Ayah Buat Karipap Gergasi 2.8kg, Sama Ukuran Berat & Tinggi Anak

Share

Macam-macam cara boleh digunakan untuk meluahkan kegembiraaan atas kelahiran anak tersayang. Kreatifnya seorang ayah dalam mencipta kelainan sempena meraikan kelahiran anaknya yang diberi nama Jowan dua minggu lalu dengan membuat karipap bersaiz gergasi.

Menurut Metro.uk, Tim Fuge, 33, dari Liskeard, Cornwall England mengambil masa dua jam setengah untuk menyiapkan karipap berinti hirisan daging, bawang dan kentang.

Bapa kepada tiga anak ini mencari resipi dan kaedah pembuatan karipap berkenaan di internet dan berjaya menghasilkan kuih seberat 2.8 kilogram, sepanjang 50 sentimeter bersamaan saiz ukuran anaknya.

“Saya menambah semua ramuan dan bahan-bahan pada alat penimbang, sehingga mencapai berat bayi ketika dia dilahirkan,” ujar Tim

Kata Tim lagi, mereka membuat keputusan untuk membuat pastri kerana kedai pastri kegemaran mereka tutup kerana Perintah berkurung. Malah baginya cabaran paling sukar ketika menyiapkan kuih itu ialah mendapatkan dulang bersesuaian untuk saiz karipap berkenaan.

Luang Masa Bersama Anak-Anak

Tim yang bekerja sendiri berada di rumah dan meluangkan masa bersama anak-anak selepas kerajaan mengarahkan rakyatnya berada di rumah ketika wabak koronavirus (Covid-19) melanda dunia.

“Sebelum ini, saya tidak mempunyai masa untuk memasak dan kini berpeluang menghabiskan banyak masa dengan anak-anak.”

“Saya cuba ketepikan memikirkan mengenai masalah kewangan, malah menikmati saat-saat gembira yang saya tak pernah terfikir ada ketika bersama anak-anak.”ujarnya.

Dalam pada itu, isterinya Jen, 32, bersama dua anak lelaki mereka Aiden dan Rory masing-masing berusia empat dan dua tahun begitu teruja melihat karipap saiz gergasi.

Tim sekeluarga berjaya menghabiskan karipap selepas 19 jam kemudian.

Baca Lagi Di Sini: Buat Karipap Pusing Rangup,Tak Guna Marjerin Jadi Bukan Rapuh Pecah Berderai!

MW: Macam-macam cara sebenarnya mak ayah boleh raikan kelahiran anak.Ini salah satu cara yang simple tapi penuh bermakna bagi keluarga ini.

Sumber: Sinar Harian, BBC

IKLAN