Anak dirempuh van langgar lampu merah di Senawang, raungan ibu undang sebak. Tangisan dan raungan seorang ibu memecah keheningan pagi di persimpangan lampu isyarat Persiaran Senawang 1, Matahari Heights, lokasi sama yang sebelum ini meragut nyawa tiga sahabat dalam satu tragedi ngeri ketika Ramadan, kini sekali lagi menjadi saksi pilu kehilangan nyawa seorang anak muda yang tidak bersalah.
Insiden yang berlaku kira-kira jam 12.16 pagi Ahad menyaksikan seorang penunggang motosikal, Muhammad Annas Iskandar Mohd Khairi, 21, meninggal dunia di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya dirempuh van jenis Toyota Hiace dipandu lelaki berusia 44 tahun bersama penumpang wanita berusia 20 tahun yang dilihat melanggar lampu isyarat merah yang bergerak dari arah Senawang menuju ke Bahau.
Anak Dirempuh Van Langgar Lampu Merah Di Senawang
Dalam pada itu menurut bapa tirinya,Rosli Mohd Yusof, 52, ketika kejadian arwah dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membantu bapa saudara berniaga di Taman Panchor Jaya.
“Anak beritahu ‘abang kemalangan’ dan kepalanya teruk, tetapi dia tidak maklumkan sudah meninggal dunia. Saya dan isteri dari rumah bergegas ke lokasi, namun tidak sempat ‘jumpa’ arwah,” katanya.
Jelasnya, Muhammad Annas sedang menyambung pengajian di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), Bangi, Selangor dan bekerja sambilan setiap hujung minggu.
“Dia anak kedua dari empat beradik dan seorang yang baik serta tidak pernah buat masalah. Sehari sebelum kejadian, kami ada pergi makan bersama dan waktu itu arwah tidak menunjukkan sikap pelik. Tapi saya boleh cakap, dia memang anak yang baik,” katanya yang ditemui selepas pengebumian anaknya itu.
Ads
Raungan Ibu Undang Sebak
Dalam satu video dikongsi orang awam, kelihatan ibunya meraung dan hanya mampu menyebut Ya Allah sambil dipeluk suami yang cuba menenangkannya selepas dimaklumkan anaknya terlibat dalam kemalangan tersebut di mana ketika itu arwah Anas sudah tidak bernyawa lagi.
Rakaman daripada kamera papan pemuka kenderaan di lokasi turut jelas menunjukkan sebuah kenderaan melanggar lampu isyarat merah sebelum merempuh motosikal yang baru sahaja bergerak keluar dari simpang terbabit.
Ads
Salah seorang adik Allahyarham terpaksa ditenangkan oleh ahli keluarga ketika di Unit Perubatan Forensik Hospital RembauRosyu, ibu arwah (berkaca mata) bersama anak-anak dan ahli keluarganya di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kemalangan terbabit membabitkan sebuah van yang menghala ke Paroi dengan sebuah motosikal.
“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu van dipercayai gagal berhenti di lampu isyarat merah lalu melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah sebelah kiri,” katanya dalam satu kenyataan.
Akibat kemalangan, beliau berkata, penunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR berumur 20 tahun yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi.
“Pemandu dan penumpang van tidak cedera. Mayat penunggang motosikal yang maut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Rembau,” katanya.
Ads
Mohamad Hatta memaklumkan pemandu van ditahan untuk siasatan lanjut dan ujian kandungan alkohol dalam badan mendapati keputusan negatif.
Insiden ini menyerupai kemalangan maut melibatkan pamandu Honda Jazz melanggar isyarat lampu merah dan meragut nyawa tiga sekawan di Persiaran Senawang 1, Matahari Heights, Negeri Sembilan.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kecantikan wajah bagi seorang wanita merupakan satu perkara yang subjektif. Wanita mempunyai wajah cantik dinilai dalam pelbagai perkara termasuklah dengan penggunaan teknologi terkini.
Supermodel terkenal Bella Hadid dinobatkan sebagai wanita tercantik di dunia, menurut kajian Greek Golden Ratio of Beauty Phi.
Menurut kajian itu, wajah Hadid, 23, mencapai hampir 94.35 peratus tahap kesempurnaan Golden Ratio menjadikannya paling dekat dengan ‘idea kesempurnaan Greek purba’.
Kecantikan Bella Hadid dikatakan hampir sempurna dengan ‘idea kesempurnaan Greek purba’.
Kajian Pakar Bedah Plastik
Dapatan itu merupakan sebahagian daripada kajian yang dijalankan Pakar Bedah Plastik Dr Julian De Silva yang membuat penilaian khusus terhadap mata, bulu kening, hidung, bibir, dagu, rahang serta bentuk muka beberapa selebriti wanita terkemuka.
Dalam kajian itu, Beyoncé mendapat tempat kedua diikuti Amber Heard dan Ariana Grande.
De Silva berkata, The Golden Ratio itu merupakan persamaan matematik yang dicipta oleh orang Greek dalam usaha menilai kecantikan wajah sebenar.
Pakar Bedah Plastik Dr Julian De Silva
Menerusi status di Instagram beliau, De Silva menjelaskan bagaimana persamaan itu berfungsi.
Menurutnya, persamaan itu mula digunakan sejak zaman Kebangkitan Greek di mana artis akan menggunakan ratio daripada kaedah persamaan matematik sebagai sejenis bantuan dalam menentukan kecantikan wajah.
Meskipun usia masih muda, namun pasangan remaja ini mempunyai alasan yang tersendiri, memohon pendaftaran perkahwinan. Takut tidur seorang antara alasan pasangan remaja berusia 14 dan 15 tahun di daerah Bantaeng, Sulawesi Selatan di Indonesia ini untuk berkahwin pada usia muda.
Pasangan berkenaan yang tidak dinamakan dan masih bersekolah menjadi tular di media sosial selepas mereka mendaftarkan untuk berkahwin baru-baru ini. Surya.co.id melaporkan, pasangan itu datang ke Pejabat Hal Ehwal Agama Daerah Bantaeng Khamis lalu untuk mengikuti Kelas Bimbingan Perkahwinan dan mendapatkan pendaftaran perkahwinan.
Media tempatan sebelum ini melaporkan, permohonan perkahwinan pasangan itu pada mulanya ditolak kerana usia mereka terlalu muda tetapi selepas membuat rayuan di Mahkamah Agama Bantaeng, permohonan mereka diluluskan.
Usia Minimum Berkahwin
Menurut undang-undang di Indonesia, usia minimum untuk berkahwin bagi perempuan adalah 16 tahun, sementara lelaki 19 tahun.
“Pernikahan mereka yang sepatutnya berlangsung hari ini (semalam) terpaksa dibatalkan.
“Tapi jangan risau mereka tetap boleh berkahwin.
“Mengikut peraturan, 10 hari selepas membuat permohonan kepada pejabat agama barulah mereka boleh bernikah.
“Ini baru masuk hari kelima. Diminta bakal suami bersabar ya,” kata jurucakap Jabatan Agama Bantaeng, Mahdi Bakri semalam.
Ketika ditanya alasan mahu berkahwin, remaja perempuan itu berkata, dia bukan dipaksa kerana berbadan dua, tetapi keinginan mereka sendiri.Selain itu dia turut memberitahu takut tidur seorang kerana sering ditinggalkan sendirian di rumah selepas ibunya meninggal dunia dan bapanya kerap ke luar daerah untuk urusan perniagaan.
Selamat Pengantin Baru diucapkan, semoga perkahwinan berkekalan hingga ke akhir hayat.
“Isyh, payahlah nak masak nasi camni, dia suka makan beras lain pastu kita pula suka beras lain.”
Inilah jadinya kalau selera tak sama. Tetapi mak-mak jangan risau ya, ada caranya lebih mudah malah hasilnya nasi lagi helookk!
Ikut cara Puan Arwina Mansor, cuma perlu kukus nasi. Nak panaskan nasi pun cuma kukus balik. Settle.
Cara Masak nasi Kukus
Ada sorang kawan kata, susahlah nak masak nasi sekarang. Mak nak beras perang, kami tak suka. Takkan tiap kali nak masak dua periuk.
“Alamak dik.. Senang je.. Kami di rumah dah lama masak nasi kukus. Senang je, tiap sorang satu mangkuk. Sedas je masak. Tak sampai sejam. Nasi cantik. Takde kerak. Gebu…”
Saya tunjuk, saya masak 3 jenis beras. Beras wangi, beras perang dan beras siam. Nak senang lagi. Pakai mangkuk lain-lain jenis. Senang kenal nasi siapa punya. Bunyi ting. Semua orang dapat makan nasi kegemaran.
Ok.. Sebab ramai pula tanya soalan yang sama. Saya beritahu sini.
Kalau nak nasi macam biasa. Letak beras yang dah dibasuh 3/4 dari mangkuk dan letak air penuh mangkuk.
Jadi nasi akan naik ke atas. Bila dah masak… Kalau nak nasi tu lembik, letak beras 1/4 @ 1/2, buh air penuh. So nasi akan lembik sikit. Senang nak tenyeh bagi baby makan.
Nak masak pun tak lama. Dalam 20min-40min. Bergantung kepada jenis pengukus dan kuantiti. Tapi.. Saya suka biar je dia kukus lama. Sampai waktu makan. Panas-panas kan sedap!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Datuk Aaron Aziz terkejut & kecewa! Sebelum ini heboh tentang konflik antara keluarga Aaron dan pempengaruh media sosial, Sharina Richiei ianya bermula selepas tular...