Berita

Amyza Aznan Keluarkan Anak Dari Hospital, Diminta Bersedia Dengan Sebarang Kemungkinan Yang Bakal Berlaku

Share

Amyza Aznan keluarkan Anak dari hospital, diminta bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Namun pelakon wanita, Amyza Aznan merayu agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesihatan anak sulungnya, Andre Mikhail yang difahamkan semakin kritikal di Hospital Kuala Lumpur disebabkan kanser paru-paru.

Amyza Aznan Keluarkan Anak Dari Hospital

Menerusi hantaran InstaStory, Amyza, 51, mencari mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif bagi membantu meyelamatkan nyawa putera tercinta.

“Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya ibu kepada Andre Mikhail sekarang berada di hospital.

“Tolong doakan anak saya. Kepada sesiapa yang pandai tolong ikhtiar dengan mungkin apa sahaja perubatan.

“Sesiapa yang pandai perubatan alternatif ke jarak jauh, saya perlu bantuan anda sekarang. Tolong!”

katanya dalam InstaStory.

Diminta Bersedia Dengan Sebarang Kemungkinan Yang Bakal Berlaku

Lebih memilukan, pelakon drama Bawah Payung Awan itu mendedahkan bahawa pihak hospital meminta ahli keluarga untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

“Doktor suruh keluarga bersedia. Ya Allah, tolonglah kepada sesiapa yang bijak, pandai dan hebat dalam bidang selain hospital,” ujarnya lagi.

Tahun lalu, Amyza mengesahkan Andre, 20, yang juga anak sulungnya menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Apa yang lebih mengejutkan ramai, pada Ramadan pertama dia sekali lagi diuji dengan perkhabaran menyayat hati apabila anak keduanya, Adrian Adam pula disahkan menghidap kanser tulang.

Sumber gambar: Amyza Aznan

Published by
Nadia