Anak istimewa kembali ke ramahtullah. Salam takziah diucapkan buat pelakon Ainina Ahmad B dan bekas suaminya Rahmad Tohak (Rahmad Mega) atas pemergian anak bongsu kesayangan mereka, Nur Ara Elisya, 15.
Untuk rekod hasil perkahwinan dengan penyanyi, Rahmad Tohak, Ainina Ahmad B dikurniakan dua cahaya mata perempuan Nur Arieana dan Nur Ara Elisya.
Allahyarham Nur Ara Elisya telah meninggal dunia sekitar jam 2 petang ini, berita tersebut telah disampaikan oleh bekas penyanyi kumpulan Mega ini yang ketika itu berada di Sarawak untuk mengadakan persembahan di Betong, menerusi Facebooknya.
“Assalamualaikum untuk seluruh warga Betong, saya minta maaf tak dapat hadir untuk malam ini. Saya dah berada di Kuching untuk pergi ke lokasi.
“Tapi saya dapat berita anak saya baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir. Jadi saya terpaksa bergegas balik ke Semenanjung. Saya minta maaf yawarga Betong,” ungkap Rahmad penuh syahdu.
Seperti mana dilaporkan Harian Metro, Rahmad menerangkan jenazah anak kesayangan akan dibawa ke Kemensah.
“Jenazah akan dibawa ke Desaku Apartment, Jalan Melati Indah 1, Taman Kemensah Height Kemensah dan selepas itu akan dibawa ke surau berdekatan.
“Jemaah masjid akan menguruskan segalanya dan jenazah dijangka disempurnakan pagi esok. Mereka akan menguruskan semuanya,” luah Rahmad.
Menerusi perkongsian di Facebook Ainina empat hari lalu telah memuatnaik gambar dan ucapan ulang tahun buat Nur Ara.
“Happy Birthday sayangku ..Nur Ara Elisya
Mama love you Elisya, terima kasih ALLAH untuk anak syurga ini …
Semoga cepat sihat dan diberikan keajaiban
Elisya dapat berjalan semula ..sihat, cergas dan ceria seperti dulu… amin-amin
#praderwillisyndrome,” tulisnya.
Untuk rekod sebelum ini Allahyarham Nur Ara Elisya yang juga anak istimewa (OKU) menjalani pembedahan tulang belakang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM).
Pembedahan Spinal bertujuan meluruskan tulang belakang yang membengkok 140 (darjah) akibat sindrom Prader Willi atau penyakit yang jarang berlaku, di mana ia muncul ketika lahir serta menyebabkan beberapa masalah fizikal, mental dan tingkah laku.
Sumber Berita : Harian Metro
Baca Disini: Wanita Meninggal Dunia Selepas Susukan Anak, Pergi Dalam Pelukan Suami
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.