Bapa Kanak-kanak Dipukul Dengan Tukul Mohon Doa Orang Ramai

Share

Bapa kanak-kanak dipukul dengan tukul mohon doa orang ramai. Keluarga kepada seorang kanak-kanak lelaki yang parah selepas dipukul dengan tukul merayu orang ramai agar sama-sama menitipkan doa supaya anak mereka diberi kesembuhan.

Bapa Kanak-kanak Dipukul Dengan Tukul Mohon Doa Orang Ramai

Bapa mangsa, Muhammad Badrul, dalam satu hantaran di Facebook berkongsi keadaan anak sulungnya, Muhammad Ammar Muhammad Badrul, 7, yang kini menerima rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian. Kanak-kanak itu dilaporkan dalam keadaan kritikal dengan kepala berbalut selepas menjalani rawatan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik sekitar jam 8.30 pagi tadi, beliau menulis, “Keadaan kritikal, pendarahan bahagian kepala tidak henti. Mudah-mudahan doa dari sahabat semua ada satu keajaiban buat anak saya.”

Semalam, media melaporkan Muhammad Ammar cedera teruk di bahagian kepala selepas dipercayai dipukul dengan tukul oleh bapa saudaranya sendiri dalam satu kejadian di sebuah rumah kedai.

Sumber: Facebook Muhammad Badrul 

Artikel lain: Pukul Anak Saudara Dengan Tukul Besi, Suspek Gantung Diri Pada Pokok Di Pantai

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Published by
Has