Anak perempuan pengasas Dnars bersuara, “Allah tak pernah tidur, jangan makan harta bukan hak kita. Konflik pengurusan harta pusaka arwah pengasas Dnars, di antara suami allahyarham, Ahmad Shah Rizal Ibrahim dan anak sulung arwah, Aqbar Hakim Jasman, menemui noktah apabila Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu memerintahkan wang tunai RM1.3 juta yang diambil oleh Ahmad Shah Rizal dipulangkan semula ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka Allahyarham dalam tempoh 30 hari.
Akaun pentadbir bersama dimiliki oleh Ahmad Shah Rizal Ibrahim, 48 dan anak sulung Allahyarham Faziani, Aqbar Hakim Jasman, 25.
Hakim Zaini Sulaiman memerintahkan Ahmad Shah Rizal berbuat demikian dalam tempoh 30 hari bermula semalam selepas membenarkan permohonan ahli waris Allahyarham Faziani.
“Wang tunai milik Allahyarham yang diambil plaintif dalam peti besi sebelum ini yang kini berada dalam milikan plaintif secara peribadi perlu didepositkan ke akaun bank pentadbir bersama harta pusaka Allahyarham sebelum mahkamah memutuskan soal tuntutan harta sepencarian,” katanya.
Anak Perempuan Pengasas Dnars Bersuara
Selepas dari keputusan Mahkamah Syariah itu, anak kedua allahyarham iaitu Irdina Hakim Jasman atau Dnar berkongsi nukilan di threadsnya dengan mengatakan masa berlalu dan Allah tak pernah tidur.
“Masa berlalu dan Allah tak pernah tidur. Apa yang ditakdirkan untukmu maka tetap untukmu.
Ads
Tiga beradik, Aqbar Hakim Jasman, Irdina Hakim Jasman atau Dnars dan Qaseh Khadija
“Apa yang tidak, harus kau ikhlaskan kembalikan. Jangan makan harta yang bukan hak kita jika tidak ia menjerat diri sendiri. Tapi ini bukan tentang harta. Ini tentang hak & adil. Sekian ini sahaja, lebih banyak kehadapan saya & adik-beradik serahkan kepada yang lebih Arif.
Demikian kata-kata penuh makna yang dikongsi oleh anak perempuan Allahyarham Faziani Rohban Ahmad, pengasas produk kecantikan Dnars, selepas keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang memihak kepada keluarganya.
Jelas @irdnar_j, isu ini bukan sekadar soal harta tetapi soal hak dan keadilan.
“Sekian ini sahaja, lebih banyak ke hadapan saya dan adik-beradik serahkan kepada yang lebih arif,” tulisnya, menyerahkan urusan seterusnya kepada pihak berautoriti untuk menguruskan harta pusaka ibunya.
Ads
Masa yang sama, dirinya turut memuat naik kereta akbar berkaitan hal ini selain gambar lama ibunya juga barangan kemas.
Ads
Keputusan Mahkamah: RM1.3 Juta Perlu Dikembalikan
Memetik laporan Berita Harian, Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam, memerintahkan suami kepada pengasas produk kecantikan Dnars mendepositkan wang tunai RM1.3 juta milik Allahyarham isterinya, Faziani Rohban Ahmad, ke dalam akaun pentadbir bersama harta pusaka Allahyarham dalam tempoh 30 hari mulai semalam.
Keluarga Allahyarham Faziani diwakili peguam, Shaharuddin Mohamed dan Naimah Saupi, manakala Ahmad Shah Rizal diwakili peguam, Mohd Firdaus Mohd Tamrin dan Ismail Mohd.
Sementara itu peguam yang mewakili keluarga pengasas, Shaharuddin berkata, berikutan perintah itu, Ahmad Shah Rizal dikehendaki mematuhi perintah itu dan sekiranya gagal, dia boleh dikenakan prosiding komital.
Sebelum ini, Ahmad Shah Rizal memfailkan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah Tinggi Syariah termasuk wang tunai RM1.3 juta yang berada dalam peti besi sebelum diambil oleh Ahmad Shah Rizal.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tular kenyataan kononnya Arwah Zara Qairina dimasukkan ke dalam mesin basuh seorang guru Bahasa Inggeris di dakwa. Al Fatihah buat Pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustapha, Arwah Zara Qairina Mahathir ditemui tidak sedarkan diri berhampiran longkang selepas dipercayai jatuh dari tingkat tiga asrama sekolah. Beliau kemudiannya meninggal dunia pada 17 Julai, sehari selepas kejadian. Gelombang Justice For Zara kini sedang melanda Malaysia.
Terbaru menerusi laporan Harian Metro, Guru Bahasa Inggeris sebuah sekolah didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan menimbulkan kegentaran awam berkaitan kes arwah Zara Qairina Mahathir yang didakwa dimasukkan dalam mesin basuh.
Guru tersebut, Siti Hajar Aflah Sharuddin, 39, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.
Menurut laporan wanita itu didakwa membuat kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam dan boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.
Malah Siti Hajar yang juga seorang ibu tunggal juga turut didakwa membuat kenyataan di akaun TikTok miliknya pada 1.20 tengah hari, 6 Ogos lalu.
Tambah laporan itu lagi, kenyataan tersebut telah dilihat dan didengar oleh seorang anggota polis di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2.
Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.
Untuk rekod telah tular di media sosial dakwaan kononnya mangsa maut selepas dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Penyebaran maklumat palsu itu menimbulkan kebimbangan awam, selain memberi tekanan emosi kepada keluarga Allahyarham serta mengganggu perjalanan siasatan polis.
Malah PDRM juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini membuka sebanyak 15 kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu berkaitan kematian pelajar tingkatan satu itu termasuk dakwaan kononnya mangsa dimasukkan ke dalam mesin basuh.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kronologi kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu yang meruntun jiwa. Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 kali sebatan ke atas seorang bekas pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu berusia 20 tahun selepas didapati bersalah membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, pada Mac tahun lalu.
Hakim Datuk Duncan Sikodol pada prosiding penetapan hukuman hari ini turut memerintahkan 12 tertuduh yang masih di bawah umur dipenjara selama diperkenankan Yang Dipertua Negeri Sabah atas kesalahan sama.
Pada 22 Ogos lalu, Mahkamah Tinggi Tawau memutuskan 13 remaja berusia antara 16 hingga 19 tahun terbabit bersalah membunuh Mohamad Nazmie Aizzat.
Hakim Duncan ketika membacakan keputusan itu berkata semua tertuduh didapati bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
MEREKA DITUDUH BERSAMA-SAMA MEMBUNUH MOHAMAD NAZMIE AIZZAT, 17, DI BILIK ASRAMA KOLEJ BERKENAAN PADA JAM 9 MALAM 21 MAC HINGGA 7.38 PAGI 22 MAC TAHUN LALU.
Mohamad Nazmie Aizzat atau lebih mesra dengan panggilan ‘Ijat’ ditemui mati selepas disyaki dipukul beramai-ramai oleh 13 rakan di bilik asrama 7 Resak dan 5 Belian antara jam 9 malam pada 21 Mac sehingga jam 7.38 pagi pada 22 Mac, di kolej berkenaan.
Kejadian disyaki berpunca perselisihan faham berhubung isu kehilangan wang milik dua daripada 13 tertuduh.
Berikut kronologi dan fakta kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat:
23 Mac 2024 – 13 remaja lelaki ditahan reman selama enam hari sebelum disambung sehingga 4 April.
2 April 2024 – 13 remaja itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Lahad Datu atas pertuduhan membunuh (tiada pengakuan direkodkan)
13 Jun 2024 – Mahkamah Tinggi Tawau menolak permohonan ikat jamin bagi tujuh tertuduh kerana tiada alasan istimewa dikemukakan, selain permohonan bersifat pramatang dan kes belum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
16 Mei 2024 – Mahkamah Majistret Lahad Datu menetapkan tarikh 27 Jun untuk sebutan semula kes sementara menunggu hasil laporan kimia dan bedah siasat.
25 Julai 2024 – Prosiding sebutan semula kes dijalankan secara tertutup di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani.
13 Ogos 2024 – Semua 13 tertuduh didakwa di Mahkamah Tinggi Tawau atas pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mereka mengaku tidak bersalah dan mahkamah tetapkan 10 hari perbicaraan.
19 November 2024 – Hari pertama prosiding perbicaraan peringkat pendakwaan. Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif dalam ucapan pembukaannya menegaskan pihaknya akan membuktikan semua 13 tertuduh terbabit memukul sehingga membawa kepada kematian mangsa.
19 November 2024 – Hakim Mahkamah Tinggi Tawau, Datuk Duncan Sikodol melawat lokasi kejadian di bilik asrama Kolej Vokasional Lahad Datu.
20 November 2024 – Perbicaraan hari kedua ditangguhkan susulan bantahan daripada peguam berhubung isu lantikan peguam. Tarikh baharu ditetapkan 26 November 2024.
26 November 2024 – Keterangan saksi-saksi pendakwaan. Warden asrama, Nuhrullah Aminuddin, dalam keterangannya memaklumkan Allahyarham ditemukan dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri semasa kejadian kira-kira jam 6.30 pagi pada 22 Mac. Bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) sempat diberikan kepada mangsa.
27 November 2024 – Penolong Pegawai Perubatan di Hospital Lahad Datu, Mohammad Zul Amree Hamzah mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia antara satu hingga dua jam sebelum pasukan perubatan tiba mengesahkan kematian jam 7.38 pagi 22 Mac.
27 November 2024 – Pakar Patologi Forensik, Dr Dzureena Abdul Mutalib, 39, mengesahkan punca kematian mangsa disebabkan kecederaan dada dan tisu lembut akibat trauma tumpul. Sebanyak 107 kesan kecederaan pada hampir keseluruhan tubuh (boleh diselamatkan jika segera dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan)
27 November 2024 – Siti Hamidah Jumari, 45, ibu kepada Allahyarham menangis ketika diminta membuat pengecaman gambar arwah anaknya. Hanya dapat membuat pengecaman pada sekeping gambar (gambar nombor 12) kerana sukar mengawal perasaan sedih.
27 November 2024 – Hakim Datuk Duncan Sikodol mengeluarkan amaran kepada keluarga tertuduh di mahkamah supaya tidak mengganggu saksi-saksi pendakwaan.
28 November 2024 – Saksi dakwa nampak mangsa dipukul empat tertuduh di Bilik 7 Resak kira-kira jam 9 malam pada 21 Mac, namun tidak melaporkan kejadian itu kepada warden asrama kerana tidak mahu terbabit dan takut dipukul.
29 November 2024 – Saksi mendakwa perselisihan faham berhubung kecurian wang dipercayai menjadi punca mangsa dipukul walaupun menafikan melakukan perbuatan itu.
2 Disember 2024 – Saksi pendakwaan ke-12 (PW12) mendakwa melihat 10 tertuduh ‘mengerumuni’ mangsa ketika berada di bilik asrama kolej berkenaan.
4 Disember 2024 Mohamad Nazmie Aizzat tidak bangun ketika dikejutkan untuk bersahur kira-kira jam 3.40 pagi 22 Mac selepas dipukul dalam bilik Asrama 5 Belian, pada malam sebelumnya.
5 Disember 2024 – Saksi pendakwaan PW19, memberitahu mahkamah Mohamad Nazmie Aizzat mengaku ada mengambil wang milik dua daripada 13 tertuduh sebelum memulangkannya semula, menyebabkan dia dipukul pada malam 21 Mac 2024.
5 Disember 2024 Peguam dakwa saksi pendakwaan tidak kompeten dan berbohong selepas gagal memberikan jawapan munasabah termasuk tidak mengetahui tarikh pernyataan saksinya disediakan.
6 Disember 2024 Pegawai forensik PDRM menemukan kesan darah pada lantai dan tilam bilik asrama 7 Resak, 5 Belian dan 7 Belian di kolej berkenaan yang dipasang tali kuning ketika menjalankan siasatan di lokasi kejadian, kira-kira jam 10 pagi pada 24 Mac.
9 Disember 2024 – Pendakwaan menutup kes selepas panggil 25 saksi.
28 Februari 2025 Mahkamah perintah 13 tertuduh bela diri. Hakim Datuk Duncan Sikodol memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie terhadap semua 13 remaja.
10 Mac 2025 – Kes pembelaan bermula dengan keterangan semua tertuduh diberikan secara bersumpah dari kandang saksi. Dua tertuduh mendakwa mereka dipaksa membuat pengakuan berhubung kematian mangsa.
12 Mac 2025 – Tertuduh pertama mendakwa hanya menolak dan menepis bahu mangsa.
13 Mac 2025 – Tertuduh keenam mengaku memukul dan menendang mangsa kerana kecewa.
14 Mac 2025 – Tertuduh kelapan mendakwa tidak nampak mangsa dibelasah beramai-ramai.
15 Mac 2025 – Tertuduh kesembilan mendakwa dihasut untuk memukul mangsa. Prosiding pembelaan ditutup selepas 18 saksi, termasuk semua tertuduh, selesai memberi keterangan.
29 April 2025 – Pendakwaan memfailkan hujahan bertulis.
6 Mei 2025 – Pembelaan mengemukakan hujahan balas.
11 Jun 2025 – Keputusan kes yang sepatutnya dijadualkan hari ini ditangguh ke tarikh lain sebanyak tiga.
22 Ogos 2025 – Mahkmah dapati semua 13 tertuduh bersalah mengikut Seksyen 302 dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.
28 Ogos 2025- Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan 12 kali sebatan ke atas seorang bekas pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu berusia 20 tahun selepas didapati bersalah membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17, pada Mac tahun lalu.
Hakim Datuk Duncan Sikodol pada prosiding penetapan hukuman hari ini turut memerintahkan 12 tertuduh yang masih di bawah umur dipenjara selama diperkenankan Yang Dipertua Negeri Sabah atas kesalahan sama.
Nekad Tuntut Cerai. Terbaru pelakon Linda Hashim mendedahkan dirinya sudah tidak mampu bertahan dalam rumah tangga dan kesabarannya sudah berada di tahap kemuncak.
Jika dulu dirinya masih mampu bersabar dan berdiam diri namun kini tidak lagi, Malah pemilik nama sebenar Norhazlinda Hashim ini juga menjelaskan punca sebenar dirinya tidak pulang ke rumah selama sembilan bulan dek kerana bimbang dikasari selain tiga anaknya berdepan trauma akibat insiden kekasaran rumah tangga sebelum ini.
Seperti mana dilaporkan Harian Metro, Linda turut memberitahu terdapat empat sebab mengapa dirinya menuntut cerai terhadap Beego.
“Pertama, saya kena pukul.
“Kedua, anak-anak saya tak nak balik kerana mereka trauma.
“Ketiga, kunci rumah ada pada dia dan keempat apabila saya balik rumah, dia akan manggakan pintu rumah dari luar,” terang Linda yang turut mempunyai saksi kejadian yang berlaku.
Ibu kepada tiga cahaya mata ini juga memberitahu dirinya memiliki laporan polis serta surat perintah larangan mengganggu atau mendekati (OACC) yang menghalang Beego mendekatinya.
“Saya ada laporan polis dan juga perubatan. Walaupun begitu, atas dasar perikemanusiaan, saya masih benarkan dia berjumpa anak-anak,” ulasnya.
Linda juga turut pernah memberi amaran kepada Beego agar tidak melakukan provokasi terhadap diri saya dan anak-anak.
“Dia nak buat ‘live’ cari rezeki tiada masalah tapi jangan nak lakukan provokasi terhadap saya. Jangan ganggu kehidupan kami yang kini lebih tenang. Jangan sebar fitnah dan manipulasi.
“Baru saya muat naik mengenai anak-anak, dia sudah kata saya lakukan provokasi.
“Saya ada banyak bukti di telefon dan fail yang belum saya dedahkan. Ini amaran saya,” sambungnya yang menasihatkan Beego agar tidak menggunakan agama untuk menutup perbuatan buruknya kerana segala bukti sampai kepadanya.
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.