Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkesempatan meluangkan waktu hadir pada majlis khatam al-Quran anaknya Maryam Fadhilah Mohd Fadzli di sebuah sekolah menengah di ibu negara di sini, pada Selasa lalu.
Beliau yang hadir bersama suami mengucap syukur dan berkongsi kejayaan anaknya itu menerusi Facebook peribadinya.
“Masya-ALLAH Tabarak-ALLAH. Syahdu sungguh oemma pagi ini. Anakanda yang dilahirkan pada 1 Muharam dan tinggi iltizam untuk menyelesaikan hafazan 30 juzuk pada tarikh kelahirannya. Alhamdulillah, Allah permudahkan.
Ads
“Selesai sudah Majlis Khatam 30 juzuk anakanda Maryam Fadhilah. Allahuma bariklaha!,” katanya
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada kepada semua asatizah dan rakan-rakan Maryam yang telah memungkinkan Maryam selesai menamatkan 30 juzuk dan juga doa serta sokongan keluarga di sepanjang tempoh Maryam menghafaz.
Ads
“Berat amanah sebagai Hamalatul Quran ini, dan oemma doakan urusan Maryam sentiasa dipandu pedoman al-Quran.
Ads
“Selesai anak hafizah, sekarang masa untuk beri tumpuan kepada anakanda aliran DLP pula! Ramai anak, begitulah semua anak ada dalam aliran kebangsaan KPM. Semua jadi internal audit oemma,” katanya.
Fadhlina juga berdoa semoga anak-anak muslim Malaysia ini terus diberikan ruang untuk menitip sisi potensi holistik kemanusiaan dan mengangkat darjat karamah insaniyyah.
RATU Denmark Margrethe II mengumumkan bakal menuruni takhta secara rasmi pada tanggal 14 Januari, selepas 52 tahun memerintah negara Nordik tersebut.
Baginda yang kini berusia 83 tahun merupakan pemerintah monarki paling lama di Eropah apabila mula menaiki takhta pada tahun 1972.Baginda membuat pengumuman mengejut itu di kaca televisyen secara langsung ketika menyampaikan perutusan tahun baharu 2024 kepada 5.9 juta penonton pada Ahad lalu.
Keputusan itu diambil selepas mengambil kira pembedahan pada belakang yang dijalaninya pada awal tahun 2023. Takhta Denmark akan digantikan oleh anak sulung baginda, Putera Mahkota Frederik.
Saya telah memutuskan bahawa sekarang adalah masa yang sesuai. Pada 14 Jan 2024 – 52 tahun selepas saya menggantikan ayahanda tercinta, saya akan berundur sebagai Ratu Denmark.
“Saya menyerahkan takhta kepada anakanda saya, Putera Mahkota Frederik,” ujarnya.
Margrethe II menjadi ratu paling lama berkhidmat di Eropah selepas kematian sepupunya, Ratu Elizabeth II. Manakala sejak Julai 2023, Baginda menjadi ratu paling lama dalam sejarah Denmark.
Pada tahun 2022, Ratu Denmark ini telah melucutkan gelaran diraja kepada empat orang cucunya. Empat anak kepada anak bongsu Margrethe, Putera Joachim, yang tidak lagi dipanggil putera atau puteri sebaliknya Count atau Countess of Monpezat iaitu gelaran kelahiran mendiang suaminya, Putera Henrik, anak kelahiran Perancis.
Denmark merupakan sebuah negara yang berpegang kepada sistem raja berperlembagaan menjadikan pewaris takhta ialah Putera Mahkota, Frederik. Anak sulungnya, Putera Christian pada giliran seterusnya diikuti tiga anak Frederik. Margrethe diisytiharkan sebagai Ratu pada 15 Januari 1972, sehari selepas kematian bapanya, Raja Frederik IX.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Putera Mateen bergelar suami dengan sekali lafaz. Sah bergelar suami isteri! Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, Brunei hari ini.
Majlis akad nikah yang diadakan di masjid berkubah emas di ibu negara Brunei itu turut disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah yang turut berkenan menyaksikan majlis yang berlangsung dengan penuh istiadat diraja.
Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Brunei (RTB), dengan Putera Mateen, mengenakan busana serba putih.
Pada majlis akad nikah, kelihatan bapa pengantin diraja perempuan, Awang Adam Abdullah meminta Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Datuk Seri Paduka Setia Awang Salim menikahkan Dayang Anisha bersama pasangannya dengan mahar sebanyak $1,000 dolar Brunei (RM3,498).
Istiadat bersejarah itu dimulakan dengan awang-awang menyalakan Dian Empat sebagai lambang keunikan adat Istiadat Diraja Brunei.
Sebaik sahaja lafaz kabul disahkan, tembakan meriam sebanyak 17 das dilepaskan sebagai menandakan Istiadat Akad Nikah Diraja telah sempurna dan diakhiri dengan bacaan doa selamat.
Media melaporkan istiadat perkahwinan pasangan diraja itu akan berlangsung selama 10 hari, di mana ia telah dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.
Acara kemuncak iaitu Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja akan berlangsung di Istana Nurul Iman pada 14 Januari. Pasangan pengantin diraja kemudian akan menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan, manakala Majlis Persantapan Diraja dijadualkan pada 15 Januari ini.
Bersempena bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba, Think Quran (ThinkQuran.com) bersama Kumpulan Karangkraf melancarkan kempen #FahamKhatamAlQuran bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa al-Quran bukan sekadar dibaca tetapi perlu difahami dan dihayati maknanya.
Kempen tersebut dilancarkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Think Quran, Dato’ Abdul Radzeen Abdul Rahman. Turut hadir, Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamudin Yaacob dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff.
“Bulan Ramadan amat dinantikan setiap tahun oleh semua orang. Think Quran amat teruja untuk berkongsi bersama dengan sahabat yang lain berkenaan kaedah berkesan untuk memahami dan menghafal al-Quran.
“Dengan penghayatan yang lebih mendalam, saya berharap Think Quran dapat membantu kita melalui bulan puasa yang lebih barakah,” ujar Dato’ Abdul Radzeen ketika berucap bersempena melancarkan kempen berkenaan di Kumpulan Karangkraf.
Dalam pada itu menyentuh mengenai usaha sama Think Quran dan Kumpulan Karangkraf berhubung kempen ini, beliau berkata, pengalaman kumpulan itu dilihat akan dapat melahirkan masyarakat yang sayang dan cintakan kitab suci berkenaan.
“Saya melihat Karangkraf (menerusi Yayasan Warisan Ummah) merupakan organisasi yang berjaya melaksanakan perkara yang luar biasa contohnya menerusi Quran Time, World Quran Hour dan sebagainya. Saya lihat mempunyai visi yang sama dengan kami untuk membawa cahaya al-Quran kepada manusia,” jelasnya lagi.
Sementara itu, Datuk Hussamuddin Yaacub berkata, dengan kehadiran aplikasi berkenaan, usaha umat Islam untuk memahami kandungan al-Quran diharap dapat dipertingkatkan lagi.
“Dengan adanya kerjasama atau kolaborasi sebegini, ia lebih mudah direalisasikan,” ujar Datuk Hussamuddin.
ThinkQuran.com adalah satu kaedah mudah bagi mempelajari bahasa Arab al-Quran yang memang direka khusus buat umat Islam yang tidak ada sebarang bahasa Arab. Mempelajari bahasa Arab al-Quran dengan Think Quran sangat berbeza kerana Think Quran lebih memfokuskan kepada penguasaan kalimah-kalimah yang paling kerap berulang di dalam al-Quran.
Dengan lebih 300,000 pengguna di Malaysia, Singapura dan Indonesia, modul aplikasi Think Quran amat berkesan dalam menawarkan modul ringkas yang padat dalam masa yang singkat. Cara pembelajaran Think Quran yang agak santai kerana menggunakan telefon pintar, ia sangat efektif kerana ThinkQuran.com boleh mengenal pasti kalimah yang telah dipelajari mengikut tahap pembelajaran dan menyediakan modul latihan mengikut tahap kemampuan individu.
Aplikasi interaktif yang sesuai digunakan kanak-kanak mahupun orang dewasa ini membolehkan pembelajaran dan penghayatan al-Quran dapat diadakan di mana-mana sahaja untuk mengisi ruang masa ketika bulan Ramadan. Hanya dengan 15 minit sehari pengguna mampu mengukur prestasi secara kendiri dalam aplikasi.
Pengguna boleh mengakses kempen tersebut melalui laman web rasmi Think Quran, platform Sinar Harian, Karya Bestari, Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dan MyQuranTime di TV Digital.
Bersempena dengan pelancaran kempen ini Think Quran menawarkan satu set percuma ‘Al-Quran Amazing’ dengan setiap langganan seumur hidup pada harga RM399.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!