Asbab Berpatah Balik Ambil Susu Anak Tertinggal Di Tempat Kerja, Isteri Kongsi Kesedihan Kehilangan Suami

Share

Asbab berpatah balik ambil susu anak tertinggal di tempat kerja, isteri kongsi kesedihan kehilangan suami. Tidak lambat sesaat atau tercepat, takdir sudah tertulis dalam hidup setiap manusia. Ujian yang cukup berat iaitu ujian kehilangan pasangan hidup yang dikasihi.

Kisah sedih seorang isteri yang kehilangan suami akibat kemalangan jalan raya mengundang sebak ramai apabila perkongsiannya di media sosial @threads whymas_menceritakan detik-detik terakhir arwah bersama keluarga kecil mereka.

Paling menyentuh hati, kira-kira sejam lalu, dirinya menulis, “Ya allah kuatkanlah bertemu dengan suami ku sekejap lagi. Mas kuat! Katanya yang cuba mengumpul kekuatan untuk melihat arwah suami buat kali terakhir selepas kemalangan terjadi.

Arwah dikatakan meninggal dalam kemalangan tragis ini.
Mas diuji dengan pemergian suami dikasihi yang berpatah balik mengambil susu anak mereka

Dalam perkongsian di threads @whymas_ dirinya sama sekali tidak menyangka permintaan yang mahu makan sotong goreng kunyit adalah permintaan terakhir dari arwah suami, Muhammad Amir.

Dirinya sempat memasak makanan diminta namun suaminya tidak sempat menjamahnya langsung kerana terlibat dalam kemalangan dan maut di tempat kejadian, asbab berpatah balik selepas tertinggal susu anak di tempat kerja.

“Assalamualaikum semua, saya tak boleh tidur dari tadi dan saya nak bagitahu sesuatu. Suami saya kan dia minta masak ayam goreng kunyit. Saya masakkan lah, lepastu saya tunggu suami balik kerja, nak tahu tak apa jadi…”

“Suami saya tak nak jamah pun makanan saya. Dah lah nasi siap masak. Rupanya suami saya tak makan sebab…”

Mas berkongsi sempat memasak menu diminta oleh suaminya namun ianya tidak sempat dijamah berikutan kemalangan maut yang berlaku.

Jelasnya lagi, sehari sebelum kemalangan menimpa ke atas arwah suaminya, anak tunggal mereka tidak sihat dan mereka sekeluarga meluangkan masa yang agak lama di klinik.

“Kelmarinkan anak saya tak sihat dan kami di klinik sangat lama. Rupanya itulah spend time terakhir kami di klinik,” tulisnya dengan emoji hati.

Sehari sebelum dijemput Allah, anak tunggal mereka dilaporkan tidak sihat dan mendapat rawatan di klinik

Dirinya turut menjelaskan, pada hari diuji pemergian suami, cinta hatinya itu sudah balik awal dari kerja namun asbab tertinggal susu anak di tempat kerja, suaminya berpatah semula untuk mengambil susu anak tunggal mereka.

“Syahid waktu balik kerja. Suami saya sebenarnya dah balik awal. Disebabkan susu anak tertinggal kat tempat kerja, jadi patah balik ambil susu anak,” katanya.

“Sedekahkan Al-Fatihah buat suami saya. Suami saya meninggal di tempat kejadian. Muka dan barang suami saya penuh dengan tumpahan susu anak. Alhamdulillah, suami saya accident tapi keadaan sempurna seperti tidur.” luahnnya dalam tangisan.

Jelas Mas lagi, perkahwinan mereka yang mencecah usia dua tahun diuji dengan pemergian suami dikasihi namun dirinya reda dengan takdir dan berharap diberi kekuatan untuk membesarkan anak mereka berusia 10 bulan.

Perkongsiannya sangat menyentuh hati dan ramai  menitipkan doa dan kata-kata semangat buat dirinya agar terus tabah menghadapi ujian berat ini.

Published by
Almaswa Haji Che Ros