
Rambut Gugur
Dalam ramia-ramai mesti ada yang mempunyai masalah rambut gugur tetapi puas guna syampu, tetap tidak berkesan. Akhirnya sampai nampak kulit kepala, ini memang jadi satu masalah!
Macam mana kaum lelaki dan wanita yang tidak bertudung mahu kelihatan segak bila keluar kalau rambut pun nipis? Jangan risau, ada solusinya dengan menggunakan bahan-bahan alami sahaja.
Mungkin anda pernah mendengar bahawa penggunaan santan dikatakan sangat bagus untuk rambut dan kulit kepala. Namun, bukan hanya santan semata-mata kerana anda boleh gabungkan dengan buah limau purut yang akan memberikan hasil yang maksima. Jom cuba tip daripada saudara Ahmad Hunain ini…
1.Pertama sekali, potong kecil-kecil beberapa biji buah limau purut itu. Hati-hati ya takut terkena pisau nanti bercampur darah pula.
2. Kemudian, masukkan limau purut yang sudah dipotong dan 1 mangkuk santan ke dalam blender.
Nota Kaki: Disarankan untuk guna santan asli dari santan kotak itu. Kalau ikut petua, lebih berhasil tapi kalau susah, tidak mengapa.
3. Seterusnya, anda kisarlah limau purut dengan santan tadi tu sampai jadi halus macam ini. Goncang-goncang sikit blender kalau mixture tu degil, confirm ada yang tersekat dekat bawah bilah blender tu.
4. Kalau dah halus-halus, bolehlah masukkan dalam bekas ais kiub. Recommended untuk pakai bekas yang lebih besar supaya boleh muat banyak.
5. Kemudian, dah boleh sejukkan dalam freezer!
6. Haa.. akhirnya dah siap Ais Kiub Limau Purut selepas dibekukan lebih kurang 3 jam. Jadi, boleh guna ais kiub ini dan sapu-sapu dekat kulit kepala yang bermasalah. Terutama bahagian rambut yang hidup segan mati tak mahu.
Selamat mencuba, wanita-wanita yang ada masalah rambut Seeloknya disapu ais kiub limau purut ini pada kulit kepala selepas dilap guna tuala. Masih lembap-lembap dan bilas semula. Pasti rambut makin sihat dan lebat!