Anne Ngasri Jadi Pemilik Butik Tudung Mewah, Satu-Satunya di Johor

Share

Pelakon dan penerbit terkenal, Datin Anne Ngasri, terus melangkah yakin dalam dunia perniagaan apabila melancarkan butik tudung AN Bawal Exclusive Johor yang terletak di Taman Bukit Mewah, Johor Bahru.

Walaupun jenama ini sudah lama menjadi sebahagian daripada portfolio perniagaannya, pembukaan butik tersebut berlangsung dalam tempoh yang sangat singkat, hanya dua bulan setengah dari perancangan ke realiti.

“Saya pun tak sangka secepat ini. Hari ini Haliza (Pengasas Bawal Exclusive) cakap, esok juga saya terus cari kedai,”

ujar Anne ketika ditemui di Majlis Pelancaran AN Bawal Exclusive Johor, semalam.

Sokongan Suami, Keluarga & Komuniti Wanita

Anne, 41, atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Datuk Mohd Sumali Reduan, ahli keluarga, dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang hadir merasmikan butik tersebut.

“Ini satu penghargaan bukan sahaja kepada saya, tetapi kepada semua wanita. Ia menaikkan semangat untuk terus menjadi usahawan wanita berjaya,” katanya.

Bagi Anne, kejayaan ini bukan sekadar hasil kekuatan dirinya, tetapi kerana doa yang sentiasa mengiringi.

Perniagaan Sebagai Dakwah Kecil

“Ini bukan sekadar pembukaan butik, tetapi satu permulaan niat tulus untuk membina sesuatu yang memberi nilai bukan sahaja kepada wanita, tetapi kepada ummah. Dengan dakwah kecil dari perniagaan ini, kita dapat memberi mesej Islam melalui rekaan yang sopan dan eksklusif,” jelasnya.

Dengan pelancaran ini, Anne kini menjadi pemilik butik Bawal Exclusive ke-12 di Malaysia dan satu-satunya di Johor.

Koleksi Madihah Bawal 2025 – Inspirasi Dari Dunia Baru

Majlis pelancaran turut memperkenalkan Duta Koleksi Madihah Bawal 2025 iaitu adik bongsu kesayangan Anne, Nasshuhada (Baby), dan rakannya Marisa. Koleksi ini dinamakan sempena watak Anne dalam drama bersiri popular Dunia Baru

Madihah.

Juga Baca: https://www.mingguanwanita.my/ulang-tahun-ke-48-haliza-maysuri-sarung-adi-busana-rm151100-hadiah-motorhomes-dari-suami-tersayang/

Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri, melahirkan rasa syukur kerana butik ini akhirnya dibuka selepas menerima permintaan tinggi daripada peminat BE di Johor dan Singapura.

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Published by
Rosmah Idayu