Ads

Amyza Aznan Keluarkan Anak Dari Hospital, Diminta Bersedia Dengan Sebarang Kemungkinan Yang Bakal Berlaku

Amyza Aznan

Amyza Aznan keluarkan Anak dari hospital, diminta bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Namun pelakon wanita, Amyza Aznan merayu agar seluruh rakyat Malaysia mendoakan kesihatan anak sulungnya, Andre Mikhail yang difahamkan semakin kritikal di Hospital Kuala Lumpur disebabkan kanser paru-paru.

Amyza Aznan Keluarkan Anak Dari Hospital

Menerusi hantaran InstaStory, Amyza, 51, mencari mana-mana pihak yang mempunyai kepakaran dalam perubatan alternatif bagi membantu meyelamatkan nyawa putera tercinta.

Ads

“Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya ibu kepada Andre Mikhail sekarang berada di hospital.

“Tolong doakan anak saya. Kepada sesiapa yang pandai tolong ikhtiar dengan mungkin apa sahaja perubatan.

“Sesiapa yang pandai perubatan alternatif ke jarak jauh, saya perlu bantuan anda sekarang. Tolong!” katanya dalam InstaStory.

Ads

Diminta Bersedia Dengan Sebarang Kemungkinan Yang Bakal Berlaku

Amyza Aznan Keluarkan Anak Dari Hospital, Diminta Bersedia Dengan Sebarang Kemungkinan Yang Bakal Berlaku

Lebih memilukan, pelakon drama Bawah Payung Awan itu mendedahkan bahawa pihak hospital meminta ahli keluarga untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

Ads

“Doktor suruh keluarga bersedia. Ya Allah, tolonglah kepada sesiapa yang bijak, pandai dan hebat dalam bidang selain hospital,” ujarnya lagi.

Tahun lalu, Amyza mengesahkan Andre, 20, yang juga anak sulungnya menghidap kanser paru-paru tahap tiga.

Apa yang lebih mengejutkan ramai, pada Ramadan pertama dia sekali lagi diuji dengan perkhabaran menyayat hati apabila anak keduanya, Adrian Adam pula disahkan menghidap kanser tulang.

Sumber gambar: Amyza Aznan

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

kak lom

Kak Lom Bida RM23,000 Demi 2 Tapak Bazar Ramadan Idaman, Yakin...

Seorang peniaga wanita dikenali sebagai Kak Lom (Arsyalieza Arsad) mencuri perhatian apabila sanggup membida sebanyak RM23,000 bagi mendapatkan dua tapak bazar Ramadan yang menjadi pilihannya. Bagi...