Tak payah buang duit beli pil kurus, nak perut kempis amalkan minum air lemon + halia. Minum air ni setiap pagi masa perut kosong, seminggu dah nampak hasil. Bagi yang ada masalah ‘membuang’, elok amalkan senang je ke tandas.

Baca sini

https://www.mingguanwanita.my/lulur-kunyit-hidup-petua-bidan-orang-asli-hilangkan-lemah-badan/

https://www.mingguanwanita.my/timun-letak-dalam-peti-ais-tempek-kat-muka-mujarab-hilangkan-blackhead/

https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en

Bahan-bahan:

1 biji lemon

IKLAN

2 inci halia

1 sudu madu

1 gelas air putih

 

IKLAN

Cara membuat:

  1. Basuh lemon bersih. Hiris dan perahkan lemon ke dalam segelas air putih. Air suam pun boleh, ikut taste masing-masing.
  2. Lepas tu, hiris halia nipis-nipis. Nak sedap boleh guna halia muda. Kemudian, masukkan ke dalam gelas tersebut.
  3. Akhir sekali masukkan madu dan kacau sehingga sebati. Gunakan madu asli ye, nak cedok madu tu pastikan sudu kayu atau plastik sebab nak jaga khasiat madu. Ini petua orang tua dulu.
  4. Amalkan minum air ini setiap pagi sebelum sarapan masa perut kosong. Bagi mak-mak yang ada masalah ke tandas, elok amalkan. Insya-Allah seminggu dah nampak hasil, badan rasa ringan dan perut beransur kempis.
  5. Musim PKP ramai mengeluh berat badan naik, jadi bolehlah cuba petua ni ye. Amalkan selalu, insya-Allah membantu.

Kebaikan Air Lemon + Halia

1-Membantu menurunkan berat badan secara alami. Jadi tak payah nak makan ubat kurus, guna cara alami sahaja. Murah, selamat dan jimat. Nak buat pun senang je.

IKLAN

2-Halia membantu membuang angin dalam badan.

3-Kombinasi halia, air, madu dan lemon dikatakan dapat membantu proses pelawasan. Ramai yang ada masalah ke tandas sampai terpaksa makan ubat lawas. Apa kata mak-mak try petua ini, mana tau kot sesuai.

4-Amalkan selalu, perut akan beransur kempis.

 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI