Anak Kecil 4 Tahun Meninggal Akibat Perut Penuh Cacing Gelang, Tragedi Timpa Adik Raya Menyayat Hati

Share

Anak kecil 4 tahun meninggal dunia akibat perut banyak cacing, tragedi timpa adik Raya menyayat hati. Tragedi memilukan menimpa seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, Raya, dari Kampung Pasir Ceuri, Sukabumi. Selepas sembilan hari bertarung nyawa di hospital, R Syamsudin SH, Kota Sukabumi, anak kecil ini akhirnya  meninggal dunia pada 22 Julai 2025.

Raya dimasukkan ke hospital pada 13 Julai dalam keadaan tidak sedarkan diri. Ketika dirawat di unit kecemasan, doktor dan keluarga dikejutkan dengan kejadian mengerikan di mana  cacing hidup ditemui menjalar keluar dari hidung dan mulutnya. Cacing gelang berukuran 15 cm itu boleh ditarik menggunakan tangan begitu sahaja.

Menurut doktor yang merawatnya, Dr Ifran, lebih satu kilogram cacing berjaya dikeluarkan, namun keadaannya tetap kritikal semasa diberi rawatan. Kematiannya berpunca akibat cacing gelang itu sudah bersarang di bahagian otaknya. Selepas sembilan hari diberikan rawatan, dirinya pergi,” kata jurucakap hospital.

Cacing gelang memasuki setiap tubuh adik Raya termasuk ke bahagian otaknya yang membawa kepada kematiannya
Beginilah rupa cacing gelang yang keluar dari hidung adik Raya dan boleh ditarik menggunakan tangan. (gambar ini adalah gambar internet).

Ibunya pula mengakui pernah mendapat cadangan untuk membawa Raya ke puskesmas, tetapi gagal kerana dilarang oleh suami. “Saya mahu bawa, tetapi suami tidak izinkan,” katanya kepada bidan desa. Akibatnya, rawatan yang sepatutnya diterima anak kecil itu sering tertunda.

Hasil pemeriksaan mengesahkan Raya dijangkiti askariasis, iaitu penyakit akibat cacing gelang (Ascaris lumbricoides). Parasit itu menyerang usus sebelum menyebar ke organ lain termasuk otak, menyebabkan penurunan kesedaran dan akhirnya meragut nyawanya.

Scan mendapati perut adik Raya dipenuhi cacing gelang

Suka bermain di kolong bawah rumah

Sejak bayi, Raya sering bermain di kolong bawah rumah keluarganya, satu ruang sempit yang turut dijadikan kandang membela ayam dan penuh dengan najis kotoran haiwan. Dari situlah dipercayai  cacing masuk ke tubuhnya, membiak tanpa henti.

Usaha membantu adik Raya ada dibuat namun berat badannya sentiasa di bawah paras sesuai dengan usianya. Pihak klinik desa ada menyalurkan bantuan makanan bergizi dan mengikuuti program makanan tambahan tapi beratnya tak pernah naik. Lebih malang, keluarganya tidak membawanya menjalani pemeriksaan kesihatan sehingga membawa kepada kematiannya.

Di kolong sempit bawah rumah inilah, adik Raya selalu bermain dan dari sinilah punca kekotoran

Air Mata Keluarga

Mak saudara arwah, Sarah berkata, dia masih terbayang wajah anak saudaranya pada hari-hari terakhirnya.

“Hari Jumaat dia masih bermain, ketawa dengan anak-anak lain. Arwah ada alami batuk dan kami ingatkan batuk biasa. Tak sangka rupanya keadaan jadi begini, membawa kepada kematiannya,”

katanya sebak.

Air mata ibu saudaranya  ini  menitis laju ketika mengetahui tubuh kecil Raya dipenuhi ribuan cacing hingga ke otaknya. “Kami baru tahu selepas doktor berita tetapi masa itu dia sudah tiada,” ujarnya dengan suara terhenti-henti.

Pemergian adik Raya mendatangkan kesunyian di rumahnya. Tiada lagi suaranya bermain di bawah kolong. Dan penting juga anak-anak diberi ubat cacing secara berkala. Syukur kerana kita diberi kemudahan klinik dan hospital kerajaan hari ini berbanding negara jiran yang sesetengahnya sukar mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan awal. Paling utama, berilah anak-anak makanan sihat dan sentiasa buat pemeriksaan berkala.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros