Ashraf Muslim luah kerisauan. Pelakon Ashraf Muslim berasa cukup risau dan meluahkan kebimbangan berikutan peningkatan kes COVID-19 kala ini.
Ashraf seperti mana yang diluahkan menerusi perkongsian di akaun Instagram akui dirinya masih trauma dengan COVID-19 dan mendoakan ahli keluarga dan sahabatnya dilindungi.
Ashraf Muslim Luah Kerisauan
Malah pelakon itu juga meluahkan dirinya sangat risau dan stress kemungkinan dek kerana apa yang berlaku sebelum ini.
“Belajar dari pengalaman yang lepas. Kalau kita tak bendung dari awal, InsyaAllah negara kita pun akan jadi mcm dalam video ni.
“Aku pernah duduk dalam hospital 39 hari sebab covid, ayah aku meninggal dunia disebabkan covid dan kesan covid bukan sahaja pada fizikal malah ekonomi pun terkesan sampai sekarang. Sedar-sedarlah, kepada pihak atasan tolong buat keputusan dengan tepat.
“Ambil nasihat dan sunnah Nabi bila berlakunya penyakit yg berjangkit apa yg dilakukan oleh Nabi dan sahabat-sahabat Nabi Muhammad saw.
Ads
“Ini luahan hati saya yang sangat risau dan stress serta mungkin trauma dengan apa yg berlaku sebelum ini, saya mengharap ahli keluarga dan sahabat-sahabat saya jauh dari penyakit atau virus yg berjangkit ini,” kongsi Ashraf.
Menerusi ruangan komen ramai yang risau dengan perkembangan terbaru ini. Dan berharap kerajaan dapat mencegah dari awal sebelum virus Covid 19 bertambah teruk dalam negara.
Dalam usia 97 tahun, apalah yang mampu dilakukan oleh seorang wanita yang bergelar ibu. Hidup sebatang kara dan ditinggalkan sendirian, walaupun mempunyai anak yang ramai.
Benarlah apa yang dikatakan, seorang ibu sanggup bersusah payah menjaga anak-anak. Tapi seorang anak belum tentu mampu menjaga seorang ibu. Sanggup ibu tua ini dtinggalkan sendirian dan menghabiskan sisa hidup dengna ditemani oleh haiwan peliharaan.
Paling menyedihkan bila ibu ini memberitahu anak-anaknya pun tidak tahu sama ada ibunya ini masih hidup atau tidak.
Walaupun kisah ini bukanlah di Malaysia tapi sekurangnya ia memberi pengajaran pada kita agar jangan sesekali lupa jasa ibu, orang yang melahirkan kita di dunia.
Kisah ini, seorang ibu bernama Isabel Mendez Jimenez yang berumur 97 tahun, tinggal di ladang Oaxaca yang terletak di Mexico bersama salah seorang cucunya. Dalam usia begini, dia masih lagi bekerja untuk menyara dirinya.
Luarannya nampak dia masih lagi kuat, mampu memasak dan menjaga rumah tangganya tetapi dalam hati, emosinya sangat hancur.
“Saya mempunyai 16 anak tetapi saya lebih sepi berbanding sebelum ini.”
Dalam temubual oleh wartawan tempatan, ibu tua ini berkongsi kisah sedihnya yang ditinggalkan keluarga sendiri.
“Saya mempunyai lapan anak lelaki dan lapan anak perempuan. Mereka semua sudah berkahwin dan melupakan saya.
“Anak-anak saya bertemu pasangan dari bandar lain dan tidak pernah kembali ke sini. Mereka menyara keluarganya tetapi saya ditinggalkan sendirian,” katanya yang hanya ditemani haiwan peliharaan, beberapa anak kucing dan anjing.
Satu-satunya yang datang bertemu dia ialah cucu lelaki yang berusia 23 tahun yang hanya datang menjenguk pada waktu petang setelah pulang dari menjual bakul dan memberikan sedikit wang. Namun, cucunya itu mengalami masalah ketagihan alkohol.
“Pada hari saya mati, mereka akan menguburkan saya” lebih baik di sini saya mati seperti yang saya mahu Saya sudah berada berhampiran kuil Anak perempuan saya berkata dia akan meminta sokongan orang ramai, itulah hidup saya,” tambahnya sambil melihat kamera dengan sedih.
Kehidupan Isabel sekarang hanya bergantung kepada wang yang diperolehi daripada hasil menjual pakaian di tepi jalan. Selain itu, dia turut menanam kacang tanah dan cili yang dijadikan sos untuk menggalas perut.
Isabel turut menceritakan tentangkisah silamnya yang mana dia menjadi balu ketika berusia 33 tahun. Waktu ia dia bekerja di Mexico dan Chicago untuk menghantar duit kepada orang tuanya di kampung dan menyara anak-anaknya. Kehidupannya sangat sederhana dan anak-anaknya hanya belajar sehingga darjah 6 saja.
Mingguan Wanita : Sedihnya…Hncur hati seorang ibu bila anak-anak sanggup buat macam ni.
Menteri pendidikan sahkan wang sekolah disamun ada pelanggaran SOP, tiada kompromi jika cuai. Bantuan awal persekolahan RM150 yang sepatutnya diterima oleh pelajar sekolah rendah di Beranang berakhir dengan tragedi apabila kenderaan dimiliki oleh Guru Besarnya disamun selepas berhenti membeli minuman selepas mengeluarkan wang tersebut.
Isu ini mendapat perhatian ramai termasuk dari Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek yang memaklumkan wujudnya pelanggaran pengambilan wang berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, Kementerian Pendidikan (KPM) mengesahkan berlaku pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) proses pengambilan wang tunai dari bank yang dilakukan seorang guru besar sebuah sekolah di Beranang, Kajang yang menjadi mangsa samun di Pekan Semenyih, semalam.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pelanggaran itu membabitkan ketiadaan pengiring bersama guru berkenaan sama ada dalam kalangan guru lain atau polis sewaktu mengeluarkan wang tunai berjumlah RM109,000 yang diperuntukkan bagi bantuan awal persekolahan.
“SOP kewangan telah dilanggar sedangkan kita ada SOP yang cukup ketat iaitu jika membawa wang lebih dari RM10,000 mestilah ada pengiring, inikan pula satu jumlah yang cukup besar (RM109,000 yang hilang),” katanya kepada pemberita sewaktu lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Chepor, di sini hari ini.
Sama ada kes berkenaan boleh dianggap sebagai kelalaian, beliau berkata ketika ini masih awal untuk disimpulkan selagi laporan penuh belum diterima pihaknya.
Berdasarkan SOP tatacara pengeluaran wang tunai KPM, pengeluaran wang tunai dari bank oleh guru besar atau pengetua di bawah jumlah RM10,000 mesti diiringi dua guru lain dan bagi jumlah melebihi itu, adalah dinasihatkan mengambil langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan pengiring polis jika perlu.
Ditanya mengenai sama ada pelajar yang sepatutnya menerima wang bantuan berkenaan akan kekal memperolehnya apabila wang peruntukan yang hilang itu diganti semula oleh kementerian, Fadhlina sekadar memberi jaminan bahawa hak mesti dikembalikan kepada yang berhak.
“Kita jamin akan pastikan mereka (penerima bantuan) dapat hak mereka. Kita akan lihat apa prosesnya sebab untuk SOP kewangan ini kalau hilang sebab cuai dan sebagainya akan ada proses dia (yang tertentu).
“Untuk tindakan terhadap guru besar itu, kita serah kepada JPN dan polis sebagai jaminan bahawa kes ini sedag disiasat dengan teliti,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan dilapor berkata, pihaknya tidak mendapat permohonan pengiring daripada guru besar berusia 50 tahun berkenaan untuk tujuan pengeluaran wang yang hilang itu malah guru besar terbabit memberi alasan sudah biasa mengambil wang bantuan awal persekolahan tanpa pengiring pihak polis sejak 10 tahun lalu.
Wang bantuan berkenaan dikatakan dilarikan oleh penjenayah, semalam apabila difahamkan ia baru saja dikeluarkan oleh guru berkenaan dan meletaknya dalam beg yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan kereta sebelum cermin kenderaannya itu dipecahkan ketika pergi membeli minuman dalam tempoh kira-kira 10 minit.
Dalam perkembangan lain, Fadhlina mengumkan peruntukan RM150,000 kepada SK Chepor untuk penyelenggaraan dan pembaikan beberapa fasiliti sekolah seperti tandas serta tembok pagar sekolah serta RM400,000 kepada SK Seri Tanjung, Tanjung Rambutan yang dilawatinya sebelum itu juga bagi tujuan menyelenggara sekolah yang disifatkan daif itu.
Chef Selebriti Dato Redzuawan Ismail,64 berkongsi berita sedih, kehilangan ibu tersayang, Noraini atau lebih dikenali Cik Ani pada pukul 6.20 pagi tadi. Allahyarhamah berusia 93 tahun menghembuskan nafas terakhir pada usia 93 tahun selepas 10 hari di masukkan ke hospital akibat kanser payudara dan beberapa komplikasi penyakit lain, serta berdepan dengan peyakit lain seperti alzheimer dan dimentia.
Menerusi perkongsian di Instagram, Chef Wan memaklumkan ibunya telah meninggal dunia ketika tidur dalam keadaaan tenang di Hospital Gleneagle pagi tadi.
“Dengan penuh rasa sedih, ibu saya telah meninggal dunia dengan tenang pada 6.20am ketika tidur di Hospital Gleneagle pagi ini”
Semoga rohnya bersemadi dengan tenang, diampunkan segala dosa-dosa beliau serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman nanti,” ujarnya.
Dimaklumkan juga, jenazah Cik Ani akan dibawa di Masjid Putrajaya dan akan kebumikan di tanah perkuburan Cyber 10.
Ramai selebriti dan para peminat mengucapkan salam takziah buat Chef Wan sekeluarga atas kehilangan ibu tersayang, serta turut mendoakan semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.
Chef Wan juga mengucapkan terima kasih di atas segala doa dan ucapan takziah buat ibunya.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat Chef Wan sekeluarga. Semoga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ibu tersayang. Semoga roh CIk Ani di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al fatihah.
Akad nikah di depan jasad ibu, suami jadi kekuatan. Ini detik paling memilukan buat pengantin baharu, Nurul Hazwani Alias, 26, apabila ibunya menghembuskan nafas terkahir ketika tidur.