“Awak Tak Sakit Dah Dekat Dunia, Awak Lelaki Terbaik…,” Isteri Luah Rasa Selepas Mayat Suami Terjatuh Dari Jambatan Pulau Pinang Dijumpai

Share

“Awak tak sakit dah dekat dunia, awak lelaki terbaik, isteri luah rasa selepas mayat suami terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang dijumpai. Penantian hampir dua hari seorang isteri berakhir apabila jasad suaminya yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang akhirnya ditemui pagi ini.

Mangsa, Elmi Nur Zamani Aizat Abdul Azim, 25, ditemukan sekitar 9.50 pagi sebelum dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk proses bedah siasat. Mangsa sebelum ini dilaporkan terjatuh ke dalam laut pada Sabtu, menyebabkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan oleh pihak berkuasa sehingga penemuan mayat pagi ini.

Dalam satu perkongsian terkini di Tik Toknya, @mummylee isteri arwah, Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, berkongsi luahan rasa sedih berikutan kehilangan suami tersayang apatah lagi saat ini dirinya sedang hamil anak ketiga.

“Permergianmu sangat menyayat hati sayang. Tunggu saya dekat sana. Doa saya selalu mengiringi awak cinta. Awak tak sakit dah dekat dunia. Allah tahu apa yang awak buat. Awak lelaki yang terbaik. Pergi awak tinggalkan amanah awak sayang 🤲🏻 Al-Fatihah,”tulisnya.

Dalam pada itu, sebelum mayat suaminya ditemui pagi ini, Nurul Natasha dilihat turut memuat naik rasa rindu dan  berkongsi gambar kenangan arwah suami bersama anak kedua mereka yang berusia 7 bulan.

“25.2.2025 awak dapat cahaya mata yang ke dua. Tahun ni jugak awak tinggalkan dia. Selama 7 bulan Allah pinjamkan awak untuk baby sayang. Awak tinggal pulak cahaya mata awak yang ke-3 🙂. Jujur sayang hati cuma rindu. Saya ikhlas tapi kalau awak pergi, timbullah jasad awak sayang 😔.

Dalam pada itu, media sebelum ini melaporkan arwah meninggalkan motornya di tebing Jambatan Pulau Pinang bersama sebungkus pakaian yang sudah siap di dobi sehingga timbul pelbagai spekulasi.

Menjawap pelbagai pertanyaan netizen, Nurul Natasha dilihat memuat naik satu kenyataan Allah lebih tahu segala-galanya.

“Redha atau pun tak, itu ketentuan Allah. Baba sebelum nak pergi pun, Baba cakap *ALLAH ADA* ☝🏻 Ya Allah ada percaya sayang. Mama tahu bukan dengan niat awak buat benda macam ni! Apa orang nak cakap mama terima dengan hinaan orang. Orang tak tahu apa yang Baba lalui hari-hari Baba. Orang takkan tahu kecuali Tuhan. Mama sayang Baba. Janji Mama dengan Baba Mama takkan mungkiri sayang

Sebelum mayat suaminya dijumpai, Nurul Natasha meminta orang ramai untuk tidak mengungkapkan sebarang andaian buruk tentang apa yang dialami suaminya.

“Saya sebagai isteri, hidup sebantal sebumbung pun saya tak tahu apa yang dia rasa. Minta jasa baik kawan-kawan, kita tak duduk tempat dia. Tak tahu apa yang dia tengah rasa. Saya sebagai isteri, hidup sebantal sebumbung pun saya tak tahu apa yang dia rasa. Tolong jaga hati, perasaan & mental saya” kongsinya di hantaran sebelum itu.

Published by
Almaswa Haji Che Ros