Awas, Mak Ayah Jangan Buat Kesalahan Ini Kalau Anak Demam!

Share

Mana boleh mak ayah duduk diam kalau tahu anak demam, tambah pula umur anak masih kecil atau bayi itu mula jadi tak aktif dan tak boleh buka mata sebab suhunya cukup tinggi. Sebenarnya demam adalah sebahagian daripada kaedah semula jadi badan bayi melawan jangkitan.

Namun, demam mungkin jadi lebih serius jika bayi anda berusia di bawah enam bulan. Kadang tidak jelas kenapa anak boleh demam kerap sangat tetapi ada banyak sebab yang anda boleh rujuk melalui perkongsian Doktor Hana ini…

1. ANAK DEMAM VIRUS

-Kebanyakan demam tinggi ni disebabkan virus.
-Dan viral fever ni biasanya memang akan lega sendiri within 3-5days.
-Tak perlu minta kat doktor nak antibiotik.
-Lama mana demam? Bergantung pada “kekuatan” virus dan kekuatan imuniti kita nak lawan virus. Ala-ala macam ultraman lawan raksasa.
-Kekuatan virus tak boleh ubah, tapi kita boleh kuatkan immuniti badan, contohnya ambik #vitaminC-rich food.

2. MONITOR

-Tugas mak ayah monitor hydration, makan minum, dan keaktifan anak yang demam.
-Kalau demam sampai takmau makan dan minum, pastu dehydrated lembik melepek je, kena bawak ke hospital. Kalau ragu-ragu bawak je jumpa doktor untuk pemeriksaan.
-Jika demam virus biasa ni, bila demam kebah, anak-anak masih aktif, masih nak main.
-Lagi satu, kalau anak ada batuk selsema sampai nafas laju, atau nampak macam nak penat/semput, atau cirit birit sampai lembik, sila bawa jumpa Dr.

3. UBAT DEMAM

-Ada mak ayah yang takut bagi ubat demam banyak-banyak. Kena bagi ubat demam regular 6 jam sekali masa demam tinggi, antaranya sebab nak elak sawan demam. Sawan lagi bahaya!
-Bagi ubat demam 6-8 jam sekali. Ubat demam paracetamol generally selamat. Kalau anak suka luah balik ubat, takut tak berkesan, bagilah ubat punggung (suppository PCM) 6 jam sekali.

4. JELUM

-Buat juga tepid sponging. Jelum dengan air.
-Air suhu bilik je pun OK
-Pastu dah jelum dengan tuala basah, #jangan pulak tepek tuala tu sampai 10 minit atas kepala budak? nanti haba lagi terperangkap takleh keluar, padahal kita nak turunkan suhu dia?
-Cara yang betul, jelum dan angkat. Jelum dan angkat tuala basah tu. Biar air kering sendiri atas badan anak

5. DENGGI

-Lepas 3 hari kalau demam tak kebah, boleh bawa ke klinik/hospital untuk cek darah. Takut demam denggi, atau demam yang ada secondary bacterial infection (jangkitan kuman) yang perlukan antibiotik.
-Tapi kalau lepas ambik darah, terbukti demam virus, sekali lagi, tak perlu minta antibiotik.

6. RUAM

-Kadang-kadang ada anak-anak lepas demam kebah, dia akan naik ruam merah satu badan. Kita panggil viral exanthem.
-Biasanya tak merbahaya dan akan hilang sendiri.
-Tapi kalau takut ruam lain eg campak, ruam sebab denggi, etc, sekali lagi boleh jumpa Dr untuk diperiksa.

Ok, mak ayah boleh pantau suhu anak demam di rumah tetapi perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada anak kecil atau bayi.

 

IKLAN