Selebriti

Anak Mira Filzah Perlukan Perhatian Lebih, Suami Isteri Kena ‘Teamwork’

Share

Berkongsi kisah anak, Mira Filzah sedia mengambil cuti lebih panjang bagi meluangkan masa dengan keluarga, istimewa untuk tunaikan permintaan Wan Khair Amir yang sudah berusia 4 tahun.

Anak Mira Filzah Perlukan Perhatian Lebih

Selalu buat permintaan mahu dihantar dan dijemput oleh ibu sendiri setiap kali hendak pergi dan pulang dari sekolah, ini benar-benar menyentuh hati Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman.

“Memang kalau ikutkan dari 2025 lagi saya penuhi banyak tawaran termasuk filem yang mengambil masa agak lama sampailah tahun ini. Macam ‘back to back’ bekerja.

“Jadi selepas selesaikan satu projek filem, saya nak lebih fokus pada anak yang kini dalam fasa banyak bertanya. Dia tanya saya di mana, kenapa tak ambil dia di sekolah, macam-macam lagi soalan.

“Kita sedar anak sedang membesar, perlukan perhatian. Apabila dia bertanya begitu, sebagai ibu hati saya terusik, sebak. Kasihan padanya,”

katanya ketika ditemui selepas tayangan drama bersiri Aku Pilih Pelangi, baru-baru ini.

Suami Isteri Kena ‘Teamwork’

Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menzahirkan rasa syukur dengan sikap terbuka suaminya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khairil Anuar yang sangat memahami kerjayanya.

Malah, akui Mira teman hidupnya itu tidak pernah meletakkan sebarang syarat kepadanya dalam mengatur kerjaya namun sebagai isteri dan ibu dia perlu bijak membuat pertimbangan sewajarnya.

“Alhamdulillah. Suami isteri kena ‘teamwork’. Suami banyak bagi dorongan baik dari segi kerjaya mahupun sebagai ibu,” ujarnya yang tidak menafikan ada perancangan untuk menambah cahaya mata jika diizinkan Tuhan.

Untuk rekod, pelakon wanita ini berkahwin dengan Wan Emir Astar pada September 2020 dan diikurniakan seorang anak lelaki (Wan Khai Amir). Mira cenderung menjaga privasi dan jarang berkongsi konflik atau isu dalaman rumah tangga.

Gambar: Mira Filzah

Published by
Nadia