Kekeluargaan

Amir Ukays & Isteri Terkilan Tak Dapat Teruskan Perjalanan Ke Tanah Suci, Jadi Antara 82 Mangsa ‘Pakej Haji Percuma’

Share

Amir Ukays & isterinya Sarimah Ahmad terkilan tak dapat teruskan perjalanan ke tanah suci. Setiap tahun, ribuan umat Islam di Malaysia menyimpan impian untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Namun, siapa sangka, di sebalik keghairahan mengejar pahala ibadah haji, ada yang terperangkap dalam jerat penipuan.

Begitulah nasib yang menimpa penyanyi terkenal, Amir Ukays dan isterinya, apabila mereka terkandas di KLIA gara-gara menjadi mangsa tawaran haji percuma menggunakan visa Mujamalah.

Amir Ukays & Isteri Terkilan Tak Dapat Teruskan Perjalanan Ke Tanah Suci

Amir dan isterinya, telah menerima tawaran untuk menunaikan haji secara percuma yang kononnya dibiayai oleh seorang dermawan yang tidak mahu dikenali. Mereka diberikan surat tawaran oleh sebuah agensi pelancongan, lengkap dengan tarikh dan butiran penerbangan. Namun, setelah menunggu di KLIA pada waktu yang dijanjikan, tiada wakil agensi yang muncul, dan pasport serta visa yang dijanjikan tidak diserahkan. Kumpulan WhatsApp yang pada mulanya aktif mula dikawal ketat, dengan hanya admin yang boleh membuat hantaran .

Amir dan isterinya hanya menyedari mereka telah ditipu apabila tiada seorang pun wakil agensi hadir di KLIA, dan komunikasi dalam kumpulan WhatsApp menjadi terbatas. Mereka telah membuat laporan polis pada 3 Jun, dan setakat ini, tujuh laporan telah diterima oleh pihak berkuasa berkaitan kes ini. Siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan .

Kes ini bukanlah yang pertama melibatkan penipuan visa Mujamalah. Visa Mujamalah adalah kurniaan rasmi kerajaan Arab Saudi kepada individu atau agensi tertentu dan bukan visa yang boleh dijual secara bebas. Tabung Haji mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan tawaran haji menggunakan visa Mujamalah, terutamanya yang dipromosikan melalui media sosial oleh pihak yang tidak sah.

Menurut Amir dua minggu sebelum berlepas, dirinya dan isteri dilarang untuk pergi atau menghubungi ejen yang menguruskan perjalanan kami ke Tanah Suci.

“Selain surat panggilan, kami turut dimaklumkan akan menggunakan visa Mujamalah iaitu pakej VVIP, menaiki pesawat sewa khas, dan semua kos serta perbelanjaan akan ditanggung oleh pihak penaja.

“Namun apabila disemak semula pada surat tawaran yang diterima, nama kami hanya dicalonkan dan bukannya disenaraikan sebagai jemaah yang telah terpilih. Perkara ini hanya disedari selepas kami membuat semakan bersama pihak berkuasa,” ungkap Amir seperti mana dipetik menerusi Sinar Harian.

Malah Amir dan isteri juga menyatakan mereka menjadi mangsa penipuan pakej haji oleh pihak tidak bertanggungjawab. Difahamkan bahawa seramai 80 jemaah lain turut dipercayai terperdaya dengan pakej haji yang ditawarkan menerusi visa Mujamalah tersebut.

Pihak Bertanggungjawab Tidak Kelihatan Di Balai Pelepasan

Amir juga menerangkan dirinya dan isteri menerima tawaran berkenaan daripada seorang kenalan pada 9 April lalu. Manakala menerima surat tawaran pada 27 Mei dan dijadualkan berlepas ke Jeddah pada 1 Jun.

Namun pihak yang bertanggungjawab menguruskan jemaah tidak kelihatan di balai berlepas dan pasport mereka dipegang oleh beberapa individu tertentu.

“Sehingga ke hari terakhir yang dijanjikan untuk berlepas pada 3 Jun (Selasa), pihak pengurusan masih tidak muncul, dan pasport kami masih berada dalam simpanan mereka,” sambunya yang turut telah membuat semakan dan mendapati pesawat yang dimaksudkan memang wujud.

Sumber : Sinar Harian

Baca Disini : Nora Danish Reda Belum Ada Rezeki Tunai Haji Tahun Ini, “Mungkin Tahun Depan Bersama Suami Baharu, Insya-Allah”

Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.

Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.

“Wanita dicipta Allah dari tulang rusuk yang berdekatan dengan hati untuk disayangi dan dicintai” Ustaz Don Daniyal kongsi nasihat dan doa buat para isteri yang berhadapan masalah rumah tangga. Paling penting wahai para isteri jika masalah kamu melibatkan keganasan bukan hanya berdoa sahaja tapi laporlah pada polis segera! Sayangilah diri anda dahulu! Jangan biarkan diri hidup dalam tekanan.
Pelakon veteran Normah Damanhuri atau lebih mesra dengan sapaan Mak Normah mendedahkan dirinya tak pernah ‘engkaukan’ anak-anak. Malah ayat yang keluar dari mulutnya sangat berlapik dan penuh sopan santun hingga anak-anak sangat menghormati dirinya. Malah sejak anak-anak kecil Mak Normah sangat manjakan anak-anak hinggakan hubungan antara mereka sangatlah akrab.

 

Published by
Norhayati Suboh