Berita Sosial

Aktiviti Joging Bertukar Jadi Tragedi, Remaja Perempuan 15 Tahun Dir*gol

Share

Menakutkan golongan wanita, kali ini aktiviti joging pada waktu pagi oleh dua beradik bertukar tragedi apabila seorang daripadanya, remaja perempuan berusia 15 tahun dipercayai disamun dan dir*gol oleh seorang lelaki tidak dikenali di Palekbang.

Aktiviti Joging Bertukar Jadi Tragedi

Mangsa ditemui dalam keadaan cedera berhampiran kawasan semak oleh seorang orang awam kira-kira jam 11 pagi sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Nenek mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Rokiah berkata, cucunya keluar dari rumah bersama adik lelakinya berusia 10 tahun untuk bersenam pada awal pagi.

Katanya, kanak-kanak lelaki itu terpisah daripada kakaknya ketika berjoging sebelum pulang ke rumah selepas gagal menemuinya.

“Cucu lelaki saya beritahu dia penat lalu tertinggal di belakang ketika berjoging. Dia mencari kakaknya tetapi tidak jumpa.

“Menyangka kakaknya sudah pulang ke rumah, dia balik bersendirian,” kata warga emas berusia 74 tahun ketika ditemui.

Remaja Perempuan 15 Tahun Dir*gol

Rokiah berkata, dia kemudian menerima panggilan daripada bapa mangsa kira-kira tengah hari yang memaklumkan remaja itu ditemui berhampiran kawasan semak.

“Berita itu benar-benar mengejutkan kami sekeluarga. Saya tidak dapat membayangkan apa yang berlaku kepada cucu saya.

“Dia seorang anak yang baik dan sangat taat kepada ibu bapanya. Saya berharap pihak yang bertanggungjawab akan dibawa ke muka pengadilan,” katanya.

Bekas penjual kuih itu berkata, keluarga menyerahkan sepenuhnya kes tersebut kepada pihak berkuasa dan berharap suspek dapat ditahan dalam masa terdekat.

Mangsa adalah anak kedua daripada tiga beradik kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tumpat Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie mengesahkan kes berkenaan.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Published by
Nadia Mohamad