Aktivis kemanusiaan Ardell Aryana mendakwa dirinya pernah menerima ugutan sebaik pulang daripada menjayakan misi kemanusiaan bersama Global Sumud Flotilla (GSF) baru-baru ini.

Namun, jauh daripada berundur, Ardell Aryana tetap nekad meneruskan perjuangan membela suara rakyat Palestin meskipun ada pihak yang cuba menakut-nakutkannya.

“Orang kecam saya, tapi tidak beri kesan pun. Ada sampai yang hubungi pengurus saya, sanggup tawar RM5,000 semata-mata nak tahu lokasi saya berada.

“Mereka marah dan paksa untuk dapatkan maklumat saya. Tapi saya tak kisah dan tak takut dengan ugutan itu,” katanya dalam siaran langsung di TikTok malam tadi.

Terus Berjuang Demi Rakyat Palestin

Tambah Ardell, keberaniannya itu didorong oleh semangat untuk terus menyebarkan kesedaran mengenai penderitaan rakyat Gaza.

“Saya bukan tak buat siaran langsung sebab takut pada Israel, walaupun saya tahu mereka tengok ‘live’ saya.

“Jangan patah semangat, teruskan berkongsi dan ‘repost’ mengenai Palestin. Kita ada perjuangan seterusnya selepas ini.

“Saya nampak tekanan daripada suara kita buat mereka takut. Kita berani kerana kita benar,” katanya.

Ardell Jelaskan Keadaan Diri & Kesihatan

Dalam sesi yang sama, Ardell Aryana turut menjelaskan perkembangan terkini dirinya selepas memilih untuk menyepi seketika sebaik kembali ke tanah air pada 7 Oktober lalu.

“Berat badan saya memang menyusut banyak. Kalau jumpa saya sekarang memang kecil.

Ads

“Saya tak aktif di media sosial sebab jaga emak saya. Saya minta maaf sebab diam dan buat semua risau. Saya okay saja.

“Lebam sebelum ini pun sikit saja, bahu bukan patah, cuma tisu koyak. Badan saya lembik sedikit, tapi saya tak nak susahkan sesiapa,” katanya.

Ardell Tak Gentar Diugut, Ada Pihak Desak Mahu Tahu Lokasinya, Ada Yang Sanggup Bayar RM5,000

Menjaga Ibu Sakit Selepas Misi Kemanusiaan

Dalam perkembangan lain, Ardell berkata, buat masa ini dia belum bersedia untuk berkongsi pengalaman sepenuhnya mengenai pelayaran misi kemanusiaan berkenaan.

“Malam ini saya tak cerita lagi pasal bot (misi kemanusiaan GSF). Saya cuma nak kongsi saya dalam keadaan baik. Biar saya pulih betul-betul dulu dan bagi emak saya sihat sikit. Emak saya baru saja jalani pembedahan potong kaki,” ujarnya.

Dalam siaran langsung itu juga, Ardell menzahirkan rasa syukur kerana diberi peluang menjaga ibunya yang baru menjalani pembedahan akibat komplikasi penyakit kencing manis.

“Rupa-rupanya emak tunggu saya balik untuk buat pembedahan. Saya tak pernah ada pengalaman uruskan orang sakit, apatah lagi mandikan kaki yang dah dipotong. Tapi kali ini, saya sendiri yang bersihkan.

Ads

“Alhamdulillah, saya dapat uruskan semuanya. PU Rahmat banyak bantu saya dari hospital sampai ke tanah perkuburan.

“Emak bukan hanya ada kencing manis, tapi saraf kaki mati dan ada sakit jantung. Sekarang sebelah kaki lagi dah mula hitam,” katanya dalam nada sebak.

Mohon Doa Buat Ibu

@ardellaryana Hari Yang Panjang .. Tapi Allah mudahkn. Kembali sihat duhai ibu🫂 Ibu ku wanita besi yang hebat maka ujian nya juga luar biasa .. Alhamdulillah Allah takdirkan yang terbaik , dapat di rezeki kan mudahkan Urusan mama . Alhamdulillah Ujian demi Ujian … Hikmah demi hikmah juga pasti menyusul . Rezeki harini Dapat di ajar belajar & turut bersama dalam menguruskan untuk bersih cuci serta kafankan bahagian kaki anggota ibuku dengan Ustazah aina Terima kasih .. ilmu baru & Terima kasih juga Ustaz Pu Rahmat sebab bantu saya dan datang sama untuk urusan ini dari forensik ke Masjid untuk bersihkan dan kafan sehingga urusan ditanam dan buat Team Pejabat pengurusan & sukarelawan Tanah perkuburan islam ( Baru ) kampung sungai kantan sebab sudi bantu saya urus kan kaki ibu saya , Gali kan tanah untuk tanam kaki ibu sy🙏🏻 Pihak Masjid juga ✨ Allah sahaja balas semua jasa dan kebaikan kalian 🙂 bantu urusan harini. Wahai Kaki ibu ku yang banyak berjasa … terima kasih, selesai urusan kaki ini di dunia & telah pun di kembalikan kepada tanah . #hasbunallahwanikmalwakil #bismillah #alhamdulillah #allahmahabaik ♬ original sound – Fadhilah Intan

Ardell Aryana menambah, ibunya kini tidak mampu makan dan minum, malah sering meracau disebabkan keadaan kesihatan yang lemah.

“Saya sebenarnya tak kuat, tapi emak saya yang kuat. Doakan emak saya,” katanya.

Terharu Dengan Sambutan Di Lapangan Terbang

Dalam pada itu, Ardell turut menzahirkan rasa terharu dengan sambutan luar biasa orang ramai yang menantinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 Oktober lalu.

“Dari hari saya balik, saya belum sempat ucap terima kasih kepada semua. Ini ‘live’ pertama saya selepas misi.

Ads

“Saya terharu sebab ramai datang ke lapangan terbang, ada yang beri saya al-Quran secara peribadi, sampai tiga naskhah. Alhamdulillah,” katanya yang meraih lebih 15.3 juta tontonan menerusi siaran langsung itu.

Ardell Tak Gentar Diugut, Ada Pihak Desak Mahu Tahu Lokasinya, Ada Yang Sanggup Bayar RM5,000

Ardell Antara Aktivis Misi GSF

Ardell Aryana atau Nurul Hidayah Mohd Amin, 35, antara 23 aktivis kemanusiaan dari Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza bagi menghantar bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.

Aktivis wanita lain yang turut serta ialah Datin Seri Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Zizi Kirana, Farah Lee dan Ilya Balqis.

Namun, misi tersebut tidak kesampaian apabila bot dinaiki mereka telah dipintas oleh tentera rejim Zionis dan kesemua aktivis ditahan buat sementara waktu sebelum dibebaskan serta selamat tiba di tanah air pada 7 Oktober lalu.

Sumber: TikTok Ardell Aryana Instagram era.je

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI