Azian Mazwan Sapuan terharu, anak lelaki bergelar Leftenan Muda Angkatan Tentera Malaysia . Tiada yang lebih membahagiakan buat seorang ibu selain melihat kejayaan anaknya. Penyanyi, Azian Mazwan Sapuan meluahkan rasa syukur serta terharu apabila anaknya, Amil Zulkarnain, berjaya ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada Istiadat Perbarisan Pentauliahan Diraja PALAPES UA ke-43 yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 13 September lalu.
Majlis penuh istiadat itu menyaksikan seramai 178 Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) menerima watikah tauliah selepas menamatkan pengajian akademik dan latihan ketenteraan.
Azian menerusi perkongsian di Instagram meluahkan rasa bangga terhadap pencapaian anaknya yang berjaya menamatkan pengajian dengan penuh disiplin dan kesungguhan. Katanya, pengiktirafan ini adalah hasil usaha, komitmen dan dedikasi Amil sepanjang tempoh pengajian.
“Alhamdulillah… syukur kami ke hadrat MU. Tahniah anakandaku Amil berjaya menyelesaikan pengajian badan beruniform dan akademik. Kami sekeluarga menjadi saksi kesungguhan Amil. Semoga dapat berkhidmat dengan penuh ikhlas, bertanggungjawab dan amanah,” tulis Azian penuh rasa bangga.
Kejayaan ini nyata memberi makna besar buat Azian sekeluarga, selain menjadi inspirasi kepada ramai ibu bapa di luar sana. Beliau turut berpesan agar anaknya sentiasa merendah diri serta mengingati Allah dalam setiap langkah perjalanan hidup. Pastinya detik manis ini akan dikenang sebagai momen berharga dalam lipatan sejarah keluarga mereka.
Sumber: Instagram Azian Mazwan Sapuan
Azian Mazwan Sapuwan Dapat Cucu Lagi, Tiga Dah Cucu Nenek Cantik Ni
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER danciao YOUTUBE