
Bahagia Atau Derita? Kisah Cinta Rahsia Keith Foo & Harissa Adlynn Dalam Isteri Rahsia Ungku Jabbar. Cinta dalam diam, bahagia atau derita? Persoalan ini menjadi nadi utama dalam Isteri Rahsia Ungku Jabbar, sebuah drama adaptasi daripada novel best-selling karya Mia Azwari yang kini dihidupkan di layar oleh pengarah tersohor, Rashid Sibir.
Selama ini, kita sering mendengar kisah wanita yang dipaksa berkahwin demi menjaga maruah keluarga. Namun jarang dibicarakan, bagaimana lelaki juga boleh terperangkap dalam situasi sama, terpaksa menerima perkahwinan demi menutup rahsia besar keluarga.
Konflik inilah yang digarap dalam drama hits Isteri Rahsia Ungku Jabbar, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukan Astro sebagai platform Home of Drama.
Astro Home of Drama kini kembali dengan naskhah penuh emosi menggandingkan Keith Foo dan Harissa Adlynn yang kembali beraksi dalam drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar. Boleh strim melalui Astro dan aplikasi sooka sekarang!
Ungku Jabbar lakonan Keith Foo yang terpaksa menikahi Nilam yang dilakonkan oleh Harissa Adlynn selepas gadis itu menjadi mangsa nafsu buas adiknya sendiri, Jiyyad (lakonan Ezaidi Aziz) demi menjaga nama keluarga.
Trauma berpanjangan dilalui gadis itu dengan kandungan yang tidak dapat diselamatkan meninggalkan kesan besar pada Nilam dan Jabbar yang terpaksa menjadi pak sanggup demi menjaga nama baik keluarga.
Bahagiakah mengahwini gadis tidak dicintai? Menikahi gadis yang dipenuhi trauma dalam kehidupan bukanlah perkara mudah. Ada dendam dan keberanian untuk melawan.
Namun keberanian dan kehadiran Nilam mula mengubah Jabbar lelaki yang pada awalnya hanya menjalankan tanggungjawab, lelaki yang tegas, dingin dan terbiasa mengawal keadaan kini mula terikat dengan perasaan yang tidak pernah dia rancang. Di mana hakikatnya Jabbar sendiri terperangkap dalam situasi itu.
Di sinilah persoalan menjadi semakin kompleks. Adakah cinta yang lahir daripada tekanan mampu menyembuhkan atau sekadar menutup luka yang masih berdarah?
Sekadar rekod, lebih 60,000 kes perceraian direkodkan di Malaysia dalam setahun lepas di Mahkamah Syariah. Jelas satu angka yang menunjukkan bahawa mempertahankan hubungan bukan perkara mudah, walaupun ia bermula dengan niat yang baik.
Bila rasa datang dalam keadaan yang salah, sikap Nilam yang tidak tunduk, cara dia mempertahankan diri perlahan-lahan mengganggu emosi Jabbar. Apa yang bermula dengan penolakan, bertukar menjadi perhatian. Dari perhatian, timbul rasa yang dia sendiri tidak jangka.
Di situlah “thrill” itu muncul. Bila dua orang yang pada awalnya saling menolak, mula melihat satu sama lain dengan cara yang berbeza. Tapi dalam hubungan seperti ini, perasaan tidak pernah datang tanpa akibat.
Keadaan jadi semakin rumit apabila Jiyyad kembali. Bukan sekadar menyesal tetapi masih berkeras untuk mendapatkan semula Nilam. Dalam masa yang sama, keluarga mula masuk campur. Cuba memisahkan hubungan yang memang dari awal sudah rapuh.
Apa yang berlaku selepas itu bukan lagi tentang cinta semata-mata. Ia jadi pergelutan antara dua beradik, dendam yang belum selesai dan seorang wanita yang terperangkap di tengah-tengah.
Keadaan jadi semakin rumit apabila Jiyyad kembali. Bukan sekadar menyesal tetapi masih berkeras untuk mendapatkan semula Nilam. Dalam masa yang sama, keluarga mula masuk campur. Cuba memisahkan hubungan yang memang dari awal sudah rapuh.
Apa yang berlaku selepas itu bukan lagi tentang cinta semata-mata. Ia jadi pergelutan antara dua beradik, dendam yang belum selesai dan seorang wanita yang terperangkap di tengah-tengah.
Memilih bahagia atau derita? Inilah pilihan yang perlu dibuat oleh Nilam dan Jabbar yang terikat dengan konflik ini!
Saksikan drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar ini setiap Isnin – Khamis, 10 malam di saluran Astro Ria atau hanya melalui pek Astro One dan aplikasi Sooka.
Strim lebih, jimat lebih dengan Astro One: Epic Pack. Dari RM159.99 sebulan, nikmati lebih 140 saluran, sukan LIVE serta 7 aplikasi penstriman popular seperti Netflix, Disney+iQIYI, Prime Video dan banyak lagi. Memang puas hati sekeluarga!
Strim drama Isteri Rahsia Ungku Jabbar.