Solat itu tiang agama, jadi sedari kecil lagi ibu bapa seharusnya pupuk minat anak untuk solat dengan apa cara sekali pun. Sebelum mak-mak bawa anak ke masjid, biarlah kita latih anak solat di rumah dahulu.

Biasakan anak-anak solat di rumah, biar dia peka apa yang boleh dan tidak boleh ketika solat. Perkara paling asas, ingatkan anak-anak bahawa solat adalah perkara terpenting yang dituntut agama.

Ajar Anak SOLAT Dari Rumah, Jadikan Solat Rutin & Sangatlah BEST
Ikuti perkongsian Wan Zawani Mustafa:

Kebanyakan ibu bapa hari ini struggle untuk bawa anak-anak kecil ke surau/masjid dalam usaha memupuk rasa cinta mereka pada masjid/surau, namun terpaksa berdepan dengan sifat mereka yang suka berlari dan bermain.
Sebelum itu, apa kata kita struggle juga untuk pupuk minat anak untuk solat dulu bermula di rumah.

Apa target ibu bapa?
+ menghidupkan rutin solat dalam diri anak-anak
+ menjadikan solat sebagai sesuatu yang disukai (enjoyable)
+ anak-anak memahami bahawa solat adalah kewajipan

IKLAN

Apa cabaran ibu bapa?
+ tidak mahu anak benci atau rasa tidak seronok untuk solat
+ tidak mahu anak menipu tentang solat

Ajar Anak SOLAT Dari Rumah, Jadikan Solat Rutin & Sangatlah BEST
Sedari kecil didik anak cintakan solat. (Sumber: Facebook Wan Zawani Mustafa)

5 Tip Dorong Anak Solat

1. Ibu bapa jadikan solat sebagai prioriti
Cuba kita imbas kembali, kenangan semasa kecil melihat ibu bapa kita sentiasa mengutamakan solat. Jiwa rasa tenang dan suka melihat situasi itu.
Apa akan jadi pada anak-anak kita, kalau mereka lihat kita menjadikan solat sebagai sesuatu yang stres, melambat-lambatkan solat selepas azan dan kadang-kadang termiss solat ketika dalam perjalanan?

IKLAN

Anak akan faham solat sebagai prioriti apabila kita ibu bapa MENGUTAMAKAN SOLAT. “Dah azan, ibu kena solat sekarang, Allah dah panggil ibu!”
Apa yang kita lihatkan pada anak-anak adalah, SEMANGAT untuk disayangi Allah, keterujaan untuk melakukan kewajipan, komitmen yang tinggi terhadap ALLAH, Tuhan sekalian alam.

2. Tunjukkan kegembiraan dan keseronokan dalam mengingatkan anak tentang solat
Ibu bapa bangun awal pagi untuk persiap diri solat, mengaji, zikir dan sebagainya. Apabila ibu bapa lebih bertenang, ini adalah suatu yang mudah untuk kejut anak bangun solat subuh.
Dimulakan dengan suara yang lembut, doa atau ayat Quran di telinga mereka. Beserta sentuhan yang lembut di bahagian belakang mereka. Apabila anak dikejut atau diingatkan untuk solat dalam keadaan yang tenang dan baik, insya Allah mereka juga dapat solat dengan baik.
Kalau kita panggil anak terjerit-jerit untuk solat, hurmmmm….
Kita pun tak suka kalau diperlaku begitu, apa lagi anak.

IKLAN

3. Lukiskan kisah-kisah dalam al-Quran dan jalan cerita menarik tentang solat
Anak kecil suka mendengar cerita dan sukakan imej yang dilukis kerana ini akan meninggalkan kesan yang lama dalam minda mereka.
Cerita dengan penjelasan yang mudah difahami mereka.
Kenapa kita solat?
Untuk dapat redha Allah, untuk Allah sayang kita.
Allah jadikan solat special untuk manusia.

4. Penuh kesabaran dalam memberi galakan untuk anak solat
+ Ingatkan mereka dengan nada yang diterima
+ Galakkan mereka untuk azan
+ Galakkan solat berjemaah
+ Solat depan mereka, bentangkan sejadah mereka walaupun mereka tak mahu solat

5. Apabila anak solat, puji dan mendoakan mereka dengan nada yang didengari
Ini benda yang paling kami suka lakukan. Anak-anak juga cukup terkesan dengan cara yang ini. Kadang-kadang kita lupa doa bila mereka solat dan mereka akan ingatkan kami untuk doa masuk syurga tu.
Masya Allah.
Ada masa anak bad mood, tak mahu solat.
Konsistenlah lakukan usaha ini.
Setiap kali kita buat benda ni, sentiasa ingat balik niat asal.
Kenapa kita mahu anak solat?
Untuk sedap mata memandangkah?
Untuk rasa lepas bebankah?
Yang sebenarnya untuk dapat REDHA ALLAH tu!

MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat mak ayah yang ingin melatih solat sedari kecil. Bak kata pepatah, biarlah melentur buluh dari rebungnya. Insyallah semoga dipermudahkan.
Sumber: Wan Zawani Mustafa

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI