Sumber/Sumber Foto: Facebook Ebit Lew

Pelakon, pelawak dan penulis lirik Bob Lokman yang kini mempunyai sakit jantung telah dikunjungi pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew. Memberi pesanan kepada Ustaz Ebit, andai  pergi dahulu, dia mohon sampaikan mohon maaf pada semua.

Ustaz Ebit yang umum mengetahui keikhlasan dan kemurahan hati membantu golongan miskin dan kurang berkemampuan yang memerlukan pelbagai bantuan sanggup terbang ke Kelantan untuk bertemu dengan Bob Lokman dan menghulurkan bantuan.

Andai Pergi Bob Lokman Nak Minta Maaf, Sayang Semua Orang

Andai Pergi Bob Lokman Mohon Maaf Pada Semua, “Ustaz Saya Nak Reda Allah”

Menerusi perkongsian di laman Facebook Ustaz Ebit terus menaiki pesawat untuk bertemu dengan Bob Lokman selepas mendengar kesulitan dan perlukan perbelanjaan untuk pembedahan jantung.

“Ustaz, tolong sangat sampaikan pada semua andai saya pergi saya nak minta maaf pada semua yer. Saya sayang semua orang. Saya nak redha Allah.

“Sayu rasa hati tadi dari pembukaan elewsmart terus fly ke Pasir Mas Kelantan ziarah Bob Lokman. Penulis lirik lagu Isabella.

Andai Pergi Bob Lokman Mohon Maaf Pada Semua, “Ustaz Saya Nak Reda Allah”

Andai Pergi Bob Lokman Mohon Maaf Pada Semua, “Ustaz Saya Nak Reda Allah”
Bob Lokman menangis ketika kunjungan Ustaz Ebit ke rumahnya.

Andai Pergi Bob Lokman Mohon Maaf Pada Semua, “Ustaz Saya Nak Reda Allah”

InsyaAllah Panjang Umur Selamat Semuanya – Ustaz Ebit

“Saya balik petang ini juga. Pergi balik hari. Bila terbaca beliau memerlukan belanja untuk pembedahan jantung esok. Terharu sangat ustaz datang jumpa saya.

“Katanya beliau fikirkan juga anak-anak kecil yang masih madrasah. Tadi banyak berbual mengenai akhirat dan katanya teruskanlah ustaz membantu orang ramai. Bila beri sedikit belanja untuknya. Bob Lokman menangis jer tadi.

“Kata saya segala ilmu, dakwah dan kebaikan abang Bob Lokman selama ini Allah balas. InsyaAllah panjang umur selamat semuanya. InsyaAllah abang akan terus menyampaikan dakwah pada masyarakat,” tulis Ebit Lew.

Baca Juga Disini:

Ebit Lew Beli Air 2 Lori, Agih Pada Tempat Terkesan Masalah Air

Andai Pergi Bob Lokman Mohon Maaf Pada Semua, “Ustaz Saya Nak Reda Allah”

Ustaz Ebit Sebak “RIDER” Sukarela Hantar Makanan, Bantuan Terus Sampai Pintu

Bob Lokman Boleh Meninggal Secara Mengejut

Sebelum ini seperti mana dipetik menerusi portal Harian Metro, Bob Loman memberitahu tentang keadaan kesihatannya terkini.

“Doktor maklumkan, saya berisiko tinggi untuk meninggal dunia secara mengejut. Itu berdasarkan ilmu kedoktoran, namun saya serahkan soal ajal kepada Allah.

“Kepada yang mengenali saya atau tidak, saya banyak dosa. Maafkan sekiranya ada yang terguris dengan kesombongan saya, tutur kata, atau lawak jenaka saya yang keterlaluan ketika saya muncul di kaca TV,” kongsinya.

Difahamkan Bob Lokman mengalami masalah jantung sejak tahun 1998. Namun baru-baru ini dia pitam dan dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.

Selepas dirawat doktor memaklumkan jantungnya semakin membengkak dan banyak parut. Ia membuatkan kadar denyutannya tak stabil.

Satu cara adalah untuk memasang alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan denyutan jantung. Namun, kos untuk pemasangan alatan itu dan juga kos rawatan mencecah RM60,000 sekali gus memaksa Bob dan keluarga memohon bantuan.

Mohon Jika Ada Yang Sudi Menderma

“Selama ini, kos untuk ubat-ubatan saya setiap bulan mencecah RM700 sebulan. Itu tak menjadi masalah kerana saya masih lagi mampu untuk menanggung kos itu. Cuma apabila dimaklumkan kos rawatan dan pemasangan alat IACD ini mencecah RM60,000, saya akui memang tak mampu. Jadi, saya mohon kalau ada yang sudi membantu untuk menderma.

“Terima kasih juga kepada pihak Muslim Care Malaysia yang sudi membantu. Alhamdulillah, ada juga rakan-rakan penderma yang sebelum ini pernah menderma untuk surau dan sekolah tahfiz yang saya bantu, kini membantu saya pula,” katanya yang menjalani ujian darah dan perlu melaksanan rawatan pemasangan IACD dalam masa sebulan.

Bagi sesiapa yang ingin menderma, sumbangan boleh disalurkan ke akaun Maybank bernombor 162348359386 atas nama Relawati Daud (isteri Bob) atau akaun Maybank bernombor 564490211159 atas nama Muslim Care Malaysia.

MW: Semoga Bob Lokman diberi kesembuhan segera. Amin.

Sumber/Sumber Foto: Facebook Ebit Lew
Sumber: Harian Metro

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI