Alyssa Dezek Buktikan Sibuk Bukan Alasan Gagal, Raih 6A Dalam Percubaan SPM

Share

Penyanyi dan pelakon remaja berbakat besar, Alyssa Dezek kembali mencuri perhatian ramai, Kali ini bukan kerana nyanyian merdu atau lakonannya di layar kaca, tetapi kerana kejayaan akademik yang membanggakan.

Dalam peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, Alyssa memperoleh 6A, hasil kesungguhan dan bimbingan daripada kelas dalam talian, platform pendidikan digital yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR)

sebagai ‘Most Straight A SPM Students in a Tuition (2024)’.

Namun, di sebalik kejayaan itu, Alyssa tidak terlepas daripada kecaman segelintir netizen yang menuduh pencapaiannya disebabkan oleh “kabel” dan bukannya usaha sendiri.

Menjawab tohmahan tersebut, Alyssa tampil tenang dan matang, menegaskan bahawa kejayaan tidak mengenal alasan sebaliknya menuntut disiplin dan kesungguhan.

“Walaupun sibuk dengan penggambaran dan kerjaya seni, saya tetap cari masa untuk belajar. Saya nak buktikan bahawa kesibukan bukan alasan untuk gagal.

Alyssa berkata, dia tetap cari masa terbaik untuk belajar sekaligus ingin membuktikan kejayaan adalah milik semua orang.

“Walaupun sibuk dengan penggambaran dan kerjaya seni, saya tetap cari masa untuk belajar. Saya nak buktikan bahawa kesibukan bukan alasan untuk gagal.

Saya bersyukur sebab PTTI banyak membantu secara dalam talian, daripada markah yang tidak memuaskan, kini saya berjaya dapat A,” jelas Alyssa ketika ditemu bual oleh Pakar SPM PTTI, Sir Race.

Berbekalkan semangat juang dan tekad tinggi, Alyssa kini menyasarkan untuk memperoleh ‘straight A’ dalam peperiksaan SPM sebenar. Beliau terus melangkah bersama PTTI yang terkenal dengan pendekatan pembelajaran interaktif dan strategi menjawab soalan yang berkesan.

Untuk info, peperiksaan bertulis SPM 2025 akan berlangsung dari 25 November hingga 23 Disember 2025. Peperiksaan lisan (bertutur dan mendengar) serta ujian amali telah dijadualkan pada November 2025.

Tarikh-tarikh ini tertakluk kepada perubahan, jadi calon dinasihatkan untuk sentiasa merujuk jadual waktu rasmi daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) atau Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 

Follow kami di TELEGRAMINSTAGRAMTIKTOKFACEBOOKTWITTER dan YOUTUBE

Published by
Rosmah Idayu