Berita

Allahyarham Adli Hakim Akberdin Rancang Nikah Tahun Depan, Bakal Isteri Turut Parah Dalam Tragedi

Share

Sudah tiba ajalnya, mangsa kemalangan iaitu allahyarham Adli Hakim Akberdin, 24, dikatakan merancang untuk bernikah selepas menamatkan pengajiannya dalam jurusan undang-undang tahun depan.

Allahyarham Adli Hakim Akberdin Rancang Nikah Tahun Depan

Lebih memilukan, pasangan yang bakal menjadi isterinya juga parah dalam tragedi itu iaitu Athirah Najwa Mohd. Tajul Ashikin, 27.

Baca Artikel: “Adik Meninggal Depan Mata Saya, Abang Dedah Detik Pilu Saksi Kemalangan Maut 3 Pelajar UIA

Menerusi Astro Awani, bapa mangsa yang juga peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader, 62, berkata anak kelima daripada tujuh beradik itu menyatakan hasrat mahu mendirikan rumah tangga selepas graduasi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.

“Arwah yang juga pelajar tahun akhir Sarjana Muda Undang-Undang itu merancang bertunang dan bernikah dengan Athirah yang turut saya kenali sejak beberapa tahun lalu.

Bakal Isteri Parah Dalam Tragedi

Akberdin berkata, keluarganya akan terus mendoakan kesembuhan wanita itu yang dilaporkan sudah sedar daripada koma dan mula bertanyakan mengenai kejadian berkenaan.

Menurut perkongsiannya, dia memang amat mengenali gadis itu kerana dia adalah kawan baik anaknya sejak tiga atau empat tahun lepas.

“Ternyata Allah lebih menyayangi beliau dan berharap Athirah yang parah segera diberi kesembuhan,” katanya sebak ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.

Adli Hakim antara tiga pelajar lelaki UIAM yang maut manakala seorang lagi parah selepas kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan di Kilometer 34 Lebuhraya Karak, kira-kira pukul 2.15 pagi tadi.

Sekadar info, jenazah Allahyarham Adli Hakim selesai menjalani proses bedah siasat dan dibawa ke Masjid Seksyen 7 untuk dimandikan, dikafankan dan disolatkan oleh ratusan jemaah sebelum disemadikan pada 6.05 petang semalam.

Published by
Nadia Mohamad