda. Kepada boss Annas Easkey bonda rasa syukur dapat bertemu dengan Annas. Terima kasih atas rezeki.”
Wajah terkini Intan : Tanpa solekan pun wajah Intan Liana Salleh semakin glowing berseri-seri gitew.
Tengok Air Muka Kak Intan, Saya Tahu Kerisauannya
Annas Easkey yang sama berbagi rezeki dengan Bonda Intan turut melahirkan kata-kata motivasi untuk ibu tunggal anak dua lelaki, Arish Muqri, 3 dan Ariq Muqri, 1 tahun.
“Saya kongsi rezeki dengan bonda intan supaya dia boleh meneruskan hidup sebagai seorang ibu tunggal, sebagai seorang ibu yang kuat menjaga anak anak demi kehidupan yang lebih baik. Dugaan yang kak intan tempuh amatlah besar yang jika orang lain mungkin tidak kuat dan mungkin akan putus asa dengan hidup serta segala benda.”
“Rezeki tak pernah salah alamat, apa yang saya kongsi dengan kak intan dan akhirnya rezeki saya pun bertambah. Kalau lihat pada air muka kak intan, saya tau dan faham kerisauan tentang apakah yang bakal berlaku pada masa depan tapi saya pasti yang sekarang dia kuat dan tabah demi masa depan anak anak.”
“Kepada Bonda Intan, tak banyak untuk saya kongsi tapi cukuplah untuk akak dan anak anak meneruskan kehidupan. Cukuplah akak tampung segala macam keperluan.” kongsinya di laman instagram miliknya sambil memaklumkan rasa terima kasihnya kerana Intan sudi menjadi wajah untuk jenama pakaian dan kosmetik miliknya.
Melahirkan di dunia, berpantang di syurga, ibu muda lahirkan anak ke 11 meninggal dunia. Besar pengorbanan seorang ibu yang mengandung kerana tidak tahu risiko apa yang menanti sepanjang kehamilan. Bahkan islam mengangkat darjat dan kemuliaan wanita hingga dijanjikan pahala syahid akhirat jika meninggal ketika mengandung dan melahirkan anak.
“Syuhada’ (orang-orang mati syahid) yang selain terbunuh di jalan Allah itu ada tujuh: mati kerana wabak taun adalah syahid, mati lemas adalah syahid, penderita penyakit bengkak yang panas pada selaput dada adalah syahid, mati kerana sakit perut adalah syahid, mati kerana kebakaran adalah syahid, yang mati tertimpa runtuhan adalah syahid, dan seorang wanita yang meninggal kerana melahirkan adalah syahid.” (HR. Malik (16/558), Abu Dawud (20/3105), An-Nasai (21/1847), juga Ibnu Majah (24/2909)
Berkata Syu’aib Al Arnauth Hadis ini adalah sahih.
Kematian seorang ibu muda, Nur Zaihan Abdul Halim yang meninggal ketika melahirkan anak ke 11nya sangat dicemburui. Diberitakan allahyarham telah menghembuskan nafas terakhirnya ketika berjuang melahirkan anak bongsunya.
Innalilahiwainilaihirojiun. Arwah Nur Zaihan meningal selepas melahirkan anak ke 11Anak-anak yang ditinggalkan ibu dan moga Allah memelihara mereka
Dirinya disahkan meninggal dunia selepas melahirkan bayi kecilnya. Difahamkan, bayinya dapat diselamatkan walau dilahirkan awal sedikit iaitu 32 minggu dan kini di tempatkan di NICU, HUKM.
Dari nukilan dikongsikan adiknya, dirinya berkongsi rasa sedih dialami.
Beranak di dunia , Berpantang di Syurga Ditidurkan di dunia, Dibangunkan di Syurga.
Masih terkilan. Masih tak percaya pemergiannya. Hilang tempat mengadu. Hilang seorang kakak. Hilang tempat bergaduh. Hilang penyeri kami semua.Dari kecil sampai kini susah senang bersama. Aku rindu mu Yong. Terngiang-ngiang lagi suaramu. Allahuuu. Dalam kenangan. Doakan arwah Nur Zaihan dimasukan ke dalam syurga bersama-sama orang yang beriman. Semoga suami dan anak yang lain tabah dengan segala dugaan.
Haa.. first time kan dengar resepi Cracker Telur Dadar Sedap ni. Samalah dengan hakak. Cara nak membuatnya pun senang saja. Bahan-bahan yang diperlukan pun mudah didapati dan ringkas ya amat, asalkan wajib ada 3 bahan asas; biskut cracker, telur dan bawang. Yang penting, resepi ni memang ‘rare’.
Lain-lain tu optional. Bila agak-agak poket kering, terutama tengah ke hujung bulan.. nilah makanan paling syok nak dibedal. Resepi ini daripada perkongsian Cik Puan Fai Zah Sabi atau senang membahasakan dirinya dengan panggilan Kak Faie.
Resepi cracker telur dadar sedap ini asalnya dikongsikan temannya dalam grup MAHN. Memandangkan cara membuatnya yang tak terlalu renyah, amat sesuailah untuk mak-mak yang dikejar waktu tapi dalam masa yang sama nak kena sediakan makanan yang mengenyangkan untuk anak-anak.
“Hidangan ini untuk sarapan pagi dan minum petang. Resepi ini daripada Mak Kak Faie. Lama dah resepi ni mak kak Faie buat untuk kami adik beradik makan. Kali ni kak Faie buat untuk famili kak faie pula. Selamat mencuba.”
Bahan-bahan Resepi Cracker Telur Dadar Sedap
15 – 20 keping biskut 4 segi (cracker)
2 biji telur
1 ulas bawang merah
2 biji cili padi (optional)
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Telur yang dah digaul bawang ini nanti akan disatukan dengan biskut cracker yang dibasuh dan digoreng. Isk! memang rare..
Cara Membuat
1. Patahkan biskut dan basahkan dengan air biasa.
2. Kacau telur dengan bawang, garam dan serbuk kunyit macam nak buat telur dadar.
3. Goreng biskut sehingga kering/garing.
4. Masukkan telur yang telah dikacau ke dalam biskut dan goreng hingga masak/ garing.
5. Siap. Hidangkan bersama sos cili dan mayonis. Yummy..
Selamat mencuba!
Tonton Video, Akan Ditunjukkan Satu Persatu Step By Step CrackerTelur Dadar Sedap
Sumber/Foto/Video : Facebook Fai Zah Sabi
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kehilangan insan tersayang bukan sesuatu yang mudah untuk ditanggung oleh seorang isteri. Itulah yang kini dilalui oleh Datin Seri Zizie Ezette, 47, apabila pemergian...