Pernah viral di media sosial penjualan pinggan mangkuk bercorak oriental yang cantik dan klasik namun dijual dengan harga yang cukup murah serendah 50 sen. Maka, ramailah yang berkenan untuk dijadikan koleksi peribadi. Namun disebalik, reka bentuk menarik dan coraknya yang unik, cantik dan tersendiri tersebut, ada dakwaan menyatakan bahawa penggunaan pinggan mangkuk bercorak ini bahaya dan boleh memberi kesan pada kesihatan dalam jangka panjang terutama pada wanita hamil dan bayi.
Memetik sumber daripada Malay Mail Online,para pengguna dinasihatkan lebih berwaspada menggunakan pinggan mangkuk beraneka corak yang pernah viral di media sosial ini, kata seorang pensyarah Universiti Malaya (UM).
IKLAN
Beri Kesan Jangka Panjang
Dr Nor Asrina Sairi berkata kebanyakan pinggan mangkuk yang mempunyai hiasan cantik ini mempunyai logam plumbum (lead) dalam penghasilannya.
“Bahaya untuk jangka masa panjang terutama untuk kanak-kanak, wanita hamil dan bayi, tapi bahayanya itu bukanlah secara terus atau langsung.
“Ia lebih kepada kuantiti yang sedikit, tapi kalau kita kerap guna dan untuk jangka masa lama, ia akan beri kesan kepada kesihatan,”
Pensyarah kanan Jabatan Kimia UM itu berkata lagi pinggan mangkuk berkenaan lebih sesuai dijadikan koleksi hiasan.
IKLAN
Mudah Terhakis
Katanya, plumbum yang terlekat di pinggan berkenaan akan mudah terhakis apabila terdedah kepada suhu panas.
“Saya cadangkan pengguna gunakannya untuk perhiasan atau koleksi, elakkan guna untuk hidang makanan harian.
“Kalau warna atau sadurannya di luar, itu OK lagi, tapi bila sekarang trend baru di bahagian dalam pun disalut, itu yang kita agak khuatir,”
Kesimpulannya, lebih berhati-hatilah dalam penggunaan material untuk pinggan mangkuk. Pinggan mangkuk corak menarik ini lebih sesuai dijadikan hiasan berbanding penggunaan harian.
Selama ini macam mana kita kupas kerang. Rebus dulu, bila dah terbuka sikit baru kupas satu persatukan? Tapi salah rebus, kerang boleh hilang gebu. Dengan langkah mudah kupas kerang yang diajarkan ini, membuatkan kerja mengupas kulit kerang jadi tersangat mudah. Paling penting isi kerang gebu gebas dan ‘juicy’ walaupun telah direbus seketika.
Sebelum kerja-kerja mengupas dijalankan, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah membersihkan kerang. Boleh bersihkan dengan dua cara. Pertama, masukkan kerang dalam bekas besar, laga-lagakan kerang sesama sendiri. Cara kedua, bersihkan dengan berus.
Sebaiknya gunakan sarung tangan getah. Kalau tak, boleh terluka jari jemari yang mulus tu. Kulit kerang ini keras, lagi-lagi kalau guna teknik melaga-lagakan kerang tu. Salah laga, jari anda yang terluka. Selepas dibersihkan bolehlah rujuk cara-cara di bawah:
4 Langkah Mudah Kopek Kerang
1. Didihkan air dalam periuk. Biarkan sampai menggelegak.
2. Masukkan kerang yang dah dibersihkan. Selepas 30 saat, cepat-cepat angkat.
3. Tutup api dan toskan kerang.
4. Terus tuang ke dalam bekas berisi AIS dan AIR. Kerang boleh terus dikupas.
Kenapa Teknik Kupas Kerang Ini Perlu Diikut
√ Masa ini kerja mengupas jadi lebih mudah.
√ Kerang pun nampak lagi bersih dan gebu.
√ Teknik sebegini cukup sesuai digunakan buat mak-mak yang nak mencuba resipi kerang masak serai.
Nak Kerang Masak Serai Lebih Cantik
Jangan kupas seluruh kulit kerang, tapi kupaslah sebelah kulit saja. Agar masakan anda lebih menarik dan lebih terasa keenakannya.
Diejek badan besar kereta kecil, lelaki kongsi anak muda jangan malu guna kereta kecil asal jimat banyak. Perkara pertama selalu kita fikirkan dalam hidup ialah TAKUT DENGAN PANDANGAN ORANG. Buat itu salah, buat ini salah sampai dalam membuat keputusan pun kita masih memerlukan pandangan orang.
Paling banyak buat keputusan salah ialah saat membeli kereta pertama yang mana biasanya kita berfikir, ala beli sekali saja. Apa salahnya beli yang lebih mahal, berjenama, bangga dipuji orang hinggakan akhirnya kita menanggung beban seumur hidup.
Diejek Badan Besar Kereta Kecil
Baca satu perkongsian dari Ahmad Nizar Azham mengeni betapa perlunya kita membuat keputusan tepat dalam hidup khususnya saat membeli kereta pertama. Tak salah pakai kereta kecil seperti Axia, asal tak berhutang keterlaluan. Lagipun bayaran bulanannya boleh tahan murah khsusnya bagi Axia E.
Khas buat anak muda.
Inilah kereta yang saya gunakan ke tempat kerja setiap hari. Dari Nilai ke Putrajaya. Hampir 60km ulang alik setiap hari. Sebuah kereta kecil yang sangat jimat serba serbi. Minyak,komitmen bulanan, kos penyelanggaraan, roadtax dan lain-lain.
Perodua Axia E 1.0 (M). Komitmen bulanan hanya RM250 sebulan. Macam bayar motor sahaja. Alhamdulillah tak struggle bulan-bulan nak bayar sampai 700-800 tu. Jumlah tu boleh guna kot tempat lain yang lebih bermanfaat kan. Kita boleh buat saving ASB ke TH ke kan. Ataupun kita ada plan takaful untuk medical.
Orang nak kutuk tu biasalah. Dulu saya ingat lagi masa mula2 saya bawa kereta ini di UUM kawan saya kata, ‘eh kereta kecik, tapi bila tuan badan keluar kereta badan besar, tak sesuai’ Tapi rajin pula dia dok tumpang kereta saya lepas tu.
Lelaki Kongsi Anak Muda Jangan Malu Guna Kereta Kecil Asal Jimat Banyak
Ada juga kawan-kawan dok kata kosongnya kereta hang. Apa pun tak ada. Yelah masa saya saya beli Axia E ni mula-mula dulu radio dia tak bagi, central lock dia tak bagi, alarm dia tak bagi, assist grip tak bagi. Kemudian saya buat semua tu kat luar kos tak sampai pun 1k. Benda boleh jimat, kenapa nak membazir?
Orang nak kutuk biarlah. Kita bukan guna duit dia beli kereta kita ni. Eheh. Bagi saya kereta ini tak lebih sebagai sebuah kenderaan untuk bergerak dari point A ke point B. Tak lebih dari itu.
Buat kawan-kawan saya fresh graduate yang baru nak mulakan hidup, nasihat saya jangan habiskan gaji kita pada kereta hanya untuk kepuasan diri dan impresskan orang sekeliling.
Ada kereta mahal bukan petanda hidup anda berjaya. Jangan terikut-ikut dengan sekeliling. Selalu amalkan formula setahun gaji untuk tahu harga kereta yang sesuai untuk kita. Usah malu untuk guna kereta second hand pun atau cuma ada motor sahaja. Biar kereta tak lawa, janji kita tahu apa tujuan hidup kita.
Fokus kumpulkan aset, bukan liability. Sekarang zamannya untuk kita banyakkan simpanan. Kita tak tahu apa pula yang akan terjadi nanti. Pandemik ini dah cukup sangat nak sedarkan kita dari tidur yang panjang. Jelaskan matlamat hidup kita teman.
Teruk sangat dah nie. Hari ini saja ada 3 laporan dari ibu bapa berbeza mengenai guru yang menampar dan suka mencubit murid. Ikuti temubual eksklusif MW jam 8.30 malam ini bersama Puan Zanariah Mohd Zabidi, berkaitan isu anak ditampar di muka oleh guru.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, viral gambar seorang wanita kurang upaya (OKU),berkerusi roda berada di dalam Mass Rapid Transit (MRT) bekerja sebagai penghantar makanan di negara jiran, Singapura.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Siapa sangka, meskipun berkerusi roda dan lumpuh separuh badan, ternyata, tidak menghalang seorang wanita OKU, cekal melakukan tugas penghantaran makanan di negara tersebut.
Memetik Facebook All Singapore Stuff, kekurangan diri membuktikan tiada alasan untuk tidak bekerja.Wanita itu kelihatan dalam perjalanan menghantar makanan dipesan pelanggan menerusi aplikasi GrabFood dan ia menarik perhatian netizen.
OKU Usaha Cari Rezeki
Ini membuktikan, meskipun kurang upaya golongan ini tetap berupaya berusaha mencari rezeki tanpa mengharapkan bantuan orang lain dan ia memberi inspirasi kepada masyarakat.Meskipun terpaksa mengharungi hujan, panas, setiap hari, berkerusi roda dan menaiki pengangkutan awam tetapi semangat untuk mencari rezeki tidak pernah luntur.
Gambar itu juga meraih lebih 5,000 tanda suka dan 6,953 perkongsian didalam page facebook tersebut.
Netizen JosBenson Chan berharap wanita itu tidak mudah berputus asa dan terus cekal untuk mengharungi dugaan hidup.
Kata Muhammad Afzal Shuhil Ahmad, dia akan menghormati individu berusaha mencari rezeki tetapi tidak kepada peminta sedekah yang memiliki tulang empat kerat, namun tidak menggunakan kudrat itu untuk pergi bekerja.
MW: Tahniah buat wanita ini, juga pada golongan kurang upaya (OKU) yang berusaha mencari rezeki sendiri tanpa mengharap ihsan dan bantuan daripada orang lain. Semoga kisah ini menjadi pengajaran dan inspirasi buat kita yang sihat walafiat ini agar rajin bekerja dan mencari rezeki. Tahniah juga, kepada majikan yang memberi pekerjaan untuk golongan sebegini untuk berdikari.
"Nahas helikopter TLDM, individu komen biadap "askar lain semua mati masa perang..." Di sebalik nahas dua helikopter semasa raptai sempena hari Tentera Laut DiRaja...