Ashira & Bad Indigo bercerai namun kekal berkawan, warganet doakan “Semoga diberikan kekuatan buat keduanya”. Setiap pasangan suami isteri pastinya menginginkan rumah tangga aman dan bahagia.
Namun, jodoh adalah rahsia Allah dan siapa kita untuk menyangkal takdir yang sudah tertulis sekiranya perkahwinan sebuah pasangan itu tidak mampu bertahan lama.
Menerusi perkongsian sebuah video, pasangan artis Ashira Aziz dan Badrul Izhan Yeop Abdullah atau lebih dikenali sebagai Bad Indigo tampil bercerita tentang rumah tangga mereka yang sudah berakhir.
Ashira & Bad Indigo Bercerai Namun Kekal Berkawan
Pasangan yang mendirikan rumah tangga pada Mac 2021 itu membuat keputusan mengumumkan sendiri mereka sudah sah bercerai kerana tidak mahu perkara tersebut menjadi khabar angin.
Walaupun sudah berpisah namun mereka tetap berkawan sampai bila-bila. Malah warganet juga berdoa agar kedua mereka diberikan kekuatan.
“Bismillahirrahmanirrahim…
“Telah tertulis di Luh Mahfuz akan setiap langkah perjalanan hidup kita.
“Dengan siapa kita kenal,dengan siapa kita berkawan,bila kita jumpa jodoh,bila ajal kita tiba. Jadi,usah risau akan perjalanan hidupmu.Kita hanya merancang.
“Tetapi, Allah SWT sebaik baik perancang” tulis Bad Indigo menerusi kapsyen sebuah video yang dimuat naik menerusi akaun rasmi Instagramnya.
Ads
“Tiada Masalah Antara Kami”
Menerusi video yang dikongsikan, Ashira dan Bad menafikan kehadiran orang ketiga menjadi punca.
“Kami telah mencapai persetujuan dan tadi kami sudah sah berpisah.
“Tapi tetap berkawan sampai bila-bila, insyaAllah.
“Kami beritahu dulu sebelum keluar daripada mulut orang lain. Jadi harap video ini jelas untuk semua orang.
“Tiada masalah antara kami. Kalau ada masalah saya tidak akan berada di sini.
“Minta Tidak Bercerita Benda Tak Betul Pasal Kami”
“Hendak minta maaf kalau ada kawan-kawan wartawan yang nak hubungi, tak perlu.
“Hendak tanya kenapa, apa punca dan bila, itu biarlah saya, dia, keluarga dan yang di atas (ALLAH) sahaja yang tahu.
“Harap jelas dan tiada lagi pertanyaan mengapa saya dan Bad sudah lama tidak nampak.
Ads
“Saya minta sangat pada semua untuk tidak bercerita benda-benda yang tidak betul pasal kami. Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kami selama ini,” luah mereka.
Warganet Sebak, Doakan Yang Terbaik
Menerusi komen walaupun ada warganet yang sebak apabila mendengar perpisahan pasangan ini namun mereka doakan yang terbaik.
Baru-baru ini viral di media sosial, apabila gambar produk kacang dan kuaci disebuah pasar raya dikatakan tidak halal.Ia menimbulkan keraguan dan kebimbangan buat orang ramai berkaitan penularan gambar tersebut.
Usah bimbang, berikut merupakan penjelasan yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM sendiri berkaitan isu ini.
PENJELASAN BERKENAAN ISU TULAR PENANDAAN PRODUK TIDAK HALAL
Tular minggu ini berkenaan penandaan tidak halal pada produk kuaci dan kacang yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia telah menimbulkan keresahan dan salah faham dalam kalangan pengguna.
Untuk makluman, ianya merupakan tular berulang dan pernah dijelaskan oleh pihak JAKIM pada 09 Januari 2016:-
Perlu diketahui bahawa pihak pasaraya juga telah memberi penjelasan berkenaan insiden tersebut kepada pihak JAKIM melalui suratnya yang bertarikh 08 Januari 2016.
Antara lain isi kandungan surat tersebut ialah berkenaan permohonan maaf dari pihak pasaraya atas kesilapan pelabelan pada produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Berdasarkan semakan pihak kami jua, produk kacang keluaran Syarikat Ngan Yin Food Industries Sdn Bhd dan Pagoda Foods (Malaysia) Sdn Bhd serta produk kuaci keluaran Chacheer (Malaysia) Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah sehingga ke hari ini.
Justeru, pengguna dinasihatkan agar berhati-hati dan merujuk terlebih dahulu pihak yang berautoriti JAKIM dan JAIN dalam memperoleh penjelasan berkenaan status dan isu-isu halal yang tular di luar sana.
Semak Sini Untuk Ketahui Status Halal
Untuk mengetahui status halal produk yang mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia, layari direktori halal di www.halal.gov.my atau di aplikasi telefon pintar SmartHalal
Sebarang kemusykilan berkenaan isu-isu halal yang tular boleh ikuti penjelasan lanjut di FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:-
Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Hab Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Semoga segala kekeliruan telah terlerai dan segala persoalan telah terjawab berkaitan isu ini. Mohon jadi lebih bijak, semak dahulu sesuatu berita sebelum sebarkan.
Semoga bermanfaat, sebarkan penjelasan ini agar lebih ramai yang tahu.
Bila kena kemas rumah tanpa bantuan orang lain, mak-mak cuma harapkan cara paling membantu untuk memudahkannya. Tambah musim cuti ni, kena pantas sebelum anak-anak kecil bangun dan mula ‘senikan’ rumah dengan semua barang mainanya.
Agak-agak boleh tak buat semua kerja tanpa bantuan suami atau anak yang dah besar? Haaa…
Tetapi percayalah, selepas anda membaca artikel ini, persepsi anda akan berubah.
1. Cuci mesin & teko kopi
Mesin kopi: Lumatkan roti atau nasi putih mentah untuk menyingkirkan bau lama. Kemudian kisar 1 sudu baking soda untuk membersihkan dan lap.
Teko Kopi: Kalau dah suka kopi tu, mesti sanggup buat serbuk kopi sendiri. Untuk cuci, masukkan sedikit cuka dan air. Blend dua atau tiga kali dan biarkan sekejap. Kemudian bilas dengan air.
2. Kesan gincu di baju
Hilangkan kesan kotoran dengan semburan rambut, biarkan selama 10 minit. Sapukan dengan tuala kecil yang lembap dan basuh seperti biasa.
3. Kotoran pemanggang & kuali
Pemanggang: Potong dua bawang putih dan guna garpu untuk gosok pada pemanggang yang masih panas. Betul, pemanggang anda pasti lebih bersih dan tidak berbau.
Kuali: Masukkan air dalam kuali yang hitam dan tambah secawan cuka putih. Reneh. Ambil kuali dan tambah 2 sudu baking soda. Kosongkan kuali dan gosok perlahan-lahan untuk membuang kesan terbakar.
4. Kesan di karpet
Sembur tempat kotor dengan campuran 2 bahagian air dan 1 bahagian cuka. Letakkan kain lembap, kemudian tekan sterika panas dengan tetapan stim ke kain buruk selama 30 saat. Ulangi sehingga kesan hitam itu hilang.
5. Cuci microwave dalam masa 5 minit
Potong dua beberapa lemon dan masukkan ke dalam piring kaca dengan air. Panaskan microwave sehingga air mula mendidih. Biarkan air lemon tadi selama satu minit sebelum buka. Dan anda boleh cuci kotoran dengan sapu sedikit demi sedikit. Confirm bersih dan macam baru!
6. Rak & sudu besi jadi baru
Rak: Tak perlu nak cari yang baru, anda boleh cuci dengan cara lebih mudah. Lapkan dengan air suam dan gosok dengan cuka di rak pinggan. Kemudian taburkan sedikit baking soda di bahagian bawah dan tempat kotor. Hasilnya anda pasti terkejut!
Sudu: Tambah 1/2 cawan garam dan 1/2 cawan baking soda. Rendamkan barang-barang besi anda dengan air panas. Selepas 30 minit rendam, kotoran akan hilang. Hanya bilas dan lap kering.
Yang mana satu masalah anda untuk bersihkan alatan dapur dan barang hiasan rumah? Boleh cuba satu-satu untuk tengok hasilnya, ya! Semoga membantu dan mudahkan kaum wanita untuk bersihkan rumah setiap hari.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Bagi sesetengah negara, mengamalkan poligami adalah merupakan satu kesalahan malah boleh dikenakan hukuman dan denda oleh mahkamah.Jika beristeri 2,3,4 mungkin dianggap antara perkara biasa ramai yang lakukan, tapi bagaimana sekiranya memilki 24 orang isteri dan bilangan anak hampir 150 orang?
Seorang lelaki yang memiliki 24 isteri dan 149 anak dikenakan tahanan rumah dan kerja khidmat masyarakat selepas didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di Kanada kerana mengamalkan poligami.
Tahanan Rumah & Khidmat Masyarakat
Fox News melaporkan, Winston Blackmore, 61, didapati bersalah tahun lalu, kerana mempunyai 24 isteri dan dikenakan enam bulan tahanan rumah, 150 jam khidmat masyarakat dan tempoh percubaan selama setahun.Blackmore dilaporkan mempunyai 149 anak hasil perkahwinannya itu.
Seorang lagi rakannya, James Oler, 53, yang mempunyai lima isteri diarahkan menjalani tahanan rumah selama tiga bulan, 75 jam khidmat masyarakat dan tempoh percubaan selama setahun.Hukuman terhadap kedua-dua tertuduh diumumkan Mahkamah Agung British Columbia pada Selasa lalu.Walaupun dikenakan tahanan rumah mereka dibenarkan untuk keluar bekerja dan perkara kecemasan berkaitan perubatan.
Kumpulan Fundamentalis
Kedua-dua lelaki itu adalah pemimpin kumpulan fundamentalis di Gereja Jesus Christ of Latter-day Saints yang percaya dengan perkahwinan berganda.
Hakim Sheri Ann Donegan berkata, kedua-dua tertuduh rakyat yang rajin bekerja dan patuh pada undang-undang tetapi untuk membebaskan mereka daripada tuduhan adalah tidak wajar.Katanya, sebahagian isteri lelaki berkenaan berusia semuda 15 tahun ketika dikahwini.
“Dia (Blackmore) dengan jelas memberitahu tiada hukuman boleh menghalangnya daripada mengamalkan apa yang dipercayainya. Konsep kesal tiada pada dirinya dalam konteks ini,” kata Sheri Ann.
Mengikut undang-undang Kanada, mereka yang mengamalkan poligami di negara itu boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun.
“Saya bersalah kerana menghidupkan agama dan hanya itu yang mahu saya katakan kerana saya tidak pernah menafikannya,” kata Blackmore kepada pemberita selepas sabitannya pada tahun lalu.
Ada satu isteri pun dah macam-macam ragam dan banyak perkara untuk diuruskan, inikan pula miliki 24 orang isteri!Fuhh memang hebat!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!