“Ayah sempat minta maaf, pesan jadi isteri yang baik.” Lelaki ini meninggal dunia selepas nikahkan anak-anaknya.
Semoga keluarga ini tabah mendepani ujian berat ini. Kehilangan bapa bukan sesuatu yang mudah ditelan, apatah lagi di hari bahagia. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
Lelaki Meninggal Dunia
Majlis kenduri kahwin yang dirancang untuk meraikan dua beradik perempuan sempena pernikahan mereka bertukar kepada majlis tahlil dan bacaan Yasin apabila bapa mereka tiba-tiba rebah lalu meninggal dunia selepas mereka diijabkabulkan.
Kejadian pada pukul 12 tengah hari 25 Disember lalu itu berlaku sebaik Zainol Baharom, 57, tiba di rumahnya di Taman Mutiara, Sungai Kob Karang, Kulim, Kedah selepas menyaksikan pernikahan dua anak gadisnya, Siti Nor Akashah, 22, dan Siti Nor Amira, 21, di Pejabat Agama Kulim.
Selepas Nikahkan Anak
Mengimbau semula kejadian itu, Siti Nor Akashah memberitahu, bapanya tidak menunjukkan apa-apa perubahan ketika mereka sama-sama pergi ke pejabat agama untuk majlis pernikahan.
Bagaimanapun, katanya, ketika ingin pulang dengan menaiki kereta, bapanya kelihatan tenat sepanjang perjalanan pulang dan terus rebah sebaik mereka tiba di rumah.
“Bapa sempat meminta maaf kepada kami kerana hanya boleh menjadi wali dan tidak dapat menikahkan kami kerana faktor kesihatan dan hanya menyerahkan kepada jurunikah di pejabat agama.
“Setelah selesai akad nikah saya dan adik di pejabat agama kulim, keadaan ayah tenat dan setelah sampai di rumah dalam beberapa minit sahaja ayah terus baring di atas katil dan pergi meninggalkan kami,” katanya.
Arwah Zainol sempat walikan anak-anaknya sebelum pergi buat selamanya.
Ayah Sempat Minta Maaf
Tambah anak keempat daripada enam beradik itu, arwah bapa merupakan pesakit kencing manis dan dia mudah penat kerana penyakitnya itu.
Ads
Menurut Siti Nor Akashah, walaupun sedih dan terkejut, mereka reda dengan apa yang berlaku dan majlis kenduri kahwin digantikan dengan bacaan Yasin dan tahlil kerana pemergian bapa.
“Arwah bapa seorang yang peramah dan bertanggungjawab selain suka berjenaka dengan semua orang terutamanya dengan anak-anak. Bapa tidak menunjukkan sebarang kelakukan ganjil atau pelik sebelum kejadian,” katanya.
Ujar Siti Nor Akashah, arwah bapanya sempat berpesan kepada mereka supaya menjaga rumah tangga serta menjadi isteri yang baik semasa dalam perjalanan pulang ke rumah.
“Arwah ayahnya turut meluahkan kesedihannya apabila tidak dapat menjadi jurunikah kepada kami disebabkan faktor kesihatan.
“Kalau sihat, memang arwah ayah berhasrat mahu menikahkan kami tetapi keadaan kesihatannya tidak mengizinkan,” ujarnya.
Jenazah Zainol selamat dikebumikan di tanah perkuburan Taman Mutiara selepas waktu Asar pada hari yang sama.
Mingguan Wanita: MW merakamkan takziah kepada keluarga arwah Zainol dan harap mereka redha dengan apa yang berlaku. Al-Fatihah.
“Kami reda dengan ketentuan ini dan mohon semua agar mendoakan kesihatan dan keselamatan permata hati kami.”
Itulah ungkapan penuh sebak daripada Zaidah Tamjis, 62, ibu kepada Dr Siti Hawa Apandi, 36, yang kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan akibat jangkitan paru-paru.
Ibu Wakil Terima Anugerah Cemerlang UMPSA Bagi Pihak Anak
Zaidah hadir bersama suaminya, Apandi A Hadi, 62, untuk mewakili anak mereka menerima Anugerah Hadiah Kecemerlangan Inklusif Abdullah bin Ummi Maktum (Kategori Pascasiswazah) sempena Majlis Konvokesyen Ke-20 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Sabtu lalu.
Dr Siti Hawa yang merupakan bekas Presiden Kelab OkUMPSA (DAMAi) sebenarnya baru sahaja menamatkan pengajian di Fakulti Komputeran dengan Ijazah Doktor Falsafah (PhD). Namun, keadaan kesihatannya tidak mengizinkan untuk hadir menyambut detik bersejarah itu.
Perjuangan Penuh Pengorbanan Seorang Anak Istimewa
Zaidah yang menerima anugerah tersebut bagi pihak anaknya berkata, perjuangan Siti Hawa menamatkan pengajian amat luar biasa dan penuh pengorbanan.
“Saya bersyukur apabila impiannya untuk menggenggam PhD tercapai walaupun kali ini dia tidak dapat naik ke pentas untuk menerimanya sendiri.
“Apa yang kami harapkan kini dia selamat dan segera sembuh,” ujarnya.
Siti Hawa sejak kecil menghidap penyakit Spinal Muscular Atrophy (SMA) — sejenis gangguan saraf yang menyebabkan otot semakin lemah hingga menyukarkan pergerakan tanpa bantuan.
Sokongan Ibu Menjadi Kekuatan Anak
Sepanjang menuntut di UMPSA, Zaidah sentiasa setia menemani anaknya, sama ada di asrama mahupun di kuliah, sejak dari pengajian diploma hingga ke peringkat doktor falsafah.
Beliau turut menitipkan pesanan kepada semua ibu bapa yang mempunyai anak istimewa supaya tidak pernah berhenti menyokong cita-cita mereka.
“Jangan sesekali berputus asa,” katanya penuh makna.
Inspirasi Kecekalan Dan Kecemerlangan Akademik
Walaupun serba kekurangan, semangat juang Siti Hawa tidak pernah luntur. Beliau pernah meraih Diploma Sains Komputer (2010) dengan PNGK 3.79, Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian) pada 2013 dengan PNGK 3.88, Sarjana Sains Komputer (2016) dan akhirnya PhD.
Kecekalan luar biasa itu menjadikan beliau inspirasi ramai apabila turut menerima Anugerah Khas Belia Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Negeri Pahang 2024 serta Anugerah Khas Belia Kerajaan Pahang 2024.
Selain aktif dalam akademik, beliau juga dikenali kerana keberaniannya memperjuangkan hak golongan OKU melalui media sosial.
Dr Siti Hawa merupakan salah seorang daripada 4,259 graduan yang diraikan pada majlis konvokesyen berprestij itu.
Tak bertuhankan duit, dr mustapha pilih tidur di surau. Ada rumah tapi beri pelajar U duduk percuma. Hari ini kalau kita berceritang tentang harta dunia ramai yang berkata, cukuplah ada rumah untuk berteduh. Kereta yang ada dibuat berjalan dan simpanan untuk anak-anak dan hari tua. Tapi ada juga yang membolotnya sebanyak mungkin tanpa mengira hasil itu haram dan subahah dan mengenetepikan cara dicari secara ikhlas dan jujur.
Ramai memandang harta kekayaan mampu membuat kita senang di dunia tetapi lupa Allah akan bertanya setiap sesen wang itu datangnya dari mana
Tapi percayakah kita ada insan yang “membuang dunianya” dan tak bertuhankan duit walau dirinya jauh lebih mampu. Satu perkongsian di Tik Tok atas namanya @mazhir_shahroz-muhasip semalam mengenai kehidupan zuhud seorang pakar pengkajian bintang, Dr Mustapha Nasir pasti membangkitkan inspirasi kepada kita jika memandangnya dengan mata hati.
Bahkan sebaik membaca kisah dikongsikan ini, admin terus google untuk mengetahui kisah doktor ini dengan lebih lagi tetapi malangnya tiada carian mengenainya. Ini kerana dirinya memilih hidup sederhana walau miliki harta yang sangat banyak pada zamannya.
Menurutnya yang juga kenalan mengenali doktor ini, Dr Mustapha Nasir yang juga seorang pakar kaji bintang dan mempunyai pendapatan melebihi 5 angka pada zamannya (mungkin sekitar tahun 80-an berdasarkan gambar dari Ehsan RTM). Pendapatan diperoleh dari pihak yang menyewa servernya.
Namun dirinya memilih duduk di surau bersama anak-anak muda belasan tahun. Yang melepak bersamanya adalah anak muda hidup terbiar termasuk pelajar digantung sekolah. Apa diajarkan oleh Dr Mustapha kepada mereka ialah cara memandikan jenazah.
“Setiap kali makan di restoran, siapa yang duduk dengannya akan dibelanjakan semua. Dan hal ini bukan diceritakan oleh saya seorang tapi pada semua yang mengetahui sikap baik budinya.
“Walau tittlenya doktor, tetapi pakaiannya beza sedikit dengan orang miskin.Langsung tak menggambarkan kedoktoran dirinya.Tinggal pula hanya dalam bilik sewa atas shop lot. Dompetnya sebungkus plastik jernih bersama daun kirai dan sireh. Saya tahu dia mampu membelinya tapi dia pilih hidup biasa-biasa saja.
“Keretanya hanyalah sebiji Wira yang boleh dipinjam oleh sesiapa sahaja. Selepas kematiannya baru diketahui ramai bahawa dirinya ada mempunyai beberapa rumah dibelinya tapi diberi tinggal secara percuma kepada pelajar universiti di bandar.
Bahkan dapat dilihat pada ketika jenazahnya hendak disolatkan, lebih tiga trip kerana ramai berebut mahu menyolatkanya.
Dalam pada itu, Mazhair berkata pernah sekali dia bertemu Dr Mustapha yang mengambil mayat pada kenalannya dan orang itu bukan islam tapi dia melakukannya dengan secara sukarela dan tanpa upah pun.
“Dirinya juga kaya, ada pendapatan berpuluh ribu setiap bulan dari sewaan server tak termasuk dari ceramahnya, ada asset ratusan ribu dalam hartanah, belanjanya pula sebulan sangat minima tapi pilih hidup macam orang miskin. Tidak pandai menunjuk-nunjuk. Tinggal pula di surau, katanya senang nak beribadah. Senang mahu kumpulan Jemaah waktu solat dan siap sediakan semuanya untuk anak muda secara percuma.
Moga kisahnya menjadi inspirasi buat kita untuk terus melakukan kebaikan walau sedikit.
Bukan calang-calang suami boleh buat macam ini. Dan bukan semua isteri dapat kepercayaan penuh guna kad debit suami untuk membeli belah barangan yang isteri suka.
Jadi, bila ada suami yang bermurah hati tak berkira, berkongsi kad debit miliknya dengan isteri. Alangkah beruntung isteri itu.
Inilah mesej yang mahu dikongsikan BroOhsem, Akhtar Syamir. Ianya bukan sekadar berkongsi kad debit, tetapi berkongsi rezeki dan beri kegembiraan di hati isteri. Kerana, isteri yang gembira, akan ada suami yang lapang rezekinya.
Pesanan Sebelum Serah Kad Debit
“Apa juga yang dibuat secara berlebihan akan jadi kurang baik. Samalah dengan kad debit I ni, jika digunakan berlebihan, pasti akan mendatangkan kemudharatan.” Kata saya sambil berseloroh.
Tersengih-sengih manis isteri saya dalam kereta depan Watsons tadi.
Sambil memegang Daisy dalam kereta, saya perhatikan dia berlalu masuk ke dalam Watsons.
Gembiranya saya kerana mampu menggembirakan dia. Saya tahu, tak banyak mana pun dia belanja dalam tu. Cukup pencuci muka dan bende alah lain yang saya tak faham atau tak tahu apa fungsi dia pun. Itu tak penting bagi saya asalkan ianya penting bagi dia. Biarlah dia bebas dalam tu pilih apa yang dia rasa perlu tanpa ada sebarang gangguan.
Saya sentiasa berterus-terang mengenai tahap kewangan saya. Jadi, dia sedia maklum kemampuan saya. Bekerja seorang dan menanggung isteri serta 3 orang anak di bandar bukanlah sesuatu yang mudah.
Tetapi Alhamdulillah, apabila kita letak isteri kita di tempat yang paling utama, pasti ada bahagian untuk dia. Saya juga percaya, di dalam setiap inci rezeki yang saya terima, ada rezeki isteri juga.
Letakkan Kegembiraan Isteri Paling Teratas
Kerap kali para suami merasakan tidak mampu untuk buat sebegini. Ini kerana ianya tidak dianggap penting dan kedudukan kepentingan itu ditolak ke bawah. Sudah pastilah perkara lain akan diselesaikan dahulu sebelum sampai ke keperluan kegembiraan isteri ini.
Mula letakkan isteri dan keperluan kegembiraannya di tempat tertinggi. Ini kerana, isteri pasti sentiasa meletakkan kegembiraan suaminya di tempat yang teratas juga.
Hasilnya, yang suami gembirakan isteri, yang isteri pun gembirakan suami. Bukankah ini yang kita semua mahukan?
Kongsikan penulisan ini. Buat inspirasi kepada semua. Semoga lebih ramai suami mencari alasan untuk menggembirakan isteri. Alasan saya pada kali ini ialah 11.11.
Carilah alasan-alasan seperti ini.
Jemput follow saya Akhtar Syamir. Saya selalu menulis mengenai hubungan suami isteri, kekeluargaan dan isu semasa.
Jom join Supergroup Telegram BroOhsem Fans di mana kita boleh berinteraksi dengan lebih rapat lagi.
MW :Nak tengok berapa ramai para suami sedia kongsi kad debit dengan isteri masing-masing.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.