Kekeluargaan

Almy Nadia Nak Turunkan Berat Badan, Fizz Fairuz Tak Izin – “Ma Janganlah Kurus Sangat, Nanti Tak Sedap Peluk”

Share

Almy Nadia nak turunkan berat badan, Fizz Fairuz tak izin – “Ma janganlah kurus sangat, nanti tak sedap peluk. Pelakon terkenal Datin Almy Nadia mendedahkan bahawa beliau sebenarnya menyimpan keinginan untuk menurunkan berat badan.

Almy Nadia Nak Turunkan Berat Badan, Fizz Fairuz Tak Izin – “Ma Janganlah Kurus Sangat, Nanti Tak Sedap Peluk”

Bagaimanapun niat itu terpaksa diketepikan buat sementara waktu kerana belum mendapat lampu hijau daripada suaminya, Datuk Fizz Fairuz.

Menurut Almy, atau nama penuhnya Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah yang kini berusia 40 tahun, suaminya tidak menggemari perubahan drastik pada bentuk fizikalnya, khususnya jika terlalu kurus, kerana baginya, ia mengurangkan daya tarik isterinya.

“Kadang-kadang suami saya ni kelakar juga. Dia kata, ‘Ma, janganlah terlalu kurus, tak sedap nak peluk nanti.’

“Dia memang tak suka kalau saya jadi terlalu ramping, katanya kalau saya jadi ‘sekeping’, dah tak cantik lagi,” kongsi Almy menerusi satu video di TikTok.

Halangan Penyusuan Dan Sokongan Suami

Bintang drama Janji Jaskina itu turut menjelaskan bahawa selain pandangan suaminya, faktor penyusuan anak juga menyumbang kepada kesukaran untuk beliau kembali langsing pada masa ini.

“Suami ada cakap, nak kurus boleh, tapi tunggulah anak-anak besar dulu. Sekarang ni anak masih menyusu,” katanya.

“Kalau anak masih menyusu, saya memang cepat naik berat badan sebab selera makan pun bertambah.”

Perkongsian santai Almy di platform media sosial itu mengundang pelbagai komen daripada warga maya yang rata-ratanya terhibur dengan gelagat pasangan suami isteri tersebut, serta memuji kejujuran dan kasih sayang yang ditunjukkan Fizz Fairuz.

Antara komen yang mencuri tumpuan:

“Comel sangat pasangan ni. Tak semua lelaki suka isteri terlalu kurus. Almy memang bertuah.”

“Fizz Fairuz memang jenis suami yang menghargai kecantikan semula jadi isteri. Sweet sangat!”

Untuk rekod, Almy dan Fizz telah mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014. Fizz Fairuz dan Almy Nadia sudah dikurniakan lima orang anak perempuan iaitu Nur Afrina Arianna,10, Nur Afrina Aurora,9, Nur Afrina Ayra,7, Nur Afrina Aisyah, 4 dan Nur Afrina Alisya, 1 tahun.

Pasangan ini turut membesarkan seorang anak angkat bernama Nur Afrina Darwisyah yang kini berusia 16 tahun.

Kredit foto: Instagram Almy Nadia

Baca artikel lain juga: Fizz Fairuz Umum Timang Bayi Perempuan Kelima Bayi Lahir Lebih Dua Minggu Awal

Fizz Fairuz Kongsi Berita Gembira, Alhamdulillah, Wife Saya Selamat Melahirkan Anak Kelima

 

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

 

 

Published by
Has