Anak Bujang Hadiahkan Tudung Saji Moden Bertingkat, Meja Bertukar Kemas Tersusun

Share

Memang teruja pun tengok tudung saji moden bertingkat ini. Perkongsian ibu ini mendapat ratusan komen dari netizen yang teruja nak beli juga tudung saji moden bertingkat ini.

Kata ibu bernama Zaza Zalina ini, “anak bujang belikan mamanya tudung saji bertingkat. Tudung saji moden katanya. Kira ok jugak untuk jimat ruang atas meja makan. Senang nak kemas.”

Beli di shoppee katanya.

Maaf saya tak tahu nama benda ini ya.” Hasil pemerhatian MW di shoppe tudung saji ini dinamakan ‘Stackable Food Cover Tudung Saji’ dan dijual antara harga RM29 ke RM99.

Saiz tudung saji moden bertingkat ini tak besar mana. Jadi, “dalam ini boleh letak mangkuk atau piring yang bersaiz sederhana saja. Kalau saiz pinggan makan, ianya tak muat

.”

Kenapa Tudung Saji Moden Bertingkat Ni Menarik

Sebenarnya banyak kelebihan guna tudung saji moden bertingkat ini. Antara yang MW boleh disenaraikan.

1. Jimat ruang meja makan. Lagi-lagi jenis meja makan bersaiz meja kopitiam tu.
2. Lebih kemas kerana makanan dalam pinggan bersusun cantik secara bertingkat.
3. Senang nak tengok lauk. Jadi boleh susun ikut lauk mana yang jadi favourite keluarga. Jadi takdelah lebihan makanan dibazirkan.
4. Lalat ke semut tak masuk. Sebab tudung saji jenis ini tertutup rapat.
5. Ada lubang udara, jadi wap makanan tak berkumpul dan makanan kekal segar.
6. Bebas BPA dan senang nak cuci.

Cuma..

1. Bekas ini dari jenis plastik, ringan. Jadi kalau ada anak kecil sedang melasak tu.. kena letak tempat tinggi lah ya.
2. Mak-mak jenis tak berapa nak rajin, akan rasa satu kelecehan sebab nak kena buka satu-satu.

Jadi, apa pilihan lain yang mak-mak boleh buat nak jimatkan ruang meja makan tapi tak nak guna tudung saji tradisional yang bersaiz besar tu.

Idea Simpan Makanan Atas Meja Makan

Boleh cuba, tengok bekas makanan jenis macam ini untuk jimatkan ruang meja makan. Bila tersusun cantik, anak-anak pun seronok nak ambil makanan dan menikmati setiap air tangan mak.

Bekas Tupperware Cantik Bertutup

– Boleh juga disusun bertingkat. Ada macam-macam jenis yang mak-mak boleh pilih. Harganya sedikit mahal sesuai dengan kualiti produk.

– Barangan tupperware ini memang ada peminat tersendiri di kalangan mak-mak. Sangat eksklusif sampai suami seram nak pinjam. Anak-anak pun sama, cukup susah hati bila tertinggal waima botol air dekat mana-mana. Jadi.. jangan nak cari pasal dengan bekas tupperware mak-mak ni nanti.

Bekas Kaca Dengan Penutup Jenis Plastik Kedap Udara

– boleh ambil yang sama saiz, jadi cantiklah jika disusun bertingkat. Cumanya makanan tak bolehlah letak waktu panas-panas. Kena keluarkan habis wap makanan dulu, untuk elak makanan cepat basi.

– Sebaiknya pilihlah, bekas itu dari jenis kaca. Lebih selamat jika nak letak makanan yang tengah panas tu.

– Mudah dah nak cari, dekat Ikea ada, pasaraya besar pun ada. Lagi mudah beli online dekat Shoppe atau Lazada.

Bekas Plastik Bertutup

– Sebaiknya carilah yang bebas BPA iaitu jenis plastik yang selamat untuk digunakan oleh mak-mak. Rujuk sini cara nak cari bekas plasktik selamat untuk digunakan.

– bekas ‘tipuware’ ini selalunya jadi pilihan mak-mak sebab mudah nak urus. Kalau rosak pun tak adalah ralat sangat.

Lain-lain..

Bentuk tudung saji tradisional yang dimodenkan rekaannya.
Mangkuk casserole ini pun cantik buat susun makanan atas meja. Cuma harganya yang mahal, buat mak-mak jadi sayang nak guna.

Sumber/Foto : Zaza Zalina *diterbitkan dengan keizinan daripada penulis.

IKLAN