Langkah Mudah Buat Kek Batik Sedap Tanpa Telur, Biskut Rangup Coklatnya Lembut!

Share

Kebiasaannya telur merupakan bahan utama untuk membuat apa juga jenis kek, termasuklah kek batik. Ia sesuai dihidangkan ketika buat rumah terbuka,jamuan makan-makan pot luck di pejabat,  anak-anak pun gerenti mesti suka.Bagi yang alergik dengan telur jangan bimbang kerana tetap boleh menikmati kesedapan kek batik yang lembut, berlemak dan pekat dengan rasa koko dan coklat tanpa menggunakan telur sama sekali.

Mak-mak sebenarnya boleh ikut resipi dan langkah satu persatu yang dikongsikan oleh Puan Mariya Abdul Rashid

ini. Cukup mudah dan ringkas, guna 6 bahan  je.

Berikut antara perkongsian resipi untuk buat Kek batik tanpa menggunakan telur:

“2 hari berturut-turut buat Kek Batik atas permintaan anak-anak. Semalam untuk jamuan sekolah..hari ni jamuan KAFA pulak. Ada 2 resepi kek batik. Satu letak telur dan satu lagi tanpa telur. Saya buat yang tanpa telur sebab dia mudah sangat.

Bahan-Bahan:

500g mentega
1 tin susu pekat
1 sudu besar esen vanila
4 sudu besar serbuk koko
400g Serbuk Milo
500g biskut Marie

Cara Membuat:

1.Cairkan mentega dalam kuali.


2.Tuang susu pekat dan 1 sudu besar esen vanila.


3.Tuangkan pula 1 paket serbuk Milo.


4.Tambah 4 sudu besar serbuk koko.


5.Kacau hingga bahan sebati.


6.Sementara ibu kacau sos, boleh mintak tolong anak-anak patahkan biskut marie.


7.Tuang biskut dan kacau sebati. Sedap pulak nampak. Time ni la ambik sekeping dan ngap. Nasib baik anak-anak tak nampak.


8.Lapik loyang 10 inci dengan plastik.


9.Tuang semua sekali ke dalam loyang.


10.Padatkan dan ratakan. Siap. Simpan 4,5 jam dalam peti sejuk.


11.Biasa saya susun biskut..1 layer sos, 1 layer biskut, 1 layer sos, 1 layer biskut dan seterusnya. Tapi pagi tadi buat seringkas dan secepat yang boleh sebab masih dalam pantang. Tak boleh berdiri lama-lama.

Info Ekstra!

  • Masa kita lapik loyang dengan plastik, pastikan plastik tu lebih besar dari loyang, baru senang nak tarik keluar.
  • Bila dah sejuk, tarik plastik lapik tu keluar, kemudian potong guna pisau tajam.

Cukup senang dan mudah nak buat kek batik ni. Mak-mak boleh cuba buat sendiri untuk anak-anak dirumah.

Selamat mencuba!

Sumber: Mariya Abdul Rashid

IKLAN