Sumber / Sumber Foto : Instagram Ardell Aryana

Ardell bantu mangsa terperangkap banjir, mulianya hati selebriti yang juga pelakon, usahawan dan aktivis kemanusiaan Ardell Aryana yang turun padang membantu mangsa banjir.

Menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagramnya, ibu kepada seorang cahaya mata ini dilihat begitu gigih membantu mangsa yang terperangkap dalam banjir di Shah Alam.

Ardell Bantu Mangsa Terperangkap Banjir “Kerjasama Tanpa Kira Bangsa, Agama. Melayu, Cina, India, Bersatu Hati” Ardell Bantu Mangsa Terperangkap Banjir “Kerjasama Tanpa Kira Bangsa, Agama. Melayu, Cina, India, Bersatu Hati”

Ardell Bantu Mangsa Terperangkap Banjir

Ardell bersama Misi Kemanusiaan My Fund Action  juga berkongsi detik menyelamatkan mangsa banjir. Paling membuatkan Ardell tersentuh hati apabila melihat kerjasama rakyat Malaysia tanpa mengirabangsa dan agama yang saling bersatu hati menghulurkan bantuan buat mangsa banjir.

“Hasbunallah wanikmal wakil

“Alhamdulillah bermula jam 2 tengah hari atur perjalanan boat

“Jam 7 pagi kami selesai apa yang termampu walaupun ramai turun membantu masih tak mampu tampung dan bantu setiap tempat, sungguh saya nampak kepenatan semua semoga Allah redha pada semua yang menolong tadi, Doktor, Bomba, Askar, JPAM serta sukarelawan yang lain.

Ardell Bantu Mangsa Terperangkap Banjir “Kerjasama Tanpa Kira Bangsa, Agama. Melayu, Cina, India, Bersatu Hati” Ardell Bantu Mangsa Terperangkap Banjir “Kerjasama Tanpa Kira Bangsa, Agama. Melayu, Cina, India, Bersatu Hati”

IKLAN

“Keadaan Gelap Gelita. Basah Kuyup Sampai Menggigil”

“Semoga Allah memberi kan kesabaran kekuatan buat semua yang melalui ujian ini. Saya nampak, masyaAllah kerjasama semua tanpa kira bangsa dan agama.

“Melayu, Cina, India, bersatu hati membantu, ada yang sedia kan makanan, ada yang turun bersama bantu keluarkan mangsa terperangkap dalam banjir.

Dengan keadaan gelap gelita, line hp tiada. Basah kuyup kami bermula jam 12 malam sehingga 6:50 pagi pun sejuk sampai mengigil ini kan mereka yang terperangkap selama beberapa hari

Syukur Dapat Bantu Warga Emas, Pesakit Strok, Anak Kecil, Wanita Mengandung

“Alhamdulillah dapat tolong warga emas ,yang strok, baby , kucing , anjing, anak2 kecil, wanita mengandung , pekerja Aeon yang terperangkap semalam (dalam AEON).

“Syukur air semakin surut subuh tadi, semoga terus surut Aamiin.

IKLAN

“Team kami @myfundaction berpecah di shah alam , pahang, perak .. semoga semua selamat dan dalam keadaan yang baik-baik,” luah Ardell.

Baca Disini Juga:

Mulianya Hati Selebriti Wanita Ini, Ardell Berjaya Kumpul Dana RM22,000 Bina Rumah Asnaf

16 Jam Menahan Sakit, Ardell Aryana Selamat Bersalin Awal Pagi Jumaat

“Bila-bila Ardell Boleh Pengsan Walaupun Waktu Dia Duduk Sahaja.”- Adhwa

IKLAN

Sumber / Sumber Foto : Instagram Ardell Aryana

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Telegram Bangkit Wanita: https://t.me/bangkitwanitaMW

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI