“Alhamdulillah Syukur, Terima kasih Mak Abah & Famili Sentiasa Mendoakan Dayah & Hamzah”

Share

Sebentar tadi balu kepada Allahyarham Abam Bocey, Nor Hidayah Mohd Ali atau lebih dikenali dengan panggilan Hidayah telah mengucapkan rasa bersyukur menerusi entri di akaun Instagram.

 

“Alhamdulillah syukur.
“Selesai urusan untuk hari ini. Terima kasih mak abah & family yang sentiasa mendoakan Dayah & Hamzah, terima kasih juga kepada semua yang sentiasa support dan doakan dayah.”

Artikel berkaitan: Hidayah Ingat Pesan Arwah Abam “Allah Sentiasa Ada, Kesedihan Tak Perlu Ditunjuk-Tunjuk”

Hidayah meluahkan perasaan tersebut seusai prosiding tuntutan faraid dan hadanah (hak penjagaan anak) di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Urusan Faraid Dapat Diselesaikan

“Alhamdulillah, urusan faraid dapat diselesaikan. Saya sangat berpuas hati dengan keputusannya. Pihak sebelah sana juga akan mendapat bahagian mereka.

“Antara harta yang difaraidkan adalah rumah, kereta, wang tunai dan barangan peribadi arwah seperti jam tangan, kamera dan telefon.

“Walaupun pihak di sebelah sana tidak hadir, namun, ia tidak mengganggu proses mahkamah kerana semua bahagian (faraid) sudah ditetapkan,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian Online.

Bersama ibu dan ayah tercinta.

Mahkamah Tetapkan Oktober Depan Tarikh Baharu

Malah pada prosiding yang dijalankan secara tertutup itu, ibu mentua Hidayah, Sabariah Arshad tidak dapat hadir ke mahkamah berhubung kes tuntutan hak penjagaan anak, Nor Hidayah berkata, mahkamah menetapkan Oktober depan sebagai tarikh baharu.

Sumber: https:https://www.bharian.com.my/
Sumber Foto: Instagram Hidayah Abam
Bagi mendapatkan lebih banyak kisah menarik sila ke Instagram: https://www.instagram.com/mingguanwanita/

IKLAN