Aktivis kemanusiaan Ardell Aryana mencuri tumpuan apabila dilaporkan rebah sebaik sahaja menghampiri pintu bas yang menunggu ketibaan sukarelawan Global Sumud Flotilla (GSF) bersama keluarga masing-masing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), malam tadi.
Ketika kejadian, Ardell Aryana yang sedang mengendong anak sulungnya dilihat dalam keadaan pucat dan lemah sebelum tiba-tiba jatuh di tengah-tengah lautan manusia yang hadir memberi sokongan kepada barisan sukarelawan GSF. Suasana bertukar cemas apabila orang ramai menyedari keadaan itu, lalu pihak polis bantuan yang berada berhampiran segera membantu dengan memapah Ardell dan membawanya masuk ke dalam bas untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Dalam masa sama, suaminya, pelakon Nadzmi Adhwa yang berada tidak jauh di belakang, segera berlari ke arah isterinya sebaik melihat keadaan mencemaskan itu.
Kejadian tersebut mengundang rasa simpati dan doa daripada para penyokong yang turut berada di lokasi bagi menyambut kepulangan wira kemanusiaan negara itu.
Ardell Aryana antara sukarelawan yang tiba di KLIA sekitar jam 11.30 malam bersama 22 lagi anggota Global Sumud Flotilla (GSF)
yang baru pulang dari misi kemanusiaan ke Gaza. Ketibaan mereka disambut dengan penuh emosi oleh keluarga, sahabat dan penyokong yang sejak awal menanti di balai ketibaan.Turut hadir menyambut kepulangan mereka ialah Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil. Untuk rekod, semua 23 sukarelawan GSF dibebaskan pada Sabtu lalu selepas ditahan oleh rejim Israel sejak 2 Oktober ketika dalam misi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Selain Ardell Aryana, selebriti lain seperti Zizi Kirana, Heliza Helmi dan Hazwani Helmi turut menyertai misi Global Sumud Flotilla bersama lebih 500 sukarelawan dari seluruh dunia yang berlayar sejak September lalu. Penyertaan mereka bukan sahaja membuktikan semangat kemanusiaan yang tinggi, tetapi juga menonjolkan solidariti rakyat Malaysia terhadap penderitaan di Gaza.
Insiden Ardell Aryana rebah di KLIA memberi gambaran jelas tentang keletihan fizikal dan emosi yang dialami selepas misi kemanusiaan yang mencabar. Namun, keberanian serta keikhlasan beliau dalam membantu rakyat Gaza wajar dipuji dan menjadi inspirasi kepada masyarakat Malaysia untuk terus menyokong usaha kemanusiaan di masa hadapan.
Sumber: Berita Harian dan Instagram Berita Al-Hijrah
Artikel lain: Ardell Teruk Dibuli Sampai Tahap Diugut Anak Dibunuh, Bukan Sekadar Ditumbuk, Diejek, Direntap Tudung
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE
Tingkatkan imun badan dengan Vitamin C — bantu lawan selsema & kekal sihat setiap hari.
Tingkatkan imun badan dengan Vitamin C — bantu lawan selsema & kekal sihat setiap hari.