Inspirasi

Amyza Aznan Menangis Terima RM191,947, 73, Pak Nil Serahkan Sumbangan Orang Ramai Untuk Rawatan Adrian

Share

Amyza Aznan menangis terima RM191,947,73, Pak Nil serahkan kutipan sumbangan orang ramai untuk rawatan Adrian.

Pelakon Amyzan Aznan mengalirkan air mata saat menerima sumbangan orang ramai mencecah hampir RM200,000 bagi menampung kos rawatan kanser anak keduanya, Adrian Adam yang menghidap kanser tulang.

Amyza Aznan Menangis Terima RM191,947, 73

Amyza Aznan Menangis Terima RM191,947, 73. 

Tabung kutipan yang dibuka oleh pengacara versatil, Datuk Aznil Haji Nawawi bagi membantu kos perubatan Adrian Adam  berjaya mengutip  RM171, 947,73 hasil sumbangan dari orang ramai.

Tabung kutipan untuk rawatan Adrian dihentikan dan jumlah diterima mencecah hampir RM200,000

Selebihnya sebanyak RM20,000 datangnya dari Pak Nil sendiri bagi meringankan beban perubatan Adrian Adam yang kini berjuang dengan kanser tulang. Dalam tempoh 50 jam tabung kutipan ini dilancarkan, satu rekod tercipta apabila jumlah sumbangan dari orang ramai mencecah RM131,127,90.

Dari video yang dikongsi Pak Nil ketika penyerahan sumbangan tersebut, jelas Amyza seakan tergamam selain menolak wang tersebut kerana khuatir pandangan orang ramai kerana jumlahnya agak besar. Malah Amyza terkilan apabila ada komen dari orang ramai yang mengatakan mengapa dirinya tidak melakukan sedemikian terhadap anak sulungnya, arwah Andre Mikhail Khairil Izhar yang meninggal Februari lalu.

Pak Nil Serahkan Sumbangan Orang Ramai Untuk Rawatan Adrian

Namun seperti ditegaskan oleh Pak Nil, sumbangan dari orang ramai ini adalah bagi memastikan Adrian menerima rawatan terbaik untuk kanser tulang dihadapinya.

 

View on Threads

 

Malah Datuk Aznil turut menunjukkan baki akaunnya yang telah kosong, tanda segala sumbangan dan kutipan dari orang ramai telah diserahkan sepenuhnya kepada Amyza bagi membiayai rawatan anaknya.

Pernah diuji  kehilangan anak sulung akibat kanser paru-paru,  kehidupan Amyza tidak terhenti apabila anak keduanya pula disahkan mengidap kanser tulang. Semoga dipermudahkan bagi rawatan dan kesembuhan anaknya.

 

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros